May 29, 2012

Dirasa dan Dirasai


Manusia yang mempunyai pelbagai perasaan, tak kiralah perasaan sedih, gembira, takut dan banyak lagi perasaan yang susah kita nak explainkan satu-satu. Ada manusia yang tidak pandai mengawal emosi marah mereka, makanya digelar panas baran gara-gara sentiasa ada perasaan nak marah. Parah tu -.-" Kita bukan alien yang tidak punya perasaan. 
(eh alien takda perasaan kan? Biasalah dah terpengaruh dengan Senario XX)

Perasaan ni sebenarnya tidak boleh ditentukan. Kita tak boleh buat jadual, okay esok nak gembira satu hari. Sure tak akan dapat punya. Macam aku hari-hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia, selalunya bertukar menjadi hari paling sedih. Dah lama perasan benda ni, tapi taknak mengaku je.

Orang tua-tua pernah cakap kita tak boleh nak suka sangat sebab nanti kita menangis pun teruk sangat. Bila dah cakap macam tu, aku selalu make sure aku tak suka sangat. Aku tak suka part sedih-sedih, nanti mesti nangis punya.

Dan aku pernah dengar orang cakap kita kenalah jaga hati dan perasaan kita sebelum kita jaga hati dan perasaan. Erm benda ni memang selalu aku buat. Aku selalu jaga hati dan perasaan orang-orang sekeliling aku tapi tak semua dari mereka ni yang jaga hati dan perasaan aku. Sakit memanglah tapi kena faham juga entah-entah mereka ni ada sebab? Mereka je yang tau.

Kadang-kadang aku terpaksa menipu untuk menjaga hati dan perasaan seseorang tapi bila SESEORANG tu dapat tau yang aku menipu, GANJARAN yang aku dapat sangat hebat (lagi best dari dapat award) Aku menipu sebab aku taknak mereka terguris atau terasa, tu sebab aku menipu.

Bila jujur sangat, susah. Bila tak jujur lagi susah. Mungkin mood senyap boleh menjaga perasaan orang?

Honest hearts produce honest actions – Brigham Young

p/s : aku dah rasa macam lari tajuk asal je? Heehhe.

May 26, 2012

Thanks


bunga yang hampir layu. 
thanks Ma for the flowers !

May 25, 2012

Bulan yang SIBUK.


Dari awal bulan sampai hujung bulan ni, asyik sibuk dengan business, office, meetings and stuffs. Sumpah penat! Aku tak tau macamana menteri boleh handle satu negara? Kalau tetiba ku TERJUMPA menteri, ku teringin nak tanya ...

‘tak penat ke jadi menteri? Yelah, sekarang dekat sini, nanti lagi sejam dah kat tempat lain. Penat tak?’

panjangkan soalan aku? Menteri, jawab soalan saya please? *sumpah aku nak tau*
pagi meeting, lepas lunch masuk office mengadap PJK. Ok sumpah aku mengantuk.

MEETING + PJK = TIDUR . terima kasih .

Mata dah macam ada laser, MERAH plus pedih plus kabur. Harini memang ku TATAP skrin lappy DEKAT-DEKAT.

Aku terlampau penat -.-“ eh Juniors cakap saya kurus! Hahaha! Penat geleng kepala juga harini, dah macam artis tadi, jawab gosip-gosip semua. Huahuahua. Nanti kalau dah ada boyfriend, Faizahazmi bilang pada uolls okay? Hihiihi *gelak sopan*

Nak kena fikir event raya untuk Alumni ni. nak buat satu event yang boleh semua exstudents attend dan bergembira. AbgPENGERUSI cadangkan beraya bersama anak-anak yatim. Well itu adalah event yang sangat murni tapi takutlah takda yang nak attend.

