January 29, 2012

Teman

Ni dengan Animation's Sem 2

With Farah Sidek, makan cendol di Banting . Terabik !

My Alpha's !

My Animations's Final Sem ah ni.



Ni masa majlis berbuka puasa last year :)
bersama Animation's Senior

Itu CN dan Aqilah.

My 2009's Roomates. Kak Sue, Adun, Yaya, Me and CN

Itu Ayie.

Mereka gila-gila.



Teyka !

Setiap orang ada teman masing-masing. Okay saya ada ramai teman dan saya paling sayang dengan teman-teman baik saya.
For me, their too superb and very understanding friends of mine. IloveyouguysLOTS!
Some of them, kenal since primary sch and some from secndry sch. Oh kolej pun ada. Kesimpulannya, dekat mana-mana kita boleh cari teman yang terbaik untuk kita.
Oh saya ingat masa mula-mula nak pindah Putrajaya, kena berpisah dengan kawan dari kecik, oh Amirah Hazimah nama dia. still remember her nama, GOOD. Sampai sekarang still contact dengan dia walaupun tru fb je but yar masih kawan kan...

Bila dah duduk Putrajaya, jumpalah kawan baru. Tak berapa nak ingat siapa kawan pertama but well I’ve met Hale, Ac, Zuraini, Teyka, Amy and somemore. Walaupun berbeza jantina tapi masih berkawan sampai sekarang. Okay ni kawan yang tinggal satu taman.

Dekat sekolah rendah jumpa kawan jugak tapi tak rapat, rapat pun dengan kawan-kawan satu taman. Biasalah kanak-kanak lagi, budak hingusan punnn.
Sekolah menengah da advance sikit. Apa yang advance pun tak tau =.= Most of my secndry sch friends sama je since primary tapi saya kenal Pina Musa, Lily, Zera, Atiqah Farhah dan lain-lain di scndry sch ah. And yes, my Alpha’s Boyfriends eh kawan lelaki okay .

Kolej, jumpa lagi ramai orang -_____- Saya jumpa my gedik’s Cik Noura, sama class, sama rumah cuma lain bilik je sampailah ke final sem. Kena repeat pun sama-sama gilaa semua sama -.-‘
Saya kenal Adun ha Cumy laaa, bz manjang dengan masalah peparitan sampai ke malam wehh. 

Yang pernah jadi my roomates ialah Yaya, Adun tapi dia ni kejap je then pindah bilik sebelah, Nina, Yang, Amy, Ain ni budak ILP, sesat pulak :) Kak Sue, Mira, , Alin, Kina, ni semua housemates dari 2009 sampai 2011, my Animation’s friends, Farah Sidik ha ni kena letak nama, kang dia sepak aku nayaaaaaa ...... dan semua dekat KLCC tu. Sorry tak list nama, banyak sangat :D
And I found my 1st love pun dekat kolej. ha SKIP ! lalalallaa ..

Banyak sangat memori dengan teman-teman saya, tapi kiteorang masih berkawan sampai sekarang walaupun ada yang dah pindah Kuantan, Sabah dan belajar pun merata-rata tapi dengan adanya sistem komunikasi, kiteorang still keep in touch :)
Plus, saya rindu teman-teman saya.
Baca ni, call me!
xoxo.

Gambar tak ikut turutan tau. Malas -____-

January 27, 2012

Senyumlahh


Bila kita senyum, tak semestinya kita tak sedih.

Bila kita sedih, tak semestinya kita tak gembira.

Jangan lihat seseorang melalui riak muka.

Muka yang menyimpan pelbagai jenis emosi.

Jaga hati keluarga, teman-teman dan orang sekeliling anda.

Sayangi mereka. xoxo

Love


Will meet someday. Insyaallah

January 26, 2012

Bila mulut menguasai diri



Saya nak bebual.

Saya bosan bila kena duduk diam-diam.

Mulut saya nak bergerak.

Aktifkan mulut saya!

Huahuahua !

Okay Faizahazmi dah cukup bosan dan penat harini. Buat Sivik3 dan sambung pulak Sivik1 dan kini masih di Sivik1. Cukup lambat, saya penat.

: Kawan Abg Editor jual ayam online. Fuyooo advance, jual ayam pakai blogspot je. HEBAT !

Kbai.

Hari Bahagia

Semua manusia dekat bumi ni mengimpikan hari yang paling bermakna bagi diri mereka terutamanya kahwin. Ha kahwin okay, itu entry untuk kali ni.

Setiap minggu ada je undangan, tak kira lah undangan bertunang ke, kahwin ke, sunat or what so ever la kan tapi still UNDANGAN :)

Tak payah fikir jauh-jauh, my officemate baru je melangsungkan hari pertunangan beliau dengan jejaka pilihan Sabtu lepas. amboii kau Faizah, jangan nak jejaka sangat okay! Bertemakan warna Ungu, majlis berlangsung dengan penuh beradat. Well aku dengar akak ni cerita je actually :p

Muka akak ni berseri-seri lepas dia jadi tunangan orang. Harini Kak Fiza pakai Hijau Pisang, cantik ^.^ .

Next month, abg sepupu pulak kahwin. Bz Paklong sekeluarga menyiapkan apa yang patut dipersiapkan. Masa Abanglong tunang dulu, takda bz macam ni rasanya tapi yelah, kahwin ni hari bersejarah. Kan?!

Oh tema kahwin Abglong MAROON! Nak kena cari colour tu, nak cari kain, shawl, oh new handbeg! Time ni dah gaji, so berfoyalah aku! Hahahaha :D

Bila tengok orang sekeliling nak kahwin lah, tunanglah, tiba-tiba hati ni berdetik ‘aku, bilalah?’ amboi gatal kau! Macam best je bila tengok orang kahwin-kahwin ni.

Rasanya part paling best bila dah sah diijab kabul, macam terharu sehh. Lagi bila si pengantin lelaki nyanyi lagu Anuar Zain – Lelaki Ini, weh boleh nangis ni, TERHARU !

Semua orang ada angan-angan untuk hari sejarah kan? Kalau takde, masih sempat untuk fikir :)

Kbai.