Assalamualaikum.
Ahad lepas takda aktiviti sangat. Selalunya pagi Ahad aku mesti pergi Banting, ikut ma dengan baba. Yelah, duduk rumah pun takda benda nak buat kan? Tapi Ahad lepas tak ikut. Adik nak tengok Power Rangers tapi sampai ke sudah takda cerita tu kat tv. Dulu ada kat ntv7 tu, sekarang tak sure sebab yang layan adik tengok Power Rangers ni Apis je.
So petang tu balik rumah opah kejap dengan baba and adik since ma kena pergi sekolah dia. Langat, biasalah, jem manjang. Dah macam Kuala Lumpur .. Langat ni. Hairan aku. Dari dulu macam tu je. Bila jalan tak jem pun, aku tak tau. Teringin jugak nak tengok jalan tak jem kat Langat ni. Heh!
Aku ingat sambutan Maulidur Rasul dekat Tekali ni buat
pagi, sekali petang rupanya. Kebetulan, aku nak balik Kajang dah
sebenarnya tapi busu kata jalan tutup sebab nak berarak. Okay, moh ler
kita pergi tengok dorang berarak. Orang kg standby depan jalan masuk ke
rumah opah. Busu lah ajak teman. ehhehe
Orang kampung tengah ready ni. Menunggu green light untuk berarak dari pakteh. Gambar atas ni dari penduduk kampung tengah. Kampung ni ada tiga kampung tak silap aku. So dorang macam ada tema lah kot. Sebab aku tengok ada yang tema hitam merah segala. Macam meriah lah jugak. (makanan pun meriah)
Ni dah mula berarak dah. Bebudak berarak last sekali. Mana budak sekolah rendah, pakai baju raya lah. Mana bebudak sekolah menengah, semua pakai baju sekolah hari Jumaat. Budak-budak lah paling excited bila ada perarakan macam ni. Macam aku masa kecik-kecik dulu. Heh teringat masa perarakan kat sekolah ...
Meh layan dua video yang aku sempatlah record. Dua je sempat sebab phone aku asyik hang je, so bila tak hang, sempatlah aku record. Silaaakan menengok yerr :)
Jan 27, 2014 | Sambutan Maulidur Rasul 2014 #Throwback #Semalam #Ahad #KgSgTekali by Faizahazmi on Keek.com
Jan 27, 2014 | Perarakan Maulidur Rasul 2014 #throwback #semalam #KgSgTekali by Faizahazmi on Keek.com
Aku dah start cuti mulai esok sampai Rabu depan. Gila lama en? Hehe, Selamat Tahun Baru Cina lah kepada semua terutamanya boss dan colleague :)
No comments:
Post a Comment