Ok ini khas untuk exSTUDENT KualaLangat, ShahAlam dan Klang.
Pleaselah supports Alumni ni. Bukan untuk sesiapa pun tapi khas untuk korang :) Korang should attends events yang akan dibuat kelak. Hanya bayar RM50 untuk keahlian seumur hidup je. Macam-macam aktiviti yang akan dibuat pada masa akan datang tapi kalau korang tak support, siapa lagi nak support? Renung-renungkan lah, dan selamat beramal :)


gambar ni tiada kena mengena pun dengan entri. saja :)

May 23, 2012

#Lagu Pilihan untuk Minggu ini.


Untuk Dia oleh SleeQ ft Najwa Latif


Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) 9x

Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) 9x

Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) 9x

Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

May 22, 2012

Selamat Hari Guru


Teringat masa zaman sekolah dulu. Asal bangun pagi mesti mengeluh taknak pergi sekolah. ‘ahh bosannya nak pegi sekolah! Kenapa cuti kejap sangat ni?’ kankankan? Habis sepanjang jalan sumpah seranah semua keluar sebab malas nak pergi sekolah. Bosan nak belajar Perdagangan dengan zeragon, malas nak baca buku Sejarah yang aku rasa boleh buat aku mengantuk tahap dewa dan Maths yang _________ ah korang isilah tempat kosong tu sendiri perkataan paling best.

Dalam kelas bila masa Sejarah, mesti buat-buat sakit kepala ‘cikgu, saya sakit kepala lah’ dan cikgu akan berkata ‘okay, awak rehatlah. Tidur’ maka dengan senang hati, terus lemparkan senyuman pada PinaMusa didepan, Khalilah disebelah kiri, Lily disebelah kanan dan yes, gua tido! Hahahah taktik tu selalu berjaya sampai habis form5. KAHKAHKAH! (korang TAK PATUT CUBA)

Itu masa Sejarah, bila masa Perdagangan, semua malas nak belajar. Bila tengok zeragon makin hampir dengan kelas, masing-masing terus pecut ke toilet yang indah lagi cantik dekat blok depan tu. Eh cantik ke toilet tu? Pape jelah. Bila tak sempat nak buat larian 100 meter tu, terpaksalah duduk ramai-ramai belajar Perdagangan yang sumpah bosan tu. Oh tapi kami buat muka tekun tau :) sedang tekun, ternampaklah sebutir NASI (Fakhri yang bagi nama ni) dekat tepi bibir zeragon. Kadang-kadang tu budak-budak lelaki perli zeragon ‘cikgu, minum air dulu’ tapi memandangkan zeragon dah tua, mungkin sebab itu dia buat-buat tak faham kot? Atau mungkin dia malas nak layan? Dia sendiri yang tau. Hehehe (gelak sopan)

Ah kalau masa Science, PinaMusa, Lily, SabrinaHamed dan diri aku sendiri mesti lari dekat bilik kaunseling sampai cikgu cari kiteorang dekat situ. Hahaha! Memang kiteorang ada temujanji tau dekat kaunselor dekat situ. Buat-buat ada temujanji actually. Kalau bukan dekat bilik kaunseling, kiteorang lari ke bilik seni pulak. Yelah masa form5, bilik seni tu kiteorang yang conquer. Sarapan, makan tengahari, lepak semua dekat situ. Celebrate birthday pun dekat situ.

Itu semua masa belajar sekolah menengah. Walaupun kiteorang ponteng kelas, tak siap kerja sekolah, cikgu-cikgu tetap cool melayan kerenah anak-anak murid yang malas ni.hehehe.

Rasanya tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru / Happy Teacher’s Day untuk cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah (SKTamanMidah2, SKTamanDesaBaiduri, SKPutrajaya1, SMKPutrajaya1, KolejKomunitiKualaLangat). Terima kasih kerana kalian sabar dengar kerenah kami yang entah apa-apa ni :D Terima kasih juga kerana mengajar kami tentang segala-galanya. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.

Oh tak lupa juga kepada Ma, Selamat Hari Guru ma!

