June 22, 2020

FANS again.

Assalamualaikum.

So, masih dalam bulan kelahiran, jadi yaa mood birthday lagi lah cerita dia. Weeee!
Hadiah pun masih dapat lagi ok and tekalah siapa yang terakhir?

FANNNNNNSSSSSS!!


Thank you FANS!
I dah pakai dah dari hari kedua dapat, dengan ucapan, nanti bagilah lagi Wehehehhee 😘

and yeah, camera pun dah test.


Aku dah meriak dengan sahabat handai dan kaum keluarga. WAHAHAHAHAH

THANK YOU EVERYONE!

June 13, 2020

29th Birthday.

Assalamualaikum.

HAPPY 29TH BIRTHDAY, FAIZAH AZMI!!

OMG, dah hampir ke 3seriesssssss. Sungguh tak percaya dan kalau boleh taknak percaya. HEHEHE. Well ada ke orang yang nak percaya once umur dia semakin meningkat? No one ok.

So my birthday ended 9.20 pm tadi. YES, TADI sebab ada orang buat surprise dengan tanya aku suka minum Nescafe flavour apa. Dan aku dah dapat bau dah kalau orang buat surprise dekat aku selalunya.

Ok, jom aku share apa yang terjadi semalam ... eh tak tak, bermula Khamis walaupun birthday aku semalam 12 June.

1st cake - HR

Thank you HR. Tengah tengok youtube tetiba HR datang terjah meja bagi bungkusan. Kita goncang kotak tu, eh dia terkejut lalu berkata "eh jangann ..." HAHHAHA kelakar je HR ni.

2nd cake - Parents
(actually cake sama dengan HR)

Ok, ni lagi kelakar. Normally aku memang boleh bau if family aku buat surprise. Aku ada tweeted semalam pasal ni and guess what, aku masuk bilik Ain and Busu tengah pegang kek and terkejut lama then "Happy Birthday Faizah!" HAHAHAHHAHA kelakar gila.
Thank you Ma Baba dan semua orang.


3rd cake - Brothers

Thank you Brothers. Actually aku request BR cake sebab aku memang suka gilaaa ice cream. Bila date semakin dekat, aku tukar fikiran dengan request 1 slice of Butterfly Pea Lemon Cheesecake by Secret Recipe, my current fav. Then balik dari rumah Opah, Zikri balik kejap, katanya nak hantar barang. Sekali haaaaaa ice cream cake! phewww happy tapi serba salah 😬😋

Pheww 3 cakes gaisss! Macam artis woii. HAHAHAHA

Ok kita beralih kepada barisan hadiah yang diterima.

 Thank you, E!

In any storm, I refuse to sink because I believe that faith is in my hands
and I will reach the peaceful shore, as I want - ML

Thank you!

I've been eye-ing of this camera since ages!
Finally, it's MINE!

Thank you!

Last but not lease, ku ingatkan Zahirah, Hale dan Farah adalah orang terakhir.
Oh rupanya bukan ya.

Thank you, Bet!
 
Tiba-tiba tanya which Nescafe's flavour sedap then mintak alamat rumah. HAHAHA  


Thank you, FAMILY.
Thank you, FANS.
Thank you, BEST FRIENDS
Thank you, COLLEAGUE.
Thank you, EVERYONE.

June 8, 2020

Public Holiday.

Assalamualaikum

Ok, cerita raya masih belum up sebab kekangan waktu yang tak dibuat-buat dan juga ada yang dibuat-buat. HAHAHHA maafkan pejah lah ye. 

Mana nak kejar shipments, orders semua. Hah poyo gila statement itteww 😁 Tapi itulah hakikatnya. Sesambil scroll Twitter dan IG, tetiba nak login Blogger tapi tak tau nak type apa, NAK LOGIN JE DAH CUKUP PUAS. 

Anw, KITA DAH BOLEH RENTAS NEGERI GENG! KITA DAH BOLEH PERGI BERCUTI YAYAYAYYAA YA ALLAH BESTNYA PADAHAL SEBELUM NI TAK HERAN PUN ! 💃💃

Cameron Highland, Langkawi .... Insyaallah. Semoga jadi. Cameron mungkin, Langkawi tu .... takpelah, janji ada cita-cita kan.

Tahun ni kita lek lek cang dulu lah. Esok esok baru exercise, ok?

Dah, aku on lappy sebab nak draft kerja untuk esok. Ni apa draft pun tak buat lagi. Normal. HAHAHA

May 24, 2020

A Raya Gift With A Bright Smile And Happy Tummy

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI RAYA! Semoga syawal kali ini memberi satu kegembiraan buat semua yang menyambutnya. Walaupun dunia sedang terjejas akibat COVID-19 ini, kita janganlah menyerah kalah. Jaga jarak diantara kita agar tiada benda yang buruk berlaku. Mudah-mudahan.

Dikesempatan ini, saya selaku tuan belog ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa mahupun terguris hati anda semua dengan kata-kata atau tulisan saya ini. Manusia kan, selalu saja buat kesilapan. Kosong-kosong eh? :)

Yang penting bila nampak makanan tu, beratur tau. Jaga jarak tu. Jangan kelaut pulak ye. HEHEHE.

Selamat Hari Raya gais! Cerita raya, later ok?!

Thank you so much!

Received a Raya Package from E & D last week. Alhamdulillah rezeki akhir ramadhan.

Caramelised Banana Loaf - Tiba-tiba dah jadi favourite. Sedap.

Caramelised Banana Loaf, Crunchy Choc Chip Cookies & Coconut Cookies

And it's sooooooooooo damn good! Especially Banana Loaf! Haa mungkin sebab aku peminat banana cake so aku suka. Aku makan lepas buka, sahur sampai habis. HAHAHAHA. Siapa suruh dia sedap sangat?! Adik awal-awal dah conquer Crunchy Choc Chip Cookies tu. 

"Kakak nak ni tak? Kalau taknak, Adik nak.." - lalu dia membawa pergi sambil memeluk erat bekas cookies itu. Sedap and ada callebaut chocolate dalam cookies. So gooooood.

Oh Coconut Cookies pun sedap. Macam ada badam tapi rasa macam ada kelapa parut jugak. But sedap! 

Overall, semua sedap dalam package ni.

Thank you once again to my managers, E & D. Selamat Hari Raya!

May 23, 2020

WARNAPOPS Sedap GILAAAA!

Assalamualaikum.

Pada suatu petang, sedang aku menonton stories, aku tertengok Lara Alana dapat satu package dari WarnaPops. Haaaa bermulalah bibit-bibit bukan percintaan tapi pencarian aku pasal WarnaPops ni. Lepas tu macam biasa, once aku dah letak phone tepi, aku dah lupa pasal pencarian tu. HAHAHAHA

Hari demi hari, sedang aku scroll Twitter aku yang semacam bosan je sekarang tak tau lah kenapa, aku ada terbaca satu tweet pasal WarnaPops. Eh WarnaPops! Aku tekan thread tu dan baca dan DELIVERIES!

Marilah cari dekat instagram - adalah langkah seterusnya.

Belek punya belek, aku ajak adik-adik aku yakni Zikri and Achik untuk beli WarnaPops. Berjaya guyss aku pau adik-adik aku untuk join venture beli WarnaPops ni dan decided untuk bagi dekat Adik sebab Adik dah banyak kali kena scam dengan aku sepanjang PKP ni. HAHAHAHAHHA

WHY?!

Aku beli barang dekat Shopee tapi lupa nak tukar nama aku, instead aku letak nama dia. Sakit je hati member tu. Beria terima tapi bukan barang dia. HAHAHAHAHHA so WarnaPops lah ganti dari scam-scam tu.


It's finally here!


Aku yang balik kerja tu macam apa je, tengok kotak ni dalam peti ais. Alhamdulillah Adik tak excited ye bila dapat delivery ni. Ciskek betullah. Kiteorang yang excited lebih. HAHAHAHAHHA

Flavours: Watermelon, Tropical, Strawberry Lemonade

dan tiga-tiga pun sedap ya ampun! Nampak pun dah mengiurkan, apa tah lagi kalau rasa. Memang pure buah-buahan. Tropical adalah nanas + mangga kalau tak silap. Dekat rumah, Strawberry dah SOLD OUT. Laku keras flavour ni. 

Thank you Tasha sebab melayan order kiteorang. 
So korang boleh click > WarnaPops kalau nak order ok? Dijamin sedap dan marvelous! Eh memang sedap gilaaaaaa lah cerita dia. 

Kalau korang nak pick up sendiri, boleh pergi terus dekat Rekascape, Cyberjaya atau cari je agen-agen dia. Senang bukan?

May 22, 2020

Akhir Ramadhan.

Assalamualaikum.

Kembali kita bersiaran diakhir-akhir ramadhan ini. Berbaki satu hari lagi yakni esok (Sabtu) sebelum kita menyambut lebaran pada Ahad ini. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beraya bersama keluarga dan makan yang sedap-sedap dipagi raya nanti. Insyaallah.

To be honest, kemeriahan tahun ini adalah tiada ya. Mungkin disebabkan COVID-19 ni, semua kedai pun separuh buka. Setelah sekian lama tak keluar malam, malam tadi kiteorang pergi Alamanda. Masuh je dalam tu macam terkedu. Bukan sebab ramai orang tapi sebab suasana macam mall terbiar! Kosong, gelap weh! Kalau tak, McD tu dah penuh orang que nak beli McFlurry. 

9:45pm, rasa cepatnyaa masa berlalu bila dalam mall tu. Tau-tau mall nak tutup. Tak sempat nak berfikir 100x "nak beli ke tak eh baju ni?" - ha aku lah tu. Akhirnya tak beli sebab hati berbelah bagi. Satu sebab tak boleh try pakai. Sah-sah tak boleh tukar juga kan nanti? 

But it's ok, aku berharap COVID-19 ni akan berlalu pergi dengan segera lah. Aku rindu suasana sebelum COVID-19. Boleh jalan-jalan kat luar mahupun dalam mall. Boleh food hunting. Boleh bercuti. Boleh jumpa semua orang dan terpaling penting, free-mask! HAHAHAHA aku dah tak sanggup weh 10jam on mask. Rasa sesak didada, semua adalah.

Anyway, aku ada dua entri tertangguh. Don't worry, it's all about foods! Muahahahaha. Sedap dan marvelous! Eh jaranglah benda sedap tak share. Kalau tak share pun maksudnya aku takda masa atau malas nak update. Tapi sebab aku dah beria bergambar, haruslah letak dekat sini. 

Snippets for both entries.

Thank you E & D for the Raya Gift set.


For Adik, from 3 of us.


Lepas raya, kita kena letak gambar raya eve pulak kan? haaa tak sabar.

Ingat esok nak try buat cheesecake si Khairulaming tu. Tapi cerita dia KALAU RAJIN lah. mihmihmihh. Aku dah tak serajin dulu-dulu masa duduk Putrajaya. Masa tu apa Kak Fain masak atau bake, aku try pulak lepas tu. Now, ma dah masak sedap sangat dah. Heheh dasar malas kau eh pejah?!

Jadi, marilah kita mulakan kerja sekarang. Muahahahha.