Thursday, September 29, 2016

Keterujaan melampau melampau, bukan ada Il Woo pun -.-

Makanan fav masuk mengadap.


Keterujaan tu memang melampau betul tadi. Sebab aku tak balik lunch, macam biasa, Khamis je kerja memang melampau banyak dan ya, Sabtu ni pun aku kena kerja. Eh apa tetiba masuk perihal kerja takkala hati membuak-buak nak share keterujaan chocolate pudding ni. Haaa sedap okay.

Bagi KakNana dengan Dayah rasa tadi. Dorang cakap sedap. Eh gila tak sedap? Yang sedap je memang akan jadi fav. Yang tak sedap, hmm silalah jangan merajuk. Bertenang dah lah. HAHAH!

Dah lah. Pc macam hang je lepas aku cerita keterujaanku ini. Hmm pc saiko.

Nak sambung buat map Malaysia. Fuhh kecik besar kecik besar je aku tengok map ni. Ruang dia kecik gilaaaaaaaaaaa! Asyik zoon in zoom out je dari tadi. Gigih!

Dah. Aku busy. Nasib baik pudding tak habis lagi.

Kdrama fans life! Hahaha

Assalamualaikum.

Hi.

Dua episod terakhir cinderella and four knights minggu ni. Jumaat dan Sabtu. Lepas ni, no more Jung Il Woo over the weekend. Fuhh sedih bukan kepalang. 

Tengok review ep16 pun macam sedih + sweets. Tak sabar tapi rasa sedih. Waaaaa kenapa begini. KENAPA? 

왜?
왜?
왜?
왜?

sigh.

Nasib baik dia tengah shooting drama Thai sekarang. Tapi aku nak tengok ke? Well hmm kalau kena dengan genre yang aku suka, why not. Thai pun Thai lah. Faham ke tidak, belakang cerita. Yang penting Il Woo. MUAHAHHAHA!

Jungshin pun tengah shooting Sassy Girl kalau tak silap aku. Bagus. Yonghwa pun. Oh Jonghyun pun. Ok, Minhyuk? Hmm dia duk atas stage every Friday je, hosting. Tak adventure. Hahahah!

Tapi rasanya tahun depan baru semua release kot? Entah. Tak sabar lagi sekali. Kalau aku free, bolehlah tengok. Kalau aku busy macam selalu, haaa jadilah seperti drama Entertainers yang aku sempat download dua episodes je tapi sampai kesudah tak tertengok lagi. Doctors apatah lagi. Malaslah. Yang berlalu biarkan berlalu.

Eh tapi kalau drama Il Woo, okay aku macam gigih lah godek Dramafire tu. Heheh. Lek ahh..

........

My lunch today gonna be sooooooooooooooooo sweets. Kenapa?



yey!! The pudding! Well basically my fav chocolate pudding from Komugi.

Tak sabar nak tunggu lunch. 

Monday, September 26, 2016

Ada yang menyeramkan di Melaka ..

Sebabkan aku dah bosan tengok barcode, aku update lah pasal our short weekend getaway. To Malacca we goooo ~~ Biasalah tempat fav baba kan. Heheh. Dah boleh mulakan? Baiklah sila bawak masuk gambar-gambar. Gambar-gambar sudah di shortlistkan, yang berjaya sahaja yang akan ditempelkan disini. Manakala yang masih didalam folder, maaf, gambar anda mungkin TERLALU cantik untuk dipaparkan. HAHAHAHHA!

First. Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia!

Eh of course bagi salam dan ucapan sikit sebab kita gerak pun lepas solat Jumaat pada hari Satu Malaysia. Sebelum pergi, ma siapkan lauk-lauk yang eh mestilah sedap! Gila apa lauk ma tak sedap. Korang kalau nak rasa, jemputlah datang rumah. Serious korang akan bertambah dan merengek nak tapau lepas tu. Hahaha itu tipu sangat -.-

Okay kita akan include tiga hari dua malam punya cerita. Sebab malas. Biasalah malas dan Pejah berpisah tiada. Memang tiada. Lagipun senang. Haaa dah banyak sangat cerita Melaka dalam blog ni. Lagipun masa kiteorang banyak lepak dalam bilik je, rehat. Memang betul-betul rehat gua cakap lu.

Dimulakan dengan hari pertama, yakni hari Satu Malaysia. Lepas Asar, terus keluar pergi Dataran Pahlawan. 

