Thursday, April 6, 2017

Merepek sana sini.

Assalamualaikum.

Orang masa lunch tadi update, tapi aku terbalik. Dah habis lunch hour baru terkial-kial nak update. Tapi takpelah, as long as aku update, aku patut bersyukur. 

Ok, baru lepas baca entri pertama aku dalam blog ni, which is 19 Februari 2008. Gila dah 10 tahun aku ada dalam 'dunia' blogging ni. Apa yang aku merepek dulu pun aku tak pasti sangat. Kebanyakkannya merepek yang takda hala tuju lah. Sebab sekarang punya merepek ada hala tuju. HAHAH ok tak kelakar walaupun aku sedang berusaha keras untuk membuat korang baca sambil

  amenda kau taip ni pejah
tak kisahlah. Janji ada hala tuju. HAHAHA gelak lagi.

Aku rasa aku ingat lagi sebab aku terjebak dengan 'dunia' blogging ni. Antaranya adalah kerana Aliff Aziz. Weh serious ni. Sebab dulu fans Aliff Aziz adalah dari Singapura and adalah jugak dari Malaysia. So semua fans dia ada blog sendiri sebab nak bercerita tentang Aliff Aziz ni. Haaa aku salah seorangnya lah tu. Hehehe. Tapi sekarang, kebanyakkan fans dia dah tak into blogging dah. Semua taip panjang-panjang dekat IG je. Oh itu je aku tak rajin lagi.

Lepas aku habis sekolah, aku kurang dah update pasal AA. Ada tu adalah tapi kurang. Sebab aku dah sedar diri sikit. HAHAHA. Event pun dah tak pergi. Aku rasa aku duduk rumah tidur lagi best. Tapi aku still ada impian nak pergi konsert lagi. Wakakaka bila tu tak tau lah. Nama pun impian. Impian ada dua jenis. Terlaksana ataupun Terkubur. Aku punya tengah-tengah lagi lah. Hehe.

Semoga terlaksanalah hendaknya. 


MUAHAHAHAHHAHAHAHAHA!

4 comments:

  1. Dulu pernah ada fasa nak update pasal artis kegemaran jugak tapi skrg dah tak ambik kisah pasal diorg sangat :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kan! Samalah. Dulu je. Sekarang ni update gambar makanan lebih puas hati. HAHAHA

      Delete
  2. peminat aliff aziz ehh hehehe! kalau echa dulu buat blog sebab putus cinta hahaahaa. nak meluah la kononnya. ahhh teringin nak baca blog mula-mula dulu. tp dah tak ada lagi semua tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa dulu lah. HAHAHHAA! Dulu semua pasal dia tau. Sekarang, drama dia belakon pun tak tengok. HAHAH. wow! Jangan baca, nanti terkenang. Susah!

      Delete