Assalamulaikum.
Cuaca kan sejuk sekarang. So memang memerlukan air panas untuk stabilkan suhu badan. Okay, takda kena mengena pun sebenarnya. Heheh. Saja, aku kan suka bagi mukadimah yang merepek macam ni. Sebab dari zaman sekolah, aku tak tau macamana nak mulakan sesebuah ayat. Tu jadi macam ni.
Aku kalau masuk pantry, mesti ternampak kotak uncang teh ni. Office yang beli, letak kat dalam pantry so that everyone can have a cup of tea. Tapi aku tak pernah try lagi sebab aku ada air sendiri. Lagipun, mana ada gula kat pantry, takkan nak minu, teh kosong? Just not me lah kan.
Ahmad Tea (English Breakfast). Nama taknak gah lagi kan? Hehhe. So since benda ni ada je dalam pantry tu, aku mesti tengok adakah ia terusik atau tak. Gila kpochi aku. Hehe. So sedang aku minum milo panas, aku tengok kotak ni, sesambil aku baca perkataan English Breakfast tu, terus aku teringat Oh Ha Ni. Sebab dia sebut macam slang english pelat, macam bestlah dengar :)
Ke aku dah gila cerita ni sebenarnya? Ke aku gila dengan Baek Seung Jo ni? Ke aku memang gila?! Hahaha! Aku sampai dah hafal jalan cerita dia sebab asyik ulang tengok cerita ni dari semasa ke semasa. Asal aku bukak laptop, memang aku akan bukak cerita ni. Tak tengok full episode, dapat tengok setengah pun kira okay dah. Asal tengok muka Baek Seung Jo tu. Pastu baru sambung tengok RunningMan. Hahhaa aku dah gila Korea!!
Korang ada ke cup love bersepah macam tu? Hahah memang bukan stail aku lah pun ada love bagai ni tapi ni kira 1st souvenir dari manager export untuk aku. Aku macam terharulah, yelah 1st day kerja, mana ada bawak apa-apa kan. Then dia datang meja aku bagi cup merah love ni. So kalau aku nak minum ke apa, memang aku gunalah cup ni. Tapi aku tengok sekarang, dorang letak sudu dorang dalam cup aku. Ini memang boleh mendatangkan amarah! Ingat cup aku ni untuk letak sudu dorang agaknya? Letaklah dalam cup sendiri. Ishh angin aku!
Terliur tak? Ha jemputlah tengok. Kalau korang nak minum sama macam aku, pergilah pantry, buatlah sendiri ye. Hhehe. Aku dekat rumah pun tak rajin macam ni. Kat office je mood poyo nak buat milo bagai membuak-buak. Tapi aku jarang buat air dekat office ni. Sedangkan air kosong dekat meja pun aku jarang minum, inikan pula air yang kena buat. Aku buat kalau aku rajin dan terasa macam nak minum, ha barulah aku berjalan seperti lipas kudung ke pantry.
Itu jelah aku nak merepek pun. Sebab English Breakfast, berjela entri aku. hehee. Okay, bye!
No comments:
Post a Comment