June 12, 2025

34.

Alhamdulillah I am turning 34 this year. Still breathing even though not smoothly enough but yeah, still. HAHAHAHAHAH.

Tapi alhamdulillah, masih hidup. Masih ada rezeki merasa pelbagai rasa — suka, duka, keliru, marah, tenang, sayang. Semua campur-campur jadi satu lukisan pelik yang nama dia: kehidupan.

Tahun ni, aku tak mintak banyak. Cuma minta hati yang tenang, badan yang sihat (walaupun aku dengan hospital/klinik kini berpisah tiada HAHAHA), dan rezeki yang berkat.

Doakan aku okay-okay je ya. ❤️

Harini aku macam biasa. Mood ok. Ada swings a bit. Tetiba rasa nak marah, tetiba rasa sedih. Tapi yang penting the whole week aku rasa mata aku berat gila! Mengantuk dia fuhh tak tau nak describe macamana. 


Masa aku type ni pun mata aku separuh buka sambil amik mood nak sambung tidur balik selepas dikejutkan oleh alarm FANS and call dari Achik.


Oklah aku sambung esok KALAU AKU RAJIN 🤣

No comments:

Post a Comment