Assalamualaikum.
Disebabkan Malaysia ni berbilang kaum, jadi haruslah ada pelbagai jenis perayaan. Dah hujung tahun ni, memang tinggal Christmas lah kan? Seperti tahun-tahun lepas, bila kena kerja masa hari-hari nak perayaan je, semua takda mood dekat office. Kenapa? Cuti lah weh. Cuti okay!
So office ada Christmas dinner pada 23 Dec lepas. Unfortunately aku tak join tahun ni sebab ada family dinner dekat rumah Opah! Gigih tau aku dengan KakNana tak makan lunch. Simpan perut untuk malam. Masuk office dah menggigil sebab lapar. Eh aku letteww 😜
Sebelum balik, dapat Mr Gingerbread Man eh tak, Gingerbread Tree. First time dapat. Thanks SC! Sedap. Dah selamat yang biskut tu dalam perut aku. Dengarnya SC buat sendiri. Alahaii rajinnya buat. Dia excited nak Christmas. Dia pun tak join dinner malam tu.
Okay malam tu. Bertempat dirumah Opah. Okay makanan, sila masuk mengadap!
Menu utama. Nasi lemak kangkung berseta ayam kfc yang sedap lagi lazat. Biasalah orang tengah lapar kan, lunch makan muffin yang memang standby dalam laci je kan. Balik, menggelupur lapar. Hahahha. Pejah dan drama berpisah tiada.
Side dish. Sate dan nasi impit oh lalalalalla. Kelas nama ada selit lagu KRU. HAHAHA apa ada hal. Makanan sedap haruslah diselitkan dengan benda-benda indah, puitis dan haa sudah, aku dah start merepek balik. Marilah teruskan dengan desserts ..
Desserts. Puding green apple, bagai bulan yang memberi cahaya bersinar kepada si pemakan. Eh cehhh nama makanan. Tak boleh panjang lagi agaknya. HAHAHA. Okay, ni pun aku makan bertambah dengan Zikri. Sedap. Siap tapau bawak balik. Apa ada hal ..
Dan makanan-makanan lain pun ada. Ma buat gulai ayam kalau tak silap. Tak sempat nak amik gambar. Ampunn! Kek gula hangus pun ada. Eh pokoknya memang kena perli lah malam tu.
Tengok tu orang nak pergi dinner tu makan *menunjuk ke arah i lah apa lagi* hahaha takpe, I redha sebab I dah kenyang masa ni. Hahahhaa.
oh btw, Thanks E for the Christmas Gift. Suka gilaaaaa!
And Happy New Year guys!!