May 18, 2012

Rutin harian.


Rutin harian yang sama setiap hari kadang-kadang boleh buat panas hati juga lah. Rasa macam nak duduk bawa meja diam-diam sambil makan muruku ikan yang miss bagi tadi. Lalalalalalalala....

Walaupun sibuk kena finalkan PJK3 harini tapi boleh buat sambil makan muruku ikan, tengok MaharajaLawak yang tak tau dah berapa kali khatam. Oh Jep Sepah kacak! Hahaha tetiba minat :) eh jangan jeles tau.

Oh nak tengok gambar desktop? Thanks FarahSidek sebab kau amik gambar masa rehersel. Rasanya ni lah satu-satunya gambar masa rehersel yang aku ada. Hehehe.


Haa tengoklah, macam-macam yang dibukak. Ada Microsoft word, sticky note, iTunes, MpcSTAR dan fav ever, CorelDRAW! Hahaha jangan nak fav sangatlah -.-


nampak, sekarang masa Mael Lambong dan Ah Chai :) okaylah nak sambung tengok Mael Lambong .

Bye!

May 15, 2012

Ragam Bekalan.


Selalu sangat kita dengar pasal ragam manusia. Kankankan? Pernahkan anda-anda sekalian dengar tentang ragam bekalan? Tak pernah kan? Ha baru je terfikir tajuk ni duapuluhenam saat yang lepas :D

Ragam bekalan? Apa tu? Ragam bekalan adalah sesuatu yang terjadi didalam beg hasil daripada bekalan yang kita bawa. Errr korang faham tak? Maksudnya, bekalan yang korang bawak tu, tertumpah dalam beg. Ha ragam bekalan la tu.

Pagi ni beli nasi goreng bungkus dekat Lebah. Patutlah sampai ofis tadi bau sambal nasi goreng ni pehh kuat gila! Rasanya tak pernah bau kuat macam ni, so macam hairanHAIRAN dan hairan.

Masuk je ofis, masa nak keluarkan lappy dan barang-barang yang lain, tengok minyak sambal tu dah kecah, dah kena dekat semua barang dalam beg. Headphones, mouse, pendrive, wayar charger lappy dengan charger phone pun kena. Nasib bb tak kena (*.*)

Haishh penat ulang alik masuk toilet nak basuh. Tapi headphone je masih ada bau minyak tu, sebab dia masuk celah-celah headphones ni, dah try tadi lap dengan tisu tapi hampeh. Masih bau dengan jayanya. Sekarang rasa macam satu ofis bau minyak sambal ni. Ishhh tak suka la bau ni -.-

Rasa nak spray sheltox dekat ofis ni, bau sheltox tu lagi wangi okay..
Lepas tu Ah Guan pulak, air botol dia tertumpah dalam beg. Banjirlah beg dia. tapi air takde bau! Selamat lah beg AhGuan. Tapi beg gua? Ishhhh !!

ahh angin. bye!

May 10, 2012

eh di YOUTUBE !



Interviewed exSTUDENTs Kolej Komuniti Kuala Langat 
ketika Majlis Alumni Kulangsa 2012 Februari yang lalu. 
oh akan update pasal Alumni ni later okay :) 

Lihat di minit 1.41, ada saya !
alaaa TSK! mereka salah eja nama saya -.-"
Nak merajuk ah !@#$%^&*


May 9, 2012

Pilihan ANDA masa depan SAYA.


Memandangkan minggu ni ada big occasion, maka dengan itu HARUSlah pakai pakaian yang semenggah kan? 
Gadis-gadis kena pakai kurung atau kebaya labuh dan menutup aurat. Majlis yang sama gahnya macam OSCAR AWARD. Kalau Oscar dapat trofi, tapi majlis ni dapat sijil. Hahaha taknak kalah. Mestilah, kalau nak bermimpi biarlah sampai ke bintang. (pinjam tagline BMSB). Ye dak?

