Monday, May 11, 2015

[Resepi] Watermelon Milkshake

Assalamualaikum.

Bertemu kita sekali lagi dalam blogpost minum meminum ^^ Haha minum meminum pun bolehlah. Sebab aku nak share dengan korang resepi milkshake paling vavavoom yang aku buat Sabtu lepas. Aku rasa ni milkshake sebab ada susu. Hhaha kalau salah, mohon betulkan tp aku yakin ni milkshake.

So sebelum nak start buat, haruslah kekedai untuk membeli susu sebab rumah aku memang takda stok susu macam ni. Even susu pekat manis pun jarang ada dalam peti ais, apa tah lagi susu low fat ni.

Okay, dah ready?

Bahan-bahannya simple gila! Ada 4 je.


Ice cube - tak kisah nak letak berapa ketul pun. Depends pada korang.
Tembikai
Susu (aku pilih low fat sebab bajet diet)
Gula - aku guna 1 sudu gula je. taknak letak pun takpe.


Blender! Ni barang paling penting untuk milkshake kita. Kalau takda ni, boleh je guna blender yang korang guna untuk blend cili kering / bawang semua tu. Takda masalah tapi mohon korang blend dulu dengan kulit tembikai supaya takdalah rasa pedas (dah guna untuk cili/bawang kan) 

Okay, semua bahan / barang dah ada? Dah betul-betul ready nak nak blend tembikai tu jadi milkshake yang sedap? Okay, next step!



Mula-mula, masukkan tembikai dulu. Masuk semua pun boleh, asalkan tembikai tu tak 'muntah' keluar dari blender. Depends pada saiz blender korang. Lagi besar blender, lagi banyaklah tembikai :)


next, masukkan ketulan ais. Aku guna dalam 10 ketul je rasanya. Sekali lagi, depends pada korang nak letak banyak mana (mengikut size blender)


Okay, inilah contoh bila korang dah masukkan dua bahan tadi. Baru dua bahan.
 
 

Masukkan suku atau lebih susu low fat itu kedalam blender korang. Jangan lupa satu sudu gula kasar :) Supaya milkshake korang takdalah tawar sangat. Aku tak minat sangat tawar-tawar.

Blend semua bahan tadi sampai hancur dan ....



 Taraaaaaaa ~~~



Hasilnya, memang meletops lah. Rasa dia, bagi aku, lagi sedap dari Grape Smoothie yang buat dulu. Yelah, yang dulu takda susu, letak gula je. Yang ni rasa dia lemak-lemak sikit. Macam carrot susu pun ada jugak. Tapi Ya Allah sedap sangat ! T_T Hahaha saiko puji minuman sendiri.

Selamat mencuba korang!

No comments:

Post a Comment