June 20, 2018

Bebelan diPetang Hari.

Assalamualaikum.

Dipetang yang hening ini, aku lagi busy dengan stickers yang tak pernah habis. Hahahahha. Mengalami kejutan budaya gara-gara secara tetiba meja penuh dengan file, kertas dan sebagainya. Sampai aku rasa lemas dengan meja sendiri. 

Dimanakah meja yang bersih dan bebas file? - monolog pejah depan pc sambil cover dari orang perasan dia bebel.

So aku baru siap edar labels yang telah diorder untuk dorang, crew, packing barang-barang kat bawah. So far, aku masih bernafas dengan begitu jayanya! Tahniah self.

Cuma barcode yang crew mintak je aku tak jumpa dalam folder. Mana tah dorang letak. Nanti jelah aku geledah lagi. Now, aku kena tanya IT, mana barcode tu.

Kata busy, Pejah? Ni boleh update blog bagai?

Haaa~~ biasalah, Pejah memang pantas bab-bab macam ni. Bab-bab lain je malas sikit 😆

Aku tengah serabut. Tu je sebab aku blogging. HAHAHA. Tapi bila aku tak serabut pun, aku blogging jugak. Rajin ke, malas ke, pun aku blogging jugak. Nak buat macamana kan, dah suka.

Teringin nak makan tomyam. Yang pedas. Yang masa. TERINGIN.

June 14, 2018

Kronologi June 12

Assalamualaikum.


June 12, genaplah umur seorang Faizah, 27 tahun. Hahahhah hampir ke 30! Phewwww~ Lambat sikit lah sampai 30 tu. Tak ready lagi sebab still rasa macam muda belia remaja gittew 😎


Kalau tahun lepas bulan June disambut dengan berbuka kat luar setiap minggu, untuk tahun ni, kita berbuka kat luar sekali je! Dekat tempat fav lah mana lagi. Tapi kan, rasa macam kurang best tahun ni. Makanan memang banyak macam biasa tapi macam sikit bila nak ambil tu. Paling dasyat, bread pudding dah habis but dia ada je refilled balik. Pheww lega terus perut iolls. Kalau tak, rasa nak mintak refund. Hehehe. Anw, Terima kasih Family 💓

So yeah, ucapan birthday sama je macam tahun lepas. Jodoh dan birthday memang tak dapat dipisahkan ke macamana tah pun aku tak sure but Insyaallah, doa-doakan jelah :)

First hadiah adalah aku dah ada CDL! Wahahahha. 2 tahun telah berlalu. Lepas ni dah boleh tanggal sticker tu. 

 

Hadiah kedua dari budak gedik. Headband fro McDonalds. Thanks Ged!


Then, rewarded myself with long phone called. Sampai ke sahur weh, lepas sahur mata dah tak boleh tahan. Penangan! Siapa suruh mengada stay up. Haa siapa suruh melayan seorang Pejah berborak?! Baik Pejahlah yang bersalah. Heheh :D dapat lagu birthday jugak, tapi lewatlah beberapa minit selepas jam 12am. Takpe, asalkan ingat. Thanks Fans !


Oh dapat Kobo Mini jugak. Wuuuu~ Yang ini memang suprised gila cause aku memang ada google pasal Kindle. Saja, sebab selalu nampak kat timeline Twitter. Tak sangkalah dapat hadiah Kobo and first time tahu pasal Kobo jugak. Thank you so much E & D !

Harini June 14, aku terperasan ada satu bungkusan dekat tray atas meja. Curious siapa bagi? Curious pun, aku dah tengok dah hadiah apa. Hahahaha. 


And ada nama brand tu, pastu aku boleh agaklah siapa. Sebab aku ada dapat brand ni masa E and the girls holiday. Walaupun aku ingat orang lain, tapi sebenarnya orang lain yang bagi! Wow. Ini ajaib! Hahhahahaa tak sangka jelah. Tapi tak kisah lah. Thank you jiran sebelah meja!

And finally thank you so much everybody 💜

Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN !

June 12, 2018

Setahun ia berlalu ...

Assalamualaikum.

Bulan puasa adalah bulan yang takkan aku lupa. Bulan yang hampir meragut nyawa aku.

Kalau nak aku recalled balik, haritu aku cakap dengan baba alaa ba, kejap je akak sampai. Jam menunjukkan pukul 8.15am . Tu lah, orang cakap jangan berlagak, jangan riak. Haaa mendapatlah kau!

Aku rasa jalan masa tu basah sikit je. Cuma aku suka berangan atas motor. Tapi masa aku berangan tu, depan aku clear. Entah macamana, tiba-tiba ada motor. Aku break mengejut dan akhirnya aku jatuh cium jalan tar tu. Berguling-guling macam menari bollywood aku atas highway tu. Dan nasib baik jugak aku tak kena langgar dengan mana-mana jenis kenderaan. Alhamdulillah.




