May 4, 2012

Khas untuk golongan yang bekerjaya.


Cuba anda baca yang ini. Kakak dekat pejabat telah paste di pendrive saya, dan saja nak share dengan korang.

Dalam Diam Anda Ditindas Majikan Tapi Anda Tak Tahu Pun!

Artikel ini saya tujukan khas kepada anda yang bergelar pekerja. Tak kiralah anda seorang pekerja kerajaan atau swasta, lelaki atau wanita, tetap atau kontrak atau sementara. Bagi saya, info yang cuba saya sampaikan ini adalah sangat PENTING!

Sehingga hari ini, kes-kes buruk yang melibatkan pekerja dan majikan semakin meningkat. Semakin ramai pekerja menjadi mangsa penindasan majikan yang tidak bertanggungjawab.
Adalah tidak adil menyalahkan majikan 100% mengenai hal ini. Ini adalah kerana pekerja sendiri perlu peka dan mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja. Ianya akan mewujudkan komunikasi dua hala antara pekerja dan majikan dalam mempertahankan hak-hak anda sebagai seorang pekerja yang bekerja di Malaysia.

Pelbagai akta telah digubal demi melindungi hak-hak dan keistimewaan anda sebagai pekerja. Namun, ramai yang tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini. Anda perlu tahu, majikan mudah mengambil kesempatan terhadap pekerja yang merasakan tidak tahu mengenai hak-hak mereka. Kesannya, anda bakal ditindas tanpa disedari. Ianya menjadi satu tanggung-jawab untuk anda mengetahui hak-hak anda sebagai pekerja.

Persoalannya? Pernahkah anda ambil tahu mengenai hak-hak anda sebagai seorang pekerja yang gigih berusaha di Malaysia ini?

Banyak hak-hak yang sering dibangkitkan oleh pekerja terhadap majikan. Hak-hak ini sering menjadi perbalahan sehinggakan hal itu terpaksa diselesaikan dengan melibatkan prosedur kehakiman. Di bawah ini, saya senaraikan antara hak-hak yang seringkali diabaikan oleh seorang pekerja iaitu..

·  Berapakah kadar bayaran sebenar untuk kerja lebih masa?
·  Apakah ada had bilangan jam seseorang pekerja untuk dibenarkan bekerja lebih masa dalam satu bulan?
·  Apakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan tempoh gaji? Berapakah tempoh gaji yang   sepatutnya?
·  Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja?
·  Apakah potongan-potongan yang telah ditetapkan oleh undang-undang?
·  Berapakah jumlah potongan gaji yang dibenarkan oleh undang-undang?
·  Bilakah gaji perlu dibayar kepada pekerja jika berlaku penamatan kontrak perkhidmatan?
·  Apakah jenis pekerjaan yang dilarang kepada kaum wanita daripada melakukannya sejajar dengan Akta Pekerja?
·  Berapakah cuti rehat untuk seorang pekerja di bawah Akta Pekerja ini?
·  Adakah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang ke atas majikan untuk meminta pekerjanya datang bekerja pada hari cuti?
·  Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta untuk bekerja pada hari cuti?
·  Berapakah kelayakan cuti am bergaji pekerja dalam setahun?
·  Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta bekerja pada hari cuti tersebut?
·  Berapa harikah kelayakan cuti tahunan bagi seseorang pekerja?
·  Berapakah kelayakan cuti sakit seseorang pekerja dalam setahun?
·  Apakah keadaan yang menyebabkan pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji?
·  Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pekerja tersebut melanggar Kontrak Perkhidmatan?
·  Dalam keadaan apakah pula majikan dianggap melanggar Kontrak Perkhidmatan?
·  Bolehkah seorang majikan itu menamatkan kerja seorang pekerja tempatan, dan kemudiannya mengambil seorang pekerja migrant bekerja?
·  Bolehkah seorang majikan memberikan layanan berbeza kepada pekerja tempatan dan pekerja asing?

Dan banyak lagi hak-hak yang sering diabaikan oleh anda sebagai seorang pekerja..
Sekiranya anda seorang pekerja yang prihatin dan tidak mahu hak anda dilanggar dan ditindas oleh para majikan, anda seharusnya cakna dan ambil tahu hak-hak anda sebagai seorang pekerja yang bekerja di Malaysia ini.

Adakah anda sanggup ditindas secara senyap? Adakah anda sanggup ditindas sehingga anda tamat berkhidmat nanti? Sekiranya anda dapati anda ditindas, apakah caranya untuk anda atasi masalah yang dihadapi? Siapakah yang boleh membantu anda untuk menangani masalah ini dengan cara professional dan beretika?