Kan Kukejar Cinta Kamu by Fauziah Ashari
Semangat taip sinopsis ayat demi ayat. Sungguh ku gagahkan diri walaupun boleh cari sinopsis tru incik google je -.- okay saja nak mengisi masa tengahari yang rasa macam lama ni. Haishhh ....
Berbalik pada novel Kan Kukejar Cinta Kamu ni, mengambil masa 1 hari untuk khatam. On the way nak pergi breakfast baca mukadimah dia dulu. Selesai breakfast, on the way nak pergi kerja, baca lagi. Sesampai office, tak sentuh langsung sebab nanti tak dapat nak fokus.
Sambung lepas balik kerja, while semua orang pergi pasar malam, me, duduk dalam kereta sorang-sorang sebab ada benda berlaku ini part semua perempuan tak suka. So dari termenung tengok bangla lalu lalang, buka beg amik novel dan sambung baca.
Sampai rumah mandi, makan ok aku makan kuih je, gara-gara kenyang makan nasi goreng mamak Miss Mok beli. Then around 9 lebih macam tu, online kejap dan yes, sambung baca novel sampai 2am. 2 PAGI OKAY !
Ok stop.
So in my opinion, novel ni senang faham dan jalan cerita yang menarik. Kita sebagai penbaca rasa ingin dan ingin tahu kenapa keluarga Datuk Hakim dan Datuk Raqib ni bergaduh.
Rasa kesian pada watak Alma kerana terpaksa mengharungi liku-liku sebagai isteri yang tiada tempat bergantung gara-gara Raiyan mengidap Amnesia selepas kemalangan.
Dan kepada penerbit filem, tolong visualkan naskah Fauziah Ashari ini dalam bentuk filem boleh? Mungkin akan jadi hit seperti Ombak Rindu? Ini cadangan saya sebagai penggemar filem Malaysia.
Rate untuk novel ni Faizahazmi bagi 4/5 :)
: Ty Kak Wani sebab bagi pinjam novel ni. Ok ada satu lagi novel yang nak khatamkan harini.
No comments:
Post a Comment