December 13, 2013

Pasar Pagi

Assalamualaikum.

Harini aku macam ada idea nak post apa. Haha. Terima kasih ma sebab bagi idea. Jarang berlaku ni. Hehhe. Sampai terlupa aku nak bagi baki duit ma dekat Achik tadi. Biasalah teruja sangat dengan idea ni. Dah feeling mak-mak dah. Bahahhaa!

Gelak je tak guna. Meh aku cerita apa idea tu. Sebenarnya aku pergi pasar pagi ni. Alaa tengok tajuk je dah tau kan? Saja buat mukadimah yang vavavoomm meletop sikit. Ai kan over?! Lalallalaaa. Untuk pasar pagi Jumaat ni, aku jarang pergi. Sebab aku kerja kan? Memandangkan harini aku awal sikit pergi kerja, so aku singgah dengan Achik pagi ni untuk membeli sayur yang ma pesan. 

Senarai pesanan dari ma
Abaikan orang ni. Aku tak kenal. Aku amik gambar ni secara random sambil
cover dari orang perasan. Hahha macam segan lah pulak amik gambar curi-curi macam ni.
Tapi kisah pulak aku? Hhahaha!


Semua ada. Pucuk manis, pucuk ubi, petai segala tapi rebung je takda. Pasar petang nanti akan ku cari untuk ma. Heheh. Kalau takda, memang bukan musim lah kot? Chop! Rebung tu ada musim ke? Aku rasa macam ada je tapi mungkin pagi ni takda. Adik fav dia tu lah pucuk manis goreng dengan telur. Dia makan macam tu je tanpa nasi. Dalam banyak-banyak sayur, pucuk manis jugak dia bedal. Yang lain, mampu tengok je.
 

Barang sudah beli, jadi marilah kita kerumah opah untuk ngeliat opah sebentar sebelum pergi kerja. Pasar pagi ni dekat belakang masjid bt14 tau. Sebelum naik Bukit Ampang, korang akan nampaklah pasar ni. Dia bukak Jumaat dengan Ahad pagi ni. Sebab hari-hari tu je aku nampak. Hari lain, tak perasan pulak. Hhehe
 
Pasar yang kian jauh dari pandangan ...


Jalan yang nak kerumah opah ni, hujan atau tak, cuaca memang macam ni. Dingin, sejuk gilaa! Kadang-kadang panas tapi rasa sejuk. Aku kadang-kadang jerit kat Achik 

Welcome to Genting Highland !
  

Aku tak gila tapi feel sejuk macam kat Genting memang ada. Serious. Aku pernah je update pasal jalan kerumah opah sebelum ni. Kau carilah sendiri, aku malas nak carikan. Tengoklah tu, bukit bukau semua tak nampak. Nak nampak, kau tunggu dalam pukul 12 tengahari karang, insyaallah ada nampak masa tu. Aku suka tengok view sebelum masuk rumah opah. Bukit situ macam cantik. Tapi aku takdalah nak amik gambar view tu sebab view tu khas untuk pandangan aku je. Hhaha gila kuajar, bagitau tapi taknak share sini. Lemak ah semua nak share sini. Mihmihmihh ..
 

Masih lagi dijalanan. Selain aku feeling-feeling aku kat Genting, kadang-kadang aku rasa macam nak pindah Seoul terus. Kenapa? Sebab aku punya sukalah! Muahahhaa! Okay memain. Actually tak kisahlah Seoul ke Aussie ke yang penting negara beriklim sejuk. Sebab aku rasa aku dah sebati dengan cuaca sejuk walaupun aku sebenarnya tak selesa dengan cuaca sejuk menggila macam ni. Hehe. (Matilah aku kena keji dengan Farah kalau dia baca ni)

Nak cari pattern ni. Bye!


No comments:

Post a Comment