 

Haa masa ni je aku dah borong dua pasang kasut. Kasut yang aku pakai masa tu tinggal tunggu masa nak tercabut tapak je. And hello Brands Outlet! We met again! Hahaha macam takda kat BO kat area rumah, sampai Melaka cari -.-" Lepas setel, adik nak naik beca. Haa aku tak sampai hati nak naik sebenarnya. Kesian. Badan penumpang (aku lettew) dah lah tak kurus mana. Yang bawak alahai keding. Paling kelakar dia suruh aku adik beradik turun jalan naik bukit sebab dia nak tolak beca tu. Patutnya masa tu aku mintak kurang dari RM25 ke RM20. Yelah dah jalan kaki en... Hehhee.

Hari kedua, Sabtu. Lepas breakfast, chill dalam bilik dulu. Lepas tu terus siap-siap pakai baju kurung. Ke majlis kawin we goooooo~~ And guess what, baju merah aku pakai tu baru debut dipagi Sabtu itu. Haa baju baru lerrr. Well actually tu baju raya puasa aku yang aku tak sempat pakai langsung. Sebab apa? Haa sebab baju aku siap LEPAS raya. Aku hantar tailor sebelum puasa tau. Jadi ada dua pasang lagi yang belum sempat aku pakai. Sigh.


Balik kenduri, sambung tidur (aku tak, aku sambung makan je) sampai pukul 6pm. Semua siap, jalan-jalan tepi laut. Haaa, hotel aku betul-betul depan pantai. Memang jalan kaki jelah cerita dia. Konon turunlah kilos tapi aku tak yakin turun. HAHAHA. Berat dengan Pejah memang dah sebati. Tak sampai hati dia nak pergi meninggalkan aku agaknya T_T


Yes, berlima je. Macam biasa. Orang kaya sibuk bekerja. Nak lagi kaya agaknya -.-'










 

Eh dah hari terakhir. Hari Ahad. Ye, adik merasmikan kolam pada pagi yang sejuk itu. Lepas tu kena tipu dengan aku, sebab aku cakap dah pukul 8am walhal 7:15am pun belum! HAHAHHA! So belum 7:30am, dia dah ajak naik atas. Heheh.

Lepas dah puas mandi, kiteorang tiga beradik pergi cari sarapan dekat luar hotel. Cari roti canai. Sedap weh!! Haaa aku dengan Zikri dua keping sorang. Adik roti telur bawang satu je. Kononlah lepas makan roti canai, nak cari kuih pulak ke apa. Lepas makan, nak seret kaki balik hotel pun malas. Dah kenyang bebenor weh! Alhamdulillah. 


 

Lepas dah mandi, makan, marilah check out dan balik ke pangkal jalan. Ke Kajang we goooo~~ Tapi disebabkan semalam (Sabtu) kiteorang ada nampak signboard Muzium Kapal Selam dan kiteorang cari dan jumpa dan memang plan nak kesitu sebelum balik, jadi marilah singgah!

Hello TIGA kapal yang ada -.-

Ya, TIGA kapal je ada. Kapal selam belakang aku tu dan dua jet pejuang. Aku rasa macam tak siap lagi je muzium ni, dan mungkin tak patut digelar muzium lagi kot? Heheh. Tiga benda je weh. Aku siap tanya kat abang tu Tiga ni je ke bang?? Rugilah datang! HAHHAHAA sempoi. Nasib baik tak kena hempuk T_T 




Hanya kapal selam je boleh masuk. Dan kapal selam ni adalah sesuatu yang menakutkan. Serious aku tak tipu. Dia punya nervous tu macam jumpa Polis buat roadblock. Laju gila nafas aku. Hahaha! Masuk je pintu tu, aku disambut oleh ....



Abang patung hujung nun! Gila!!! Aku dengan mata samar-samar bertambah cuak sebab aku mati-mati ingat abang tu MANUSIA. Tanya Zikri, dia cakap patung. Fuhh lega tapi tetap rasa nervous, terus ai parkinsons tanpa hala tuju. Menyeramkan tau tak!! Masuk perut kapal selam, jumpa bilik dorang tidur, makan, office. Weh kecik kot. Dorang mesti jalan sehala je dalam ni. Lepas tu, orang yang bekerja dalam ni mesti halus-halus je badan. Sebab ruang dia memang sempit sangat. Dapur dia, sorang je boleh masuk agaknya. 

Kalau aku diberi peluang untuk duduk dalam ni, memang aku pangkah terus! Taknak!! Takut!

Lepas melawat kapal selam yang menyeramkan ni, singgah A Famosa Outlet dan terus balik Kajang.

Sekian cerita kapal selam yang menyeramkan. Korang boleh try datang. Tiket murah je. Mungkin akan datang dia letak lagi banyak kapal selam kot? or cruise? sampan ke? Manalah tau en..

Barcodes LAGI ...

Assalamualaikum. Hi!

So yeah, basically aku baru je siapkan empat jenis product code. Fuhh dua hari aku amik masa buat benda alah ni. Gila! Working over the weekend, benda yang paling aku tak suka tapi itu yang aku kena buat since aku ada target untuk barcode ni. 

미친!

Uh huh! Tapi aku belum dapat gelaran workaholics lagi lah. Nasib baik. See, aku masih waras, dan masih ada perasaan ingin berhibur walaupun badan aku semua fikir barcodes. Gggrrr, ni lah benda paling aku tak suka. Barcode. 

진지하!!

Aku takda cakap aku mengeluh buat kerja, tidak sama sekali. Ni periuk nasi aku. Tapi barcode sentiasa buat aku nervous, buat aku keep eye on it tanpa peduli benda lain.

싫어!

Barcode akan selalu menghantui aku. Akan buat aku tidur dari waktu sepatutnya aku tidur. Macam sekarang, Almost 1:30am, aku tengah menaip sambil buar barcode, download videos dan marathon Il Woo's drama. 

Ahhh dah kenapa tiba-tiba ada Il Woo? Sorry geng! Cuma dah terbiasa. HAHAHHA! Tak boleh nak serious sangat ^^ Lepas tu sekarang tengah musim Il Woo, jadi kenalah redha setiap entri ada nama dia. HAHAHAHAHHAHAA habis lah korang. Semoga korang and aku yang baca ni tabahlah. Aku pun kena redha ni sebab dah gila bayang -.-' HAHAHAHA lagi.

Okaylah okaylah serious lah balik.

Jadi aku ada target. Semoga aku dapat siapkan beribu barcodes dalam masa yang aku dah target tu. Serious aku takut aku tak dapat buat tapi aku cuba. Yes, anda boleh pejah. YES!! Bila siap boleh bergembira. YES!! haa saiko diri sendiri =.=

Okay, semua dah setel ni. Esok je sambung lagi. Good night. 

Saturday, September 24, 2016

Insane!

Assalamualaikum. Selamat Pagi!

Gila! Betul-betul pagi ni aku update! HAHAH! Aku baru lepas download drama Flower Boy Ramyun Shop. Based on genre, okaylah style aku. Tak serious. So nanti kita tengok macamana cerita ni. Best ke idok. Kalau best, kita teruskan sampai ep16. Hehhee.

Basically pagi ni aku kerja RASANYA. Code dah siap, so nak masuk next step which is BARCODE. Haaa benda yang paling aku rasa leceh. So aku ada target nak siapkan semua barcode tu. Mungkin dua bulan? Insyaallah aku yakin aku boleh siapkan sebelum due date. Sebab coding ni dah lama sangat kat tangan aku. Yelah nama pun barang kedua penting. So kita siapkan barang pertama dulu baru buat kedua kan? Itu yang aku diberitahu lah, so ikutkan jelah.

Haa Cinderella episod malam tadi pun aku dah setel download. Tunggu Ahad, download episod malam ni pulak. So baru boleh tengok lak. Eh aku lupa, aku nak download ep1 sampai ep6 Cinderella. Jap eh...

Ok, sedang mengdownload. HAHAHA! Quite lajulah internet aku dari wifi. Sakit hati awak ni kalau guna wifi. Hehee. 

Friday, September 23, 2016

Berkobar-kobar di dada

Hi mengkome!

Aku ada lagi satu muka surat code yang nak siapkan ni. Kalau tak harini siap, esoklah aku siap. Kalau tak esok, makanya Isnin lah. Ishh kuasa sangat aku nak buat kat rumah. Buat online kan.. Ok aku tau takda siapa nak tau pun aku buat ke tak kerja ni. Haa biarlah aku nak bagitau. Sementara aku ada benda nak bagitau. Kang aku senyap, hmm.. senyap jelah. HAHAHA merepek sangat pejah weh. -_-"

Apa aku buat sekarang selain coding? 

Menaip ni lah. Takkan aku bersilat pulak depan Shir. Kang dia cakap aku gila pulak -_______- Aku take 10 jap dari buat coding, perut sakit T_T

Okay malam ni Cinderella. Ahad jelah aku download. Nak download malam ni malas. Aku ada mission. Semoga berjaya lah. 

Well sepatutnya dah berjaya atau hampir berjaya tapi biasalah, seorang Faizah dia bersemangat cuma seminggu je. Haha sedih aku baca ayat ni. So kita try cara lain untuk melengkapkan mission tu. Andai berjaya, alhamdulillah. Wow tetiba rasa nak nyanyi lagu Vince ...

Bila mana di dalam jiwaku berkobar
Perasaanku mula menjadi gementar
Kan kuharungi tanpa rasa gentar
Kerna perasaanku ini hanyalah sebentar

Bila mana... berkobar-kobar

Di dada... berkobar-kobar
Ku atur langkah semangat penuh sabar
Walau di dalam nadi darah hangat membakar 

Daku buka langkah dengan jiwa yang besar

Kuhayati semangat yang berkobar

Taalaa... mari.. mari..

Taalaa... tuju kejayaan

Kita mendaki dan menjejak mimpi

Apa yang menanti tak siapa ketahui
Namun yang pasti mampu kita takluki
Bila di hati semangat berkobar-kobar

Taala... mari ..


Ya, penuh semangat! HAHAHHAA! 

Thursday, September 22, 2016

Good Pagi!

Assalamualaikum. Hi!


Gila awal aku sampai harini. Semua sebab cuaca mendung yang boleh membawa diri hanyut ke mana-mana. HAHAHA! So, 7:30am aku dah keluar rumah. Lately aku keluar pukul 8am ye kawan-kawan. Sebab satu, malas nak tempuh jam, malas nak tempuh kereta lori yang banyak kat highway tu. Seram mak nokss! Eh terbagi dua sebab pulak. Hehs.

Pagi ni, hmm apa ye aku nak buat? Semua aku dah buat petang semalam. Takkan lah nak update pasal Il Woo lagi? Haa bosan jugak tengok hari-hari. Cepatlah Sabtu, cepatlah Ahad. Alangkah gembiranya kalau office boleh tengok video online macam dulu lagi.. Boleh tengok sambil buat kerja. Eh jangan risau, kerja aku tetap jalan punya eventho aku tengok video. Serious lah. Nak tipu korang pun, bukan dapat kereta sebijik pun kan? Hehhe.

Lama tak jumpa Pina, Zera, Teyka, Farah. Lama sangat. Rindu. Eh Farah adalah jumpa masa kenduri haritu. Yang lain, tak lagi. Insyaallah ada rezeki, jumpalah kita :(

Oh by the way, tolong doakan Farah and Wawa's baby selamat and dipermudahkan segala urusan mereka ya. Kesian dengar cerita mereka berdua ni. Yang sorang hal ni, yang sorang lagi hal ni. Everything gonna be okay, friends. Insyaallah. Amin.

p/s: gambar tak transfer lagi. malas. hahah lagi.

Wednesday, September 21, 2016

Cerita harini diibaratkan seperti Nasi Goreng yang maha sedap gilerrss!

Baru je reply komen Kak Sally. Takyah nak hmm sangat eh kak. Siapa suruh Il Woo senyum sampai bergegar jantung? Siapa suruh Yong jarang update diri sendiri dekat SNS? Kan dah beralih arah.. Eh kita dua-dua pun dah beralih arah kan? kan? kan? Heheh.

Nah click --> Running Man , episode yang ada dua-dua manusia ni. Dah pergi tengok sana!

Tapi semalam Yong dah update IG dia. Wow melentik kemain badan, padahal main basikal je pun. View sumpah lawa.

Eh, Assalamualaikum. Hi! Tetiba terlupa nak bagi salam. Excited nauu bila cerita pasal Il Woo. Excited dia sama macam cerita pasal Yong dulu. Biasalah pejah. Pejah kan?!

Currenlty aku tengah update code produk company aku. Banyak jugaklah, ni baru siap separuh. Other than that, aku memang totally free. So aku boleh bebual, berbalas whatsapps, dan seangkatan dengannya. Eh siap makan dengan penuh kegembiraan diwajah ambo ni weh. Hahah. Biasalah Pejah dengan makanan berpisah tiada. Tiada walau seinci gitteww :p

Haa sebab rasa macam takda kerja, tu yang terhasil satu entry pada jam 3.30 pm ini. Walhal aku takda benda pun nak share. Nak transfer gambar pun malas. Nak bergerak pun malas jugak. Hmm makan je aku rajin. Terpaling rajin!

Shir dengan Lesung busy kemain. Penuh paper atas meja. Eh waktu-waktu aku busy dah berakhir dengan jayanya sebelum cuti haritu. So sekarang aku mampu tengok tapi sikit pun tak iri hati dengan kebusyan mereka. Rasa seronok je. HAHAHAHA eh gelak pahal?

Haa Dayah bagi chocolate cheese cake. Dah setel pun makan masa kat gym tadi. Pastu ada dua keping Subway cookies jugak. Ramai kata cookies ni sedap, manis tapi tapi tapi aku rasa biasa je. Tak manis pun?? Okay jelah ni. Oh flavor Choco chip and m&m. Orang kata ni recommended flavor. So thanks Dayah.

Lastly, sebab takda cerita yang khusus, jadi terhasillah cerita nasi goreng. Bahan utama adalah komen. Bahan-bahan lain seperti cerita Yong dan Il Woo, code dan kerja. Oh dan cookies. Hahah memang OUT sungguh. Ni jawapan untuk soalan Kak Sally akan datang yang aku tau bakal menyusul nanti. Hehehe

Tuesday, September 20, 2016

Jung Il Woo

Hi. 

Finally ada masa nak update apa-apa yang patut. Cerita weekend getaway hmm aku tak rasa nak cerita pun tapi tengoklah, kalau rajin adalah. Kalau tak rajin, pepaham dah lah. HAHAHA! Malas dia kemain sangat ni. Balik dari getaway, aku rasa ak tidur je. Mengantuk. Padahal aku tidur habis lena. Kat rumah pun tak lena macam tu. Serious. Sigh.




HAHAHAH silalah tatap.

Tengok gif ni pun aku dah senyum sorang-sorang sampai Shir pandang aku pelik. KAHKAHKAH! Bukan salah aku pun. Siapa suruh dia senyum macam ni? HAHAHA. Kalau tengok Cinderella lagilah, senyum je bila part dia. Mula-mula rasa Ya Allah menyampahnya dengan Ji Woon ni. Sakit hati. Poyo. Sekarang? Haaaa jatuh cintoooo. HAHAHA

Eh banyak sangat HAHAH -___________-"

Dah lah, nak buat-buat ada kerja. Walaupun aku takda kerja pun sekarang. Tapi tapi hmm ...  tengok gif Il Woo pun satu kerja jugak kan? Heheh. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi kenapa rambut dia selekeh sangat? Pelik! Takda sikat ke kat Korea? HAHAHA

Sigh.




Always. Sigh.

Thursday, September 15, 2016

Happy Birthday Lee Jungshin !

*** birthday shoutout ***

 Happy 25th / 26th Birthday Jungshin!
 


Wow! Terkejut tak? Selain Aliff Aziz, Akim, Yonghwa, Nana Mahazan, Hanis Zalikha, tiada siapa lagi yang aku pernah wish dalam blog. Hahha. Keji sangat memilih! Eh masalahnya sukati aku lah nak wish birthday siapa. Takda siapa baca pun. Mereka pun mungkin tidak membacanya, jadi why bother? HAHAH!

So yang baru join namelist kat atas tu, tak lain dan tak bukan, our Jungshin! Wehooo~~ Salah satu sebab drama dia tengah on air dekat TVN sekarang, jadi support sikit by update kat blog. Hahah memang takda kena mengena tapi eh why bother why bother lah weh? -.-

Kalau aku wish panjang lebar pun, dia tak faham Bahasa Malaysia dan dia mungkin takkan ke blog aku jadi ....

Do watching Cinderella and Four Knights !!

Semakin hari semakin mantap, semakin menyakitkan hati dengan perangai Kang Ji Woon dan Hye Ji itu. Aku rasa nak lempang je. Hye Ji ni semua orang dia nak. Hyun Min dia nak, Ji Woon dia nak. Eh Seo Woo dia taknak ke? Haa stress!!

Ji Woon pun satu hal. Hati tak tetap!!

HAAA SAKIT HATI TENGOK DRAMA NI !!!

 

Wednesday, September 14, 2016

Peti Ais yang maha susah nak buat.

Assalamualaikum.

Ya, saya sedang bekerja. Sedang membetulkan lakaran peti ais yang tak pasti bila saya boleh berhenti membetulkannya. Seperti tiada pengakhiran untuk lakaran ini. Buka tutup peti ais sudah menjadi 'tradisi' semenjak hari pertama buat lakaran peti ais. Ya, ia sangat susah. Untuk orang yang pro, mungkin senang. Untuk saya yang maha pemalas nak fikir angle semua ni, YA, IA SANGAT SUSAH!!!

Tarik nafas. Perenggan ketiga bakal menyusul..

Selesai membeli apa yang patut untuk laci kesayanganku. Penuhi segala ruang yang ada dengan pelbagai makanan (BACA: Junk Food) Ada oreo, chipsmore, cloud9, Apollo cakes, dan pelbagai lagi. Oh Mamee Monster dilupa JANGAN SESEKALI. Ni semua pengaruh adik dekat rumah. Mamee yang perasa pedas ni sangat sedap sampai berebut-rebut dalam kereta semalam -.-'

Raya yang seronok sebab banyak makanan. Raya yang suram sebