Ingat Janji Kita
Mengambil masa 1 hari baca novel ni. Alhamdulillah dah selesai novel kedua.
Dipermulaan cerita, tak berapa nak faham sangat tapi sifat manusia yang ingin tahu tu berjaya membuat Faizahazmi menghabiskan 1 novel ni.
Walaupun cerita ni tidak sehebat novel Kan Kukejar Cintamu tapi penulis berjaya membuat emosi si pembaca aku lah tu terusik.
Emosi sedikit terusik bila Adinida iaitu watak utama dalam cerita ni mengeluarkan katanya “saya tidak mempunyai sesiapa, saya tidak punya ibu, saya tidak punya abah, tidak punya keluarga. Siapa yang mahu angkat hantaran tu nanti?” kepada Raimi, bakal suaminya ketika mereka keluar untuk menempah hantaran.
Emosi sekali lagi terusik apabila Adinida mengingati zaman kanak-kanaknya yang menjadi mangsa dera kepada ayah tirinya, Salleh dan makciknya, Kalsom. Adinida dilayan seperli hamba abdi ketika tinggal bersama Kalsom. Kalsom menjaga Adinida kerana inginkan harta yang ditinggalkan oleh arwah abah Adinida.
Keseluruhan cerita ni, ia dianggap menarik walaupun ada part-part yang pembaca saya la tu tak berapa nak faham tapi berjaya memahami hingga akhir cerita ini.
Rate untuk novel ni Faizahazmi bagi 3.8/5 :)
No comments:
Post a Comment