Yang buat serabut kepala otak ni adalah apa yang patut dipakai pada hari itu. disini ada sekali antara pakaian yang dah SHORTLIST. Gara-gara tidak sempat untuk tempah mahupun beli baju kurung baru, maka dengan itu, kita recycle jelah baju yang dah sedia ada dalam almari :) ohh elakkan pembaziran -_-"



Yes, most of my baju kurung warna Pink -_-" tu la yang payah. Macam nak pakai yang num5 tu tapi entahlah. Haaa bukan baju je yang jadi masalah sekarang ni. Tudung pun MASALAH BESAR. Tak tau sama ada nak pakai shawl atau tudung bawal. Korang boleh tolong? Pilih antara 1 hingga 5, mana pilihan korang !


Ahh pening! Dan bagitau kenapa Faizahazmi harus pakai outfits tu. Agak-agak pendapat tu TERHEBAK, ada something untuk ANDA! Seriously.

Eh korang boleh PM dekat FB atau TWITTER, EMAIL dekat faizah.azmi@yahoo.com atau chat dekat sebelah ni >>>> (tapi tak digalakkan)

Cepat-cepat. Pendapat anda akan tutup pada hari Jumaat 11.5.2012 ! Sangat-sangat menghargai pendapat korang. TERIMA KASIHHH !

May 7, 2012

Dulu, kini, selamanya.


Manusia....

Erm ye aku manusia juga (kalau alien, aku tak blogging) -_- Manusia yang punya pelbagai ragam dan peribadi diri yang baik dan buruk. Tak semua manusia ni jahat dan tak semua manusia ni baik. Ada yang bermuka talam (talam dekat umah nenek lagi cantik tau). Depan pijak semut pun tak mati lah tapi dekat belakang, apa lagi yang kau kutuk pun aku tak tau. Dah malas nak amik peduli.

Ada manusia bila menyayangi seseorang itu, ditatang bagai minyak yang penuh. Ibarat baby yang baru lahir dekat muka bumi yang indah lagi fana ni. Di belai, disuap, dijaga dengan penuh kasih sayang.

Dan ada juga manusia bila perasaan MENYAYANGI seseorang itu TIADA, habis semua kata-kata kesat dikeluarkan. Dari huruf B ke C, dari C ke F, dari F ke P ! (cukuplah sekadar huruf) habis semua perkataan yang mula dari huruf B dilontarkan dengan jelas. Dulu dibelai, kini diberi tamparan tapi rasa seperti kena penumbuk dari THE ROCK. Boleh imagine tak sakitnya?

Ada juga manusia bila siA minta tolong, haram jadah siMANUSIA ni nak tolong. Lagi maki adalah, siap panggil dengan panggilan tak senonoh gara-gara keluar dengan jiran. (lain kali keluar dengan pakcik teksi lah :p)

Tapi bila siMANUSIA perlukan pertolongan, siA juga yang dicari. siA yang dulu diberi kata-kata INDAH oleh siMANUSIA.

Manusia ketika senang, lupa kawan-kawan yang sentiasa bantu dia dalam apa jua keadaan tapi dimanakah manusia ketika kawan-kawan yang dalam kesusahan ini memerlukan pertolongannya?

......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................HILANG

Itulah sikap manusia zaman sekarang. Bila susah, mencari orang yang dulu diludah. Bila senang, cari kawan baru. Lumrah manusia dulu, kini dan selamanya. Terima kasih teman-teman kerana anda sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Sayang korang ketat-ketat ♥♥♥

p/s : tiada kena mengena antara hidup mahupun yang telah pergi meninggalkan kita.

May 6, 2012

Entri Bergambar




 Model : PinaMusa
Photographer : Faizahazmi
Camera model : Nokia 5320
Location : Rumah kedai


Model : CikYan & Danish
Photographer : Faizahazmi
Camera model : NIKON D90
Location : Rumah Maktok


Pulasan.Rose.Durian
Photographer : Faizahazmi
Camera model : Canon IXUS 115 HS
Location : Rumah Opah


Photographer : Faizahazmi
Camera model : Canon IXUS 115 HS
Location : Ruang tamu Maklong


Photographer : Faizahazmi
Camera model : Canon IXUS 115 HS
Location : AbgLong’s Wedding


Model : Iman & Sara
Photographer : Faizahazmi
Camera model : Canon IXUS 115 HS
Location : Halaman Makcik

Bukan niat untuk menunjuk tapi ini adalah antara hasil kerja saya yang suka mengambil gambar. Jika hasil kerja saya ni ada yang perlu diperbaiki, jangan segan-segan bilang sama saya ya :)

May 4, 2012

Jcard.


Siapa yang tak mengelupur kalau ternampak perkataan S.A.L.E dekat dinding mall? Mesti menggelupur macam dapat perabot percuma. Kankankan? *malu lattew nak ngaku* ;)

Kaum hawa lah yang paling excited sangat-sangat. Yang lelaki, time ni dah buat plan taknak ikot bini, girlfriend, kakak, adik pergi shopping. Puas jenuh cari alasan TERBAIK. (thanks Achik sebab bawak aku)

3 Mei, penduduk di sekitar Balakong sangatlah menunggu hari itu. Mengapakah? Eh Hari Jcard ah! Jj ni macam tau-tau je aku gaji 2 Mei. Tsk! Maka dari itu, dah plan nak beli kasut plus seluar, tapi as uolls tau KASUT lagiLAGIlagi PENTING dari segalanya, buat masa ni lah -.-‘

Tiba harinya, balik dari kerja, terus siap-siap dan pergi Jj dengan HafizAzmi. Masyaallah, ramainya manusia malam tu. Dah macam berebut nak dapat barang PERCUMA. Takda masa nak amik gambar semua, terus pergi section kasut. Okay banyak fully black, dah try, tanya promoter my saiz.

FA : tumpang tanya, apa saiz paling besar?
PJJ : Kejap saya cek. Oh yang ni 40
FA : Boleh try?
PJJ : kalau yang tu miss tak muat, maksudnya miss tak muat yang ini. Design lain ada.
FA : taknak. Saya nak hitam.
Blablabla...

Kesimpulannya promoter tu MALAS nak cari saiz kasut aku! Macam haram, aku BAYAR la. Bila suruh cari, cari jelah. Jangan banyak soal! Benci betul aku dengan orang macam ni. Cari taknak tapi dah cakap takda -.-

End up dapat beli seluar 2 helai dan 1 tshirt. Semua under control, budjet bawah RM150.

Sekarang ni mana nak cari kasut HITAM?!! Dah cek dekat Zalora, ada tapi diorang tak sure boleh sampai bila. Ahh tak suka lah macam ni.

Kenapa tapak kakiku panjang benar? :’( berkaki ayamlah masa grad nanti .... *ayat pasrah habis*

p/s : suka dengan seluar baru, terus pakai pergi kerja. SELESA.

L.O.V.E


Kembali lagi dengan tajuk loveLOVElove kawan-kawan semua! Entri kali ni takda kena mengena dengan diri sangPENULIS ye (hehee). Entri kali ni lebih kepada my kakak gojes dan abg kacak saya, SchAwal. (aku tau aku OVER) -.-

Akan dinikahkan pada 4hb Mei *malam ini* di Pullman, Putrajaya. Ia akan disiarkan secara langsung terus ke rumah anda melalui Astro Ria dan Astro Awani.

Selamat Pengantin Baru to Both Scha Awal. Semoga kalian kekal hingga ke akhir hayat, cepat-cepat dapat baby. Mesti baby gojes dan kacak macam mummy and daddy dorang :) (ye aku tau OVER)
Kalaulah ku dapat pergi wedding mereka .....

