September 10, 2014

FatinFaiz

Assalamualaikum.

Cerita berlaku pada hari kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 2014. Dah 10 hari berlalu, majlis resepsi bahagian perempuan pun dah setel, tunggu belah lelaki je Sabtu ni, dan aku baru nak up cerita? Apa kes? 
 AMPUN !!  Y__Y
Aku terlampau sibuk sebab hujung minggu ni banyak hal nak buat. So kenalah selesaikan apa yang patut supaya takda kes orang office call ke apa walaupun tak pernah terjadi. Heheh. In case kan..

Anyway, a BIG congratulations to my pretty cousin yang selamat diijabkabulkan pada hari 31 Ogos tempoh hari. Pengantin Merdeka uollss. Kelassss~ Disebabkan aku tak terlibat disebalik tabir majlis ni, maka dengan itu, takdalah gambar yang banyak macam kahwin abg gg dulu. Ni pun amik kat ig kakfain je. Plus phone aku .. hmm entah, ada je problem walhal belum setahun pakai lagi. Takpe sabar!


Saat-saat mendebarkan untuk Kak Atin. Masa ni aku kat luar, sebab kat dalam rumah terlampau penuh dengan manusia. Hee~ So tau-tau dah selamat nikah dengan sekali lafaz oleh abg Faiz (suami kak Atin). Cayalahh! 
 

Kalau sesiapa yang ikut blog aku dari zaman aku kipas mati dengan Aliff Aziz, sampai ke Yonghwa ni, mesti korang dah familiar dengan muka-muka atas ni. KakFain and Upy is back uolls~~ Since Kak Atin cousin depa jugak, so haruslah kita akan jumpa selalu. Dulu jiran depan rumah, sekarang masing-masing dah pindah tempat lain. Rasanya ni gambar pertama lepas aku pindah dari Putrajaya. Dah besar masing-masing. Macam rindu zaman dulu-dulu. Hiks.

Disebabkan masa majlis nikah mahupun resepsi aku tak berkesempatan nak ucapkan tahniah (actually segan ㅋㅋ) jadi akan ku coretkan disini buat sang mempelai ...

Kepada Abg Faiz dan Kak Atin,
Selamat Pengantin Baru to both of you Tahniah diatas perkahwinan kalian berdua. Faizah mendoakan semoga kalian berdua kekal hingga akhir hayat (amin), dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehan, cantik dan handsome, tinggi dan comel (hihihi) dan yang boleh berbakti kepada their parents, Insyaallah

Your cousin,
Faizahazmi

2 comments: