Monday, November 17, 2014

Cuaca tak menentu. Ayam golek & Kastart Jagung menjadi mangsa?!

Assalamualaikum.

Hi korang. Aku tengah free menggila ni. Dari pagi takda kerja. Eh jap, ada kerja tapi dah siapkan pun sebelum aku online benda-benda ni semua. Jangan risau. Ni dah sampai kes aku dah bosan tahap nak cari katil, pap, terus tido. Ahh nyaman weh ~

So aku belek gallery kat phone, amagad! Ada gambar ayam golek , jadi moh ler aku share dengan korang. Actually ada banyak tapi photographer tak bertauliah tu macam taknak bagi kat aku je gambar nya? So nasiblah ada gambar ciput je kat phone. Hahah.

Kejadian pada hari Jumaat lepas, yakni lepas Isyak di sekolah ma. Ada majlis doa selamat sikit untuk bebudak darjah 6. Tahniah adik-adik ^^

Okay, kita mulakan dengan ayam golek yang omagosh sedap gila tahap kau nak duduk depan tray hadap sorang-sorang!! Hahaha tapi aku tak buat macam tu since aku tak dapat rasa pun masa kat sekolah tu. Habis! Sold Out! Elek!!
 

Antara dessert untuk malam tu ialah agar-agar pandan (rasanya), tembikai, apam pastu apa tah. Okay, semua tu aku takda amik gambar pun. Sebab? Mata aku dah tertumpu dengan fav sepanjang zaman! Kastard jagung !!! Sedap gilaaa aku cakap!! Manis. Tak tawar dan aku suka ni. Lepas ni, kalau ada majlis, mohon cikgu ma buat lagi ye. Hehe ^^


Tamatlah sudah sesi pembentangan makanan fav iolls. Hahaha! See, aku dah bagitau awal-awal yang fav je akan aku amik gambar. haha!
 


Sate pun ada malam tu. Tapi sebab banyak lebih, bawaklah balik. Dan itulah sarapan aku adik beradik. Memang tip top vavavooommmm! Lembut nak mam! 

Maka berakhirlah sesi gambar-gambar makanan yang aku saja layangkan kat korang tengahari yang tak berapa nak tengahari ni. Since cuaca tak berapa nak bagus, mata aku dah start pedih since last week. Harap takda pape lah sangat. Malas aku nak pergi klinik bagai ni.

''Berhati-hatilah di jalan raya.''


Pesanan khidmat ringkas ini dibawakan oleh ;


Ayam golek sedap.

2 comments:

  1. hoi...tau tak ahkak ni tak makan lg dr pagi sbb masuk opis je kerja setinggi siling office..hahaha...

    bak meh la sikit oiii...

    *meratapi*

    p/s : jom g Nanjing! :P

    ReplyDelete
  2. Bhahahaha! Rilek kak oii. Tekak boleh terima makanan Malaysia lagi ke? kihkihkihh!

    p/s: Alangkah gembiranya kalau cuti ada lagi T__T

    ReplyDelete