May 29, 2012

Dirasa dan Dirasai


Manusia yang mempunyai pelbagai perasaan, tak kiralah perasaan sedih, gembira, takut dan banyak lagi perasaan yang susah kita nak explainkan satu-satu. Ada manusia yang tidak pandai mengawal emosi marah mereka, makanya digelar panas baran gara-gara sentiasa ada perasaan nak marah. Parah tu -.-" Kita bukan alien yang tidak punya perasaan. 
(eh alien takda perasaan kan? Biasalah dah terpengaruh dengan Senario XX)

Perasaan ni sebenarnya tidak boleh ditentukan. Kita tak boleh buat jadual, okay esok nak gembira satu hari. Sure tak akan dapat punya. Macam aku hari-hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia, selalunya bertukar menjadi hari paling sedih. Dah lama perasan benda ni, tapi taknak mengaku je.

Orang tua-tua pernah cakap kita tak boleh nak suka sangat sebab nanti kita menangis pun teruk sangat. Bila dah cakap macam tu, aku selalu make sure aku tak suka sangat. Aku tak suka part sedih-sedih, nanti mesti nangis punya.

Dan aku pernah dengar orang cakap kita kenalah jaga hati dan perasaan kita sebelum kita jaga hati dan perasaan. Erm benda ni memang selalu aku buat. Aku selalu jaga hati dan perasaan orang-orang sekeliling aku tapi tak semua dari mereka ni yang jaga hati dan perasaan aku. Sakit memanglah tapi kena faham juga entah-entah mereka ni ada sebab? Mereka je yang tau.

Kadang-kadang aku terpaksa menipu untuk menjaga hati dan perasaan seseorang tapi bila SESEORANG tu dapat tau yang aku menipu, GANJARAN yang aku dapat sangat hebat (lagi best dari dapat award) Aku menipu sebab aku taknak mereka terguris atau terasa, tu sebab aku menipu.

Bila jujur sangat, susah. Bila tak jujur lagi susah. Mungkin mood senyap boleh menjaga perasaan orang?

Honest hearts produce honest actions – Brigham Young

p/s : aku dah rasa macam lari tajuk asal je? Heehhe.