Korang ada rasa yang korang ni ada bakat terpendam tak?
Aku dulu sukalah menyanyi. Eh sekarang pun suka jugak. Dulu aku adalah masuk few pertandingan jugak. Adatlah, ada menang, ada kalah. Since aku dah besar, dah 23 katanya, aku hanya mampu nyanyi sorang-sorang dalam bilik je tak pun bagi adik-adik aku dengar. Hahah. Nak nyanyi depan orang, macam segan.
Bila aku dah besar ni, aku suka gila bercakap. Dan aku pernahlah berangan kalau aku jadi pengacara ke, penyampai radio ke? Haha. Dan coursemates aku (Animations) telah merealisasikan salah satu impian aku iaitu pengacara. Mengacara majlis untuk final sem kiteorang. Memang best okay! Skrip semua buat sendiri. Macam rindu nak buat semua tu. Aku suka buat voice over jugak dan aku pernah buat vo masa short film aku sampai Finas suka. Tapi aku gedik sebab tak jumpa dia lepas pertandingan tu. Kalaulah dia baca blog ni. Hiks :D
So kalau korang rasa korang ada bakat, jangan jadi macam aku. Tunjukkan kepada semua, bakat terpendam korang. Tak kisahlah bakat apa pun, janji korang bahagia. Heheh.
Sesi ujibakat pada 28 September 2014 (amagad Ahad ni!!! :O), dari 9am sampai 7pm di Taylor's University Lakeside Campus dekat Subang Jaya tu.
Apa-apa, korang boleh ushar website dia ( Asia Got Talent's Website ) Aku support korang dari jauh je, okay? Good Luck! Hwaitinggg~~
No comments:
Post a Comment