Assalamualaikum.
Amat jarang sekali nak tengok aku update on weekend kecuali aku kena kerja atau tahap kebosanan aku dah sampai tahap maksima (sambil nyanyi lagu Impak Maksima - KRU). Kalau korang rasa aku tengah kerja sekarang ni, aku nak tepuk tangan sebab korang dapat teka dengan BETUL ! *clap*
Disebabkan minggu ni aku terlampau bz dengan redesign produk office aku, so aku memang takda masa nak update apa-apa. Minggu depan pun aku tak sure aku ber-entry ke tak. Kalau ada, maknanya aku auto publish atau memang aku free masa tu. Yelah, nak tahun baru kan, semua nak baru lah. Tu aku macam panda sekarang. Kalau panda tengok, dia pun ingat aku geng dia =.=
Ni pun aku dah selesaikan few arworks. Syukur. Isnin sambunglah memana yang tak sempat nak siap harini.
Minggu ni ramai ahli keluarga aku yang sakit. Opah sakit, baba demam, Iman, Ain pun demam. KakNa batuk, Busu selsema. Hmm musim la kot. Yelah hujan je. Sekarang ni susah nak tengok matahari. Kalau ada matahari, uishh rasa macam nak bersidai kat halaman (halaman rumah opah maksud aku, rumah aku mana ada halaman) Macam berberebut nak sidai kain semua. Hhhee comel.
Anw, nanti kalau aku rajin, aku up cerita pasal Family Day belah baba okay? Tu ada satu gambar je. Gambar pun aku tangkap balik dari tab ma. Nak aku send dari tab ke phone? Hmm lagi aku malas. Hhaha, perangai malas dah sebati dah ni. Ampunnn.
좋은 주말 되세요!
Bye.
No comments:
Post a Comment