*back to normal font size*
ehemss .. Assalamualaikum!
Haluu~ Aku baru habis setel semua kerja aku. So sekarang tengah tunggu kerja lain atau bahasa mudahnya, aku nak tunggu pukul 4 petang untuk aku turun bawah check order baru. Kalau takda, takdalah aku kerja sampai esok pagi. Hehe. So agak bosan sebenarnya bila kerja siap awal. Memang aku target nak siapkan kerja sebelum 5 petang supaya aku boleh rilek sikit tapi terawal pulak. Pukul 3 lebih aku dah siapkan semua. Ni tengah tunggu senior double check, kot-kot aku ada salah buat ke apa. Harap-harap takda salahlah kan.
Oh aku baru terbaca pasal Wanita Maut Digilis Bas (boleh click, aku dah letak link dekat situ) . Semakin menjadi-jadi kes kemalangan sekarang. Aku dah lah tak pro dengan jalan raya yang banyak kenderaan ni lagi, pastu keluar cerita-cerita macam ni. Haish kecut perut jugaklah. Walaupun aku ni acah-acah IronGirl , tapi kalau dah perempuan tu tetaplah perempuan. Takut tak bertempat katanyaa -.-'
Aku jatuh Isnin lepas. Perghh sakit dia, terasa sampai sekarang. Macamana aku boleh jatuh? Hmm aku pun tak tau. Tau-tau dah tersasar, pastu nak naik balik, tak boleh then jatuhlah aku kat tepi jalan tu. Nasib tak kena mana-mana kenderaan lain kat situ. Kalau tak, dah satu hal nak membayornyaa :') Dah lah takda orang tolong. Aku bangun then aku terus blah pastu aku gelak sendiri sebab terasa malu pulak jatuh. Hahha! Nasib takda kenalan aku yang nampak. Kalau ada,
MALU Oii !!!
Lepas jatuh, aku rilek je pergi kerja dengan seluar koyak dekat lutut. Hahah gagah perkasa kononnya. Takda sape perasan pun. Haa eloklah. Pastu adik pergi bagitau opah, ma semua. Adoii malu iolls. Dah lah terasa diri seperti IronGirl pastu jatuh pastu HAAAA MALU malu malu =__='
Tapi tetaplah gagah cerita kat sini. Hahha. Sebab aku dah takda point nak cerita apa.
Kbai.
No comments:
Post a Comment