Manusia....
Erm ye aku manusia juga (kalau alien, aku tak
blogging) -_- Manusia yang punya pelbagai ragam dan peribadi diri yang baik dan
buruk. Tak semua manusia ni jahat dan tak semua manusia ni baik. Ada yang
bermuka talam (talam dekat umah nenek lagi cantik tau). Depan pijak semut pun
tak mati lah tapi dekat belakang, apa lagi yang kau kutuk pun aku tak tau. Dah
malas nak amik peduli.
Ada manusia bila menyayangi seseorang itu,
ditatang bagai minyak yang penuh. Ibarat baby yang baru lahir dekat muka bumi
yang indah lagi fana ni. Di belai, disuap, dijaga dengan penuh kasih sayang.
Dan ada juga manusia bila perasaan MENYAYANGI
seseorang itu TIADA, habis semua
kata-kata kesat dikeluarkan. Dari huruf B
ke C, dari C ke F, dari F ke P ! (cukuplah sekadar huruf) habis semua perkataan yang mula dari
huruf B dilontarkan dengan jelas.
Dulu dibelai, kini diberi tamparan tapi rasa seperti kena penumbuk dari THE ROCK. Boleh imagine tak sakitnya?
Ada juga manusia bila siA minta tolong, haram jadah siMANUSIA
ni nak tolong. Lagi maki adalah, siap panggil dengan panggilan tak senonoh
gara-gara keluar dengan jiran. (lain kali keluar dengan pakcik teksi lah :p)
Tapi bila siMANUSIA
perlukan pertolongan, siA juga yang
dicari. siA yang dulu diberi
kata-kata INDAH oleh siMANUSIA.
Manusia ketika senang, lupa kawan-kawan yang
sentiasa bantu dia dalam apa jua keadaan tapi dimanakah manusia ketika
kawan-kawan yang dalam kesusahan ini memerlukan pertolongannya?
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................HILANG
Itulah sikap manusia zaman sekarang. Bila susah, mencari
orang yang dulu diludah. Bila senang, cari kawan baru. Lumrah manusia dulu,
kini dan selamanya. Terima kasih teman-teman kerana anda sentiasa bersama saya
ketika susah dan senang. Sayang korang ketat-ketat ♥♥♥
p/s : tiada kena mengena antara hidup mahupun yang telah
pergi meninggalkan kita.