Masa final sem yang lepas, ada trip pergi
Kolej Komuniti Selayang. Bukan unformal trip tau tapi untuk InoREKA 2011. Rasa macam pernah update
pasal InoREKA ni tapi kali ni bukan nak cerita yang Im the only one girl yang
masuk final untuk Film Promo tapi nak cerita pasal filem Al Hijab.
Kebetulan tempat penginapan
untuk KKKualaLangat didalam sebuah mall yang macam nak hidup pun segan-segan
lagi. Hehee. Lupa dah nama hotel tu tapi perkhidmatannya adalah yang terbaik
bagi student yang jakun batak tak hengat ni -_-'
Tilam tu empuk gila plus toilet dia menjadi
pujaan hatiku. Sumpah lawarr ! Senior dengan junior semua macam batak, ketuk pintu bilik lepas tu buat
muka pelik sambil mengomel sesorang dekat muka pintu ‘siapa yang ketuk tadi?’ , bukan tu je, ada yang main call-call la
bagai, okay tau lah call tu FREE! Yang girls je baik, tak batak macam the guys
-___-"
Presentation Film Promo – Faizahazmi sebagai
peserta tunggal wanita. Mengigil habis masa presentation -.- oh salah seorang
dari juri tu offer buat V.O dekat FINAS. Alhamdulillah. Terima kasih. CN dengan
Qila sebab sudi teman masa presentation. Please abaikan muka yang mintak
penampar tu!
Malam kedua dekat Selayang, semua duk tanya
nak pergi tengok AlHijab ke tak? Eh tak main lah tanya depan. Kata phonecalls FREE plus ada wifi, makanya
medium-medium seperti Twitter, Fb dan calleds digunakan sebaik yang mungkin.
Hewhewhew..
Semua set nak tengok sekali kecuali Din dengan
Haikal sebab depa nak pi tengok malam kiteorang sampai. Sampai hati korang tak
ajak! Tempat wayang horror habis. Eh lupa nak bagitau, tempat wayang dengan
hotel kiteorang satu floor je :) punyalah banyak seats kosong, Animasi’s
(kiteorang lettew) conquer 3 rows, tak ramai mana tapi nak duduk dalam kelompok
yang sikit.
WANgen, WANchik, Ayie dengan Amir duduk 1 row.
Dibelakang Qila, Noura, Faizahazmi dengan Nabil. Mamu dengan Wafiy row belakang
kiteorang. Bila semua dok pakat menjerit AHHHHHHHHHHHH
sana, AHHHHHHHHHHHHH sini,
Faizahazmi dengan muka tak bersalah boleh tertidur
lima minit gara-gara tak minat cerita horror ni -.- (sumpah membazir) lepas
tu siNabil boleh kejutkan, aishh mengganggu.
Memandangkan tak nampak reaksi kawankawan yang
berada di baris hadapan, tengok jelah baris sendiri. Qila dengan Noura dah
pakat peluk-peluk macam wayang tu nak runtuh -.-‘ Nabil rilex lagi sampailah part nenek kebayan
keluar. Part ni memang aku gelak tengok Nabil punya reaksi. Dari tadi dia diam
je, lepas nenek kebayan keluar dia boleh maki-maki nenek kebayan tu sebab dia
memang tak suka dengan NENEK
KEBAYAN! HAHAHAHA!
Bila habis cerita ni, semua pakat nak balik
bilik sebab takut. Masing-masing tak macho dahh, semua cerita reaksi tengok
cerita ni, semua nak cover ‘eh aku tak
menjerit la’ ‘cerita ni takdelah
takut sangat’ dan banyak lagi alasannnnn ....... blablablaaaaa..
Bila ku cerita pasal reaksi Nabil, dia boleh
tak mengaku. Eh Hello, I sitting beside you eh! Bilalah nak keluar tengok
wayang lagi, perhaps masa rehersel semua nak pergi tengok wayang dekat Mines,
itu je paling dekat en.
Bye.