Friday, April 18, 2014

Wordless Friday.

Assalamualaikum.

 

Pagi-pagi dah hujan. Hujan dimulai dengan rintik, rintik dan rintik lagi. Dan akhirnya lebat, lebat dan seLEBATnya. Habis basah baju semua. Takpelah, hari Jumaat. Hujan rahmat ni :)

Tapi tak berapa nak selesalah kerja sebab dalam keadaan separuh basah dan sejuk menggila dalam office ni. Tapi takpe, redha jelah. 

Okay, kau dah pahal Pejah, ayat habis sentap ni? Hahaha. Actually sesambil aku menaip ni, sambil tu jugak aku cari point nak taip apa sebenarnya. Aku memang takda idea nak tulis apa memandangkan badan aku tak dapat nak bekerja dengan begitu baik (gara-gara kesejukan), jadi aku masih berfikir. HAHAHA!

Hmmm ..

Hmmm ..

Hmmm ..

Aku masih takda idea ni. Heheh. Gedik gila post ni (lempang diri sendiri)
Dah lah. Aku nak pergi buat milo panas. Nak panaskan diri aku jap. Kan best kalau ada bihun goreng basah ke, mee goreng basah ke, ketiaw goreng basah pedas kaw-kaw ke. Pastu ada sambal tumis. Ahhh sedapnyaaaaaa ..

Ma, kalau ma baca ni, ma macam dah lama tak buat bihun goreng special ma tu. Heheh :D

No comments:

Post a Comment