5 hari bekerja, sudah membuatkan saya, Faizahazmi menjadi pekerja yang berpindah randah akibat tiada meja -. -‘
Faizahazmi ditempatkan di Bahagian IT which mean Faizahazmi akan buat kerja-kerja design semua.
Tapi yang peliknya Minggo, Kafai dan sorang lagi mamat ni ada meja tetap but NOT me!
Mula-mula Faizahazmi diletakkan di belakang Minggo dan Isnin masih di kelompok meja yang sama tetapi berubah kedudukan, duduk di sebelah Kak Rai kerana meja dulu kakak dari Pahang duduk -.-“ dan harini, Selasa, Faizahazmi duduk di depan bilik bos dengan menggunakan meja plastik! One more, MEJA PLASTIK !
Duduk meja belakang sekali ni tak best okay. Takde kawan nak bersembang. Nasib baik ada video dan lagu yang boleh dipasang. Datang ofis ni ibarat datang suka-suka je. Haaha! Yelah, kena tunggu abg Denan siap, baru Faizahazmi boleh mula buat design. Kalau tak, sangailah saya sorang-sorang kat belakang ni =_= bosan!
Office ni pun takde wifi, wayar internet pulak tak boleh nak connect dengan laptop ni so benda yang boleh buat, tengok movie sorang-sorang.
OKAY AKU REPEAT BENDA YANG SAMA. KAN?!
Tapi yang bestnya dapat tengok movie, abg kakak sekalian, jangan jeles ye, buat keje tu. Yelah gaji awak 1k lebh! Hahaha :)
Dengar cerita 20hb ni office nak buat annual dinner tapi entahlah, tak tau dijemput atau tak? Heheh.
Apa nak pakai ni kalau dijemput? Aduhh serabut! 21st pulak ada event dekat kolej, itu lagi satu, kalau free, baru pegi.
Keje pun dah siap dan dah hantar dekat Kak Izan which is one of our editors.
Tadi pegi cuci kaki, Miss Low cakap “Faizah, esok you duduk belakang I. Ah Hong next week baru naik atas” so apa yang mampu diberi oleh saya ialah “okay Miss!” beserta muka yang buat-buat senyum tawar ^___________^” apalah nasib.
Mula-mula dekat depan bilik boss, esok depan pantry pulak. Ha amik kau!
Erm nantilah sambung membebel lagi. Dah bosan ni, tengok staf buat keje, yang aku duduk macam guard dekat belakang ni =___________=
Kakak-kakak, abang-abang sekalian, saya pulang dulu ya!
Hujan oh hujan.
Okbai.
No comments:
Post a Comment