Sunday, January 27, 2019

Ahad!

Assalamualaikum.

Empat hari lagi sebelum masuk bulan baru. Bulan yang paling banyak cuti I guess? CNY je, company aku cuti 2-10 Feb. Korang cuba cakap apa aku nak buat cuti lama-lama tu? Oklah, walaupun dah ada plan, but I rather masuk office lagilah. HAHAHHAA. Aku kan acah-acah macam busy gilaaaa 😏

So Ahad aku sangat produktif ye. Pagi dah teman ma dengan baba pergi pasar Pudu. It's been a while. Selalunya ma baba pergi berdua and then lepak ngeteh kat mamak Jalan Tar. Produktif bukan? Hehehe. Pastu ma masak bubur pisang nangka dengan tepung tu, alaaa aku tak tau nama dia. Tapi kalau ma masak bubur ni, selalunya aku amik tepung tu jelah. Dia macam sedap gila. Eh bukan macam but indeed sedap gilaaaa woii 😋

Lepastu .... aku cuba tidur. AKU.CUBA.TAPI.TAK.BOLEH.

Sekarang aku tengah nak siapkan artwork and pricelist #mamatannoying1. Aku dapat bayangkan ada lagi yang akan kuterima lepas selesai ni. #mamatannoying1 memang suka bagi kerja secara berperingkat. Ku redhaaa jebat! Aku plan, by Jumaat sebelum jam 12 tengahari, semua kerja settle. Aku nak cuti secara aman dan damai. Aku nak menikmati coconut shake and waterpark lepas tu. Hhehehe.

Tak sabar nak pergi waterpark !!! 💃




Aku actually suka gambar ni tapi aku tak puas hati kenapa muka aku blur ?!!! Why?!


Dah lah, aku nak sambung buat pricelist. 

eh jap! aku macam dah lama tak post gambar makanan-makanan yang awesome kan? Ada ok. Bukan takda gambar tu. Tapi aku malas nak transfer gambar-gambar tu. 😑

2 comments:

  1. gila lama cuti wehhhh...nasib la bukan Wilayah kalau tak sure tambah sehari lagi...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak!!!!!!
      HAHAHAHAHAHHA tau takpe. tiap tahun pun macam ni. Marilah kita berhuhuhu je kat rumah. hehe

      Delete