Luka dekat siku tangan kiri. Aku ingat luka sikit je. Oh lepas jatuh tu aku balik rumah, lap-lap luka and tukar baju seluar tudung semua. Aku gigih pergi kerja lepas jatuh.. Aku pergi panel dulu sebelum tu. Then mintak halfday pagi, then selesai kat panel, aku terus masuk office. Masuk office jalan terjengket-jengket. Dorang tanya kenapa aku tak cuti je? Ishh kerja banyak weh masa tu. Memang taklah aku nak cuti. 

SEBAB AKU INGAT LUKA SIKIT AND TAK SAKIT PUN WALAUPUN SEMUA ORANG DAH SURUH CUTI!

Sekali, dah petang-petang tu, aku rasa sengal-sengal satu badan. Yaaaa, dia dah datang. Malam tu aku menangis sebab sakit. Esok baru aku pergi klinik lagi, untuk check lagi sebab aku rasa sakit. Dapat MC. Kalau ikut hati, memang aku tak guna MC tu tapi sebab nak jalan tak larat dah. Makanya cuti dan berhuhu lah kat rumah tu.

Dalam pada kaki jengket-jengket ni, aku sempat pergi PICC dan beraya ye kawan-kawan. Hahahah itu penting kot.



Ku gigih Jebat! Nak solat, fuhh menangis dalam hati. Sebab kaki kiri aku tak boleh lipat. Kerusi tak jumpa dalam surau. So nak tak nak, aku kena duduk macam biasa. Tapi sakit weh. 



Demi bread pudding! Ku gigih lagi Jebat!

Sampai raya pun kaki aku tetap sakit kalau lipat. Sampaikan malam raya, aku tertido atas kerusi sebab tak larat dah, dengan lutut aku berair sebab sebelum tu aku lipat kaki buat apa tah. Tak larat nak lap/tukar semua. Dugaan weh masa tu.

Nak sebulan jugaklah baru baik. Alhamdulillah aku mampu berjalan lagi walaupun terhenjut-henjut masa tu. Aku cakap dengan adik-adik aku, 

Kalaulah masa tu, kaki aku tak boleh guna? Aku tempang, macamanalah hidup aku kan?

Gila. Sampai situ aku fikir.

Trauma, ya, aku masih trauma. Tapi seronok kot bawak laju! HAHAHAHHAHAHA

June 5, 2018

Murtabak Maggi

Assalamualaikum.

Kak Nana selalu bagitau dia masak Murtabak Maggi. Sebab aku tak pernah makan, jadi kadang-kadang tu rasalah macam teringin nak rasa. Sedap ke tak?

Pastu last week ada cuti satu hari sempena Vesak Day kan? Petang pergi rumah Opah, aku tanya Kak Nana ..

Kakna, takda Murtabak ke harini?

Ada Pejah!

Gittewwwww...




Tinggg!!

Murtabak Maggi by Kak Nana.

p/s: simple gila entri aku.

June 4, 2018

Hi Jun, kita jumpa lagi !

Assalamualaikum.

Officially 6th with WB !

Wohooo. Macam tak percaya kan? Aku pun tak percaya. Mula-mula dulu, setiap kali rasa tak puas hati dengan Annoying, rasa nak berhenti, rasa nak cari kerja lain. Tapi tulah, sekarang eh ok pulak dengan dia. HAHAHAHA.

Dia ok je sebenarnya cuma kadang-kadang je annoying terlebih sikit. Hehehhe.

So, June 1st aku officially tukar tempat buat kali ketiga. 6 tahun kerja, 3x aku tukar meja. Korang pernah macam tu? 




Tak pernah bukan? 

Takpelah kalau korang pernah pun. Aku taknak amik tau. Hehhee. Rasa meluat kan? :D
Dah, aku busy. 

Anw Happy Favourite Month! Hi June, we met again 😊

June 1, 2018

Juadah meriah setiap tahun dirumah nenek-nenekku !

Assalamualaikum.

Puasa ke-16 barulah aku macam rajin sikit nak update apa-apa since aku tengah free kejap ni. Dan aku pernah janji nak update hari berbuka aku masa puasa 3 dan 4 kan? Jadi pada hari bertuah ni lah, aku update. Wahahhaha sorrylah gang. I is busy.

So mari mulakan dengan menu berbuka kat rumah opah dulu. Sempatlah amik gambar sebelum berbuka and sebelum meja ready. Bila meja dah ready, kuih muih bubur apa bagai dekat meja lain. Meja makan ni penuh dengan lauk pauk yang enak-enak belaka je. Kenyang weh! Semua sedap. Semua lazat. Eh haruslah, benda lazat kot. 




Dan keesokkan harinya pula di rumah Nenek. Menu simple tapi nampak banyak sebab satu lauk dibahagikan kepada dua mangkuk/pinggan. Tu banyak. Paprik, kek coklat pisang tu sedap. Eh semua lah sedap. Yumss.



Dan rumah maktok takda gambar sebab TAK SEMPAT! Sampai-sampai terus hidang, dan terus makan. Itu lagi lah. Menggila punya juadah. Makan kuih Akok, fuhh sedap. 

Alamak rasa macam nak beli kuih Akok lah balik karang. Baru rasa lah pun. Tak tau beli atau tak lagi 👉👈 

Apa menu berbuka korang?