Assalamualaikum.
Alkisahnya Jumaat lepas, aku halfday sebab petang tu nak pergi Melaka ye. Nak balik kampung opah. Jadi lepas ma balik, bergeraklah kita ke Melaka. Melaka part mana, jangan tanya. Aku memang tak tau. Hahha! Yang aku tau, masa ni aku lapar menggila sebab tak makan dari tengahari. Aku makan roti canai je pagi tu.
Sampai pun dah lewat malam. Nasib busu ada bawak kuih raya, ma beli ayam golek, aku mampu beli slurpee je. Haha. So berkelahlah depan tempat kiteorang tinggal tu. Aku tak tau tu resort ke hotel ke homestay ke apa ke, hmm korang pergilah check sendiri. Nama tempat tu Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak
Jadi gambar malam memang takda sebab masing-masing dah kekenyangan dan kemalasan dan sangat mengantuk. Lepas selesai apa yang patut diselesaikan, aku terus tumbang. Hahah! Tapi aku biasalah, jangan kata tempat orang, bilik sendiri pun aku asyiklah terjaga disaat orang lain enak dibuai mimpi indah. Berapa kali aku terjaga entah. End up, 5.30am aku dah bangun tapi biasalah, golek-golek dulu. Hehehe :D
Pagi tu, sarapan almond london yang busu bawak sebab breakfast tak sampai lagi. Tempat aku stay ni, berdepan dengan laut tau. Jadi haruslah tahap keterujaan tu agak melampau sikit. Hahah! Aku bukanlah orang yang mandi laut ke pantai segala ni. So adik dan sepupu kecilku yang super excited, so moh ler kita pergi beramai-ramai. Tinggallah opah bersendirian didalam bilik sambil tengok tv (agaknya lah. hehe)
Inilah anggota keluarga aku yang pergi ke Melaka. Dalam frame, opah jelah takda. Opah dekat bilikkan. Masa pagi ni, rasa macam PANTAI NI AKU PUNYA! hahah sebab takda orang langsung. Mungkin sebab pagi kan. Dalam pukul 7 lebih rasanya ni. Tapi bestlah bagi aku. Bersih je. Tak macam Bagan. Bagan tu kotor. Dulu lagi kotor, ada buih-buih putih lagi. Sekarang hmm takda dah kot? Entah, aku jarang pergi dekat air tu.
Adik memanglah suka explore sendiri. Ni dia korek pasir tu, aku panggil nama pun, sikit dia tak heran. Okay dek, akak sentap dengan awak! Huh saiko dengan adik sendiri. Wakakkaa!
Haa budak kecik ni pun sama. Entah apalah yang dia buat tu. Sikit pun taknak pandang. Penatlah aku jerit nama dia. Hampeh nak pandang. Okay Deeb.
Balik dari laut tu, budak-budak ni sambung dekat pool sebelah bilik pulak. Betul-betul sebelah bilik family aku. Jadinya, pool ni AKU LAH YANG PUNYA!! hahaha. Kolam dewasa pun tak macam dewasa punya. Sebab adik aku yang kecik tu pun rilek je kuak lentang dalam tu. Aku? Mampu tengok je sebab tak kuasa. Haha padahal tak tau berenang.
Masa untuk balik. Aku tangkap gambar ni dari dalam kereta je. Seriously aku rasa laut atau pantai ke or whatsoever ni, tempat dia sangat cantik. Sumpah tak tipu. Besar pun besar. Jauhlah air tu dengan darat. Banyak jugak chalet dekat sini.
Itulah percutian raya aku. Kemana lagi selepas Melaka? TUNGGU ~~
No comments:
Post a Comment