Khas untuk golongan yang bekerjaya.


Cuba anda baca yang ini. Kakak dekat pejabat telah paste di pendrive saya, dan saja nak share dengan korang.

Dalam Diam Anda Ditindas Majikan Tapi Anda Tak Tahu Pun!

Artikel ini saya tujukan khas kepada anda yang bergelar pekerja. Tak kiralah anda seorang pekerja kerajaan atau swasta, lelaki atau wanita, tetap atau kontrak atau sementara. Bagi saya, info yang cuba saya sampaikan ini adalah sangat PENTING!

Sehingga hari ini, kes-kes buruk yang melibatkan pekerja dan majikan semakin meningkat. Semakin ramai pekerja menjadi mangsa penindasan majikan yang tidak bertanggungjawab.
Adalah tidak adil menyalahkan majikan 100% mengenai hal ini. Ini adalah kerana pekerja sendiri perlu peka dan mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja. Ianya akan mewujudkan komunikasi dua hala antara pekerja dan majikan dalam mempertahankan hak-hak anda sebagai seorang pekerja yang bekerja di Malaysia.

Pelbagai akta telah digubal demi melindungi hak-hak dan keistimewaan anda sebagai pekerja. Namun, ramai yang tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini. Anda perlu tahu, majikan mudah mengambil kesempatan terhadap pekerja yang merasakan tidak tahu mengenai hak-hak mereka. Kesannya, anda bakal ditindas tanpa disedari. Ianya menjadi satu tanggung-jawab untuk anda mengetahui hak-hak anda sebagai pekerja.

Persoalannya? Pernahkah anda ambil tahu mengenai hak-hak anda sebagai seorang pekerja yang gigih berusaha di Malaysia ini?

Banyak hak-hak yang sering dibangkitkan oleh pekerja terhadap majikan. Hak-hak ini sering menjadi perbalahan sehinggakan hal itu terpaksa diselesaikan dengan melibatkan prosedur kehakiman. Di bawah ini, saya senaraikan antara hak-hak yang seringkali diabaikan oleh seorang pekerja iaitu..

·  Berapakah kadar bayaran sebenar untuk kerja lebih masa?
·  Apakah ada had bilangan jam seseorang pekerja untuk dibenarkan bekerja lebih masa dalam satu bulan?
·  Apakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan tempoh gaji? Berapakah tempoh gaji yang   sepatutnya?
·  Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja?
·  Apakah potongan-potongan yang telah ditetapkan oleh undang-undang?
·  Berapakah jumlah potongan gaji yang dibenarkan oleh undang-undang?
·  Bilakah gaji perlu dibayar kepada pekerja jika berlaku penamatan kontrak perkhidmatan?
·  Apakah jenis pekerjaan yang dilarang kepada kaum wanita daripada melakukannya sejajar dengan Akta Pekerja?
·  Berapakah cuti rehat untuk seorang pekerja di bawah Akta Pekerja ini?
·  Adakah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang ke atas majikan untuk meminta pekerjanya datang bekerja pada hari cuti?
·  Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta untuk bekerja pada hari cuti?
·  Berapakah kelayakan cuti am bergaji pekerja dalam setahun?
·  Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta bekerja pada hari cuti tersebut?
·  Berapa harikah kelayakan cuti tahunan bagi seseorang pekerja?
·  Berapakah kelayakan cuti sakit seseorang pekerja dalam setahun?
·  Apakah keadaan yang menyebabkan pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji?
·  Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pekerja tersebut melanggar Kontrak Perkhidmatan?
·  Dalam keadaan apakah pula majikan dianggap melanggar Kontrak Perkhidmatan?
·  Bolehkah seorang majikan itu menamatkan kerja seorang pekerja tempatan, dan kemudiannya mengambil seorang pekerja migrant bekerja?
·  Bolehkah seorang majikan memberikan layanan berbeza kepada pekerja tempatan dan pekerja asing?

