September 26, 2016

Ada yang menyeramkan di Melaka ..

Sebabkan aku dah bosan tengok barcode, aku update lah pasal our short weekend getaway. To Malacca we goooo ~~ Biasalah tempat fav baba kan. Heheh. Dah boleh mulakan? Baiklah sila bawak masuk gambar-gambar. Gambar-gambar sudah di shortlistkan, yang berjaya sahaja yang akan ditempelkan disini. Manakala yang masih didalam folder, maaf, gambar anda mungkin TERLALU cantik untuk dipaparkan. HAHAHAHHA!

First. Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia!

Eh of course bagi salam dan ucapan sikit sebab kita gerak pun lepas solat Jumaat pada hari Satu Malaysia. Sebelum pergi, ma siapkan lauk-lauk yang eh mestilah sedap! Gila apa lauk ma tak sedap. Korang kalau nak rasa, jemputlah datang rumah. Serious korang akan bertambah dan merengek nak tapau lepas tu. Hahaha itu tipu sangat -.-

Okay kita akan include tiga hari dua malam punya cerita. Sebab malas. Biasalah malas dan Pejah berpisah tiada. Memang tiada. Lagipun senang. Haaa dah banyak sangat cerita Melaka dalam blog ni. Lagipun masa kiteorang banyak lepak dalam bilik je, rehat. Memang betul-betul rehat gua cakap lu.

Dimulakan dengan hari pertama, yakni hari Satu Malaysia. Lepas Asar, terus keluar pergi Dataran Pahlawan. 

 

Haa masa ni je aku dah borong dua pasang kasut. Kasut yang aku pakai masa tu tinggal tunggu masa nak tercabut tapak je. And hello Brands Outlet! We met again! Hahaha macam takda kat BO kat area rumah, sampai Melaka cari -.-" Lepas setel, adik nak naik beca. Haa aku tak sampai hati nak naik sebenarnya. Kesian. Badan penumpang (aku lettew) dah lah tak kurus mana. Yang bawak alahai keding. Paling kelakar dia suruh aku adik beradik turun jalan naik bukit sebab dia nak tolak beca tu. Patutnya masa tu aku mintak kurang dari RM25 ke RM20. Yelah dah jalan kaki en... Hehhee.

Hari kedua, Sabtu. Lepas breakfast, chill dalam bilik dulu. Lepas tu terus siap-siap pakai baju kurung. Ke majlis kawin we goooooo~~ And guess what, baju merah aku pakai tu baru debut dipagi Sabtu itu. Haa baju baru lerrr. Well actually tu baju raya puasa aku yang aku tak sempat pakai langsung. Sebab apa? Haa sebab baju aku siap LEPAS raya. Aku hantar tailor sebelum puasa tau. Jadi ada dua pasang lagi yang belum sempat aku pakai. Sigh.


Balik kenduri, sambung tidur (aku tak, aku sambung makan je) sampai pukul 6pm. Semua siap, jalan-jalan tepi laut. Haaa, hotel aku betul-betul depan pantai. Memang jalan kaki jelah cerita dia. Konon turunlah kilos tapi aku tak yakin turun. HAHAHA. Berat dengan Pejah memang dah sebati. Tak sampai hati dia nak pergi meninggalkan aku agaknya T_T


Yes, berlima je. Macam biasa. Orang kaya sibuk bekerja. Nak lagi kaya agaknya -.-'










 

Eh dah hari terakhir. Hari Ahad. Ye, adik merasmikan kolam pada pagi yang sejuk itu. Lepas tu kena tipu dengan aku, sebab aku cakap dah pukul 8am walhal 7:15am pun belum! HAHAHHA! So belum 7:30am, dia dah ajak naik atas. Heheh.

Lepas dah puas mandi, kiteorang tiga beradik pergi cari sarapan dekat luar hotel. Cari roti canai. Sedap weh!! Haaa aku dengan Zikri dua keping sorang. Adik roti telur bawang satu je. Kononlah lepas makan roti canai, nak cari kuih pulak ke apa. Lepas makan, nak seret kaki balik hotel pun malas. Dah kenyang bebenor weh! Alhamdulillah. 


 

Lepas dah mandi, makan, marilah check out dan balik ke pangkal jalan. Ke Kajang we goooo~~ Tapi disebabkan semalam (Sabtu) kiteorang ada nampak signboard Muzium Kapal Selam dan kiteorang cari dan jumpa dan memang plan nak kesitu sebelum balik, jadi marilah singgah!

Hello TIGA kapal yang ada -.-

Ya, TIGA kapal je ada. Kapal selam belakang aku tu dan dua jet pejuang. Aku rasa macam tak siap lagi je muzium ni, dan mungkin tak patut digelar muzium lagi kot? Heheh. Tiga benda je weh. Aku siap tanya kat abang tu Tiga ni je ke bang?? Rugilah datang! HAHHAHAA sempoi. Nasib baik tak kena hempuk T_T 




Hanya kapal selam je boleh masuk. Dan kapal selam ni adalah sesuatu yang menakutkan. Serious aku tak tipu. Dia punya nervous tu macam jumpa Polis buat roadblock. Laju gila nafas aku. Hahaha! Masuk je pintu tu, aku disambut oleh ....



Abang patung hujung nun! Gila!!! Aku dengan mata samar-samar bertambah cuak sebab aku mati-mati ingat abang tu MANUSIA. Tanya Zikri, dia cakap patung. Fuhh lega tapi tetap rasa nervous, terus ai parkinsons tanpa hala tuju. Menyeramkan tau tak!! Masuk perut kapal selam, jumpa bilik dorang tidur, makan, office. Weh kecik kot. Dorang mesti jalan sehala je dalam ni. Lepas tu, orang yang bekerja dalam ni mesti halus-halus je badan. Sebab ruang dia memang sempit sangat. Dapur dia, sorang je boleh masuk agaknya. 

Kalau aku diberi peluang untuk duduk dalam ni, memang aku pangkah terus! Taknak!! Takut!

Lepas melawat kapal selam yang menyeramkan ni, singgah A Famosa Outlet dan terus balik Kajang.

Sekian cerita kapal selam yang menyeramkan. Korang boleh try datang. Tiket murah je. Mungkin akan datang dia letak lagi banyak kapal selam kot? or cruise? sampan ke? Manalah tau en..

No comments:

Post a Comment