Dan banyak lagi hak-hak yang sering diabaikan oleh anda sebagai seorang pekerja..
Sekiranya anda seorang pekerja yang prihatin dan tidak mahu hak anda dilanggar dan ditindas oleh para majikan, anda seharusnya cakna dan ambil tahu hak-hak anda sebagai seorang pekerja yang bekerja di Malaysia ini.

Adakah anda sanggup ditindas secara senyap? Adakah anda sanggup ditindas sehingga anda tamat berkhidmat nanti? Sekiranya anda dapati anda ditindas, apakah caranya untuk anda atasi masalah yang dihadapi? Siapakah yang boleh membantu anda untuk menangani masalah ini dengan cara professional dan beretika?

May 3, 2012

Keluarga Besar Saya.




Disebabkan saya mempunyai seorang ibu dan seorang mama, makanya saya ada saya punyai keluarga yang sangat-sangat besar.


Ini adalah sebahagian dari ahli keluarga arwah ibu. Ni masa majlis perkahwinan Pakndak dekat JB.


Ini pula sebahagian dari keluarga Baba. Ni masa raya tahun lepas kalau tak silap.


Ini pula sebahagian dari keluarga Ma. Masa Birthday Ain Mac lepas dekat Port Klang.

Alhamdulillah kerana Allah berikan saya ahli keluarga yang sangat ramai. Sangat-sangat sayangkan mereka eventhough tak rapat tapi we care each other.

60 tahun.


Bagaimana rupa anda 60 tahun akan datang? malas ah nak tanya setakat lima atau enam tahun, tak mencabar nak fikir. Hehehe.
Masa buat Moral5 tadi, tengok gambar tangan ni. Macam takut pun ada, sedih pun ada. Kulit dah macam transparent tau, nampak tulang lagi.


Tengok tu atas tu.

Jomlah kita fikir rupa dan kehidupan kita 60 tahun akan datang .. (make sure korang 21 tahun pada 2012) :)

AlHijab

Masa final sem yang lepas, ada trip pergi Kolej Komuniti Selayang. Bukan unformal trip tau tapi untuk InoREKA 2011. Rasa macam pernah update pasal InoREKA ni tapi kali ni bukan nak cerita yang Im the only one girl yang masuk final untuk Film Promo tapi nak cerita pasal filem Al Hijab.

Kebetulan tempat penginapan untuk KKKualaLangat didalam sebuah mall yang macam nak hidup pun segan-segan lagi. Hehee. Lupa dah nama hotel tu tapi perkhidmatannya adalah yang terbaik bagi student yang jakun batak tak hengat ni -_-'


Tilam tu empuk gila plus toilet dia menjadi pujaan hatiku. Sumpah lawarr ! Senior dengan junior semua macam batak, ketuk pintu bilik lepas tu buat muka pelik sambil mengomel sesorang dekat muka pintu ‘siapa yang ketuk tadi?’ , bukan tu je, ada yang main call-call la bagai, okay tau lah call tu FREE! Yang girls je baik, tak batak macam the guys -___-"


Presentation Film Promo – Faizahazmi sebagai peserta tunggal wanita. Mengigil habis masa presentation -.- oh salah seorang dari juri tu offer buat V.O dekat FINAS. Alhamdulillah. Terima kasih. CN dengan Qila sebab sudi teman masa presentation. Please abaikan muka yang mintak penampar tu!
Malam kedua dekat Selayang, semua duk tanya nak pergi tengok AlHijab ke tak? Eh tak main lah tanya depan. Kata phonecalls FREE plus ada wifi, makanya medium-medium seperti Twitter, Fb dan calleds digunakan sebaik yang mungkin. Hewhewhew..

Semua set nak tengok sekali kecuali Din dengan Haikal sebab depa nak pi tengok malam kiteorang sampai. Sampai hati korang tak ajak! Tempat wayang horror habis. Eh lupa nak bagitau, tempat wayang dengan hotel kiteorang satu floor je :) punyalah banyak seats kosong, Animasi’s (kiteorang lettew) conquer 3 rows, tak ramai mana tapi nak duduk dalam kelompok yang sikit.

WANgen, WANchik, Ayie dengan Amir duduk 1 row. Dibelakang Qila, Noura, Faizahazmi dengan Nabil. Mamu dengan Wafiy row belakang kiteorang. Bila semua dok pakat menjerit AHHHHHHHHHHHH sana, AHHHHHHHHHHHHH sini, Faizahazmi dengan muka tak bersalah boleh tertidur lima minit gara-gara tak minat cerita horror ni -.- (sumpah membazir) lepas tu siNabil boleh kejutkan, aishh mengganggu.

Memandangkan tak nampak reaksi kawankawan yang berada di baris hadapan, tengok jelah baris sendiri. Qila dengan Noura dah pakat peluk-peluk macam wayang tu nak runtuh -.-‘  Nabil rilex lagi sampailah part nenek kebayan keluar. Part ni memang aku gelak tengok Nabil punya reaksi. Dari tadi dia diam je, lepas nenek kebayan keluar dia boleh maki-maki nenek kebayan tu sebab dia memang tak suka dengan NENEK KEBAYAN! HAHAHAHA!

Bila habis cerita ni, semua pakat nak balik bilik sebab takut. Masing-masing tak macho dahh, semua cerita reaksi tengok cerita ni, semua nak cover ‘eh aku tak menjerit la’ ‘cerita ni takdelah takut sangat’ dan banyak lagi alasannnnn ....... blablablaaaaa..


Bila ku cerita pasal reaksi Nabil, dia boleh tak mengaku. Eh Hello, I sitting beside you eh! Bilalah nak keluar tengok wayang lagi, perhaps masa rehersel semua nak pergi tengok wayang dekat Mines, itu je paling dekat en.

Bye.

May 2, 2012


more days.
Can't wait :)

Part 1 – Mengenali SiSEPET


Muhammad Solleh Imami, nama adik sepet saya. Dia ni sekarang diisytiharkan sebagai warga Nepal gara-gara tiada pengenalan diri. Walaupun mata sepet, tapi taknak gelarkan dia budak cina ke apa. Makanya Nepal is NEPAL ! hahahaha (mati aku kalau dia baca ni) :)

Keep asking me bila nak cerita tentang dia dalam blog, setelah hampir berminggu-minggu perah otak ni, barulah petang ni dapat idea nak cerita (sebab awak bahan akak, maka akak akan bahan awak balik). Mari-mari ke chapter seterusnya ....

Meminati DJ Blend, tapi sumpah ku tak kenal pun siapa mamat DJ Blend ni -_- blender Ma dekat dapur jenama Panasonic tu aku tau ah. Biarlah, asalkan aku tau nama dia. lalallalalalal .... Si Nepal ni eh siSolleh ni minat muzik rasanya sebab dia cakap dia suka mamat Blend ni kan. Tapi dia bercita-cita untuk bergelar seorang pendidik pada suatu hari nanti. Insyaallah dek, ada rezeki jadilah awak sebagai guru.

Fashionista? Okay! Mat kemeja dia ni :)

Baru sebulan kenal dia, tapi macam dah kenal bertahun-tahun sebab dia ni sentiasa ada dengan Faizahazmi. Maksudnya? Weekends jumpa, weekdays ada je benda nak borak + bahan = pening kepala -.- Melayan kerenah siNepal ni boleh buat kita rasa nak hentak kepala dekat pagar besi CS. Hahahaa seriously.

SiNEPAL siSOLLEH ni baik, dia selalu buat kakak dia yang tak pandai eja ni gelak. Like ALWAYS!
Bye.

Part 2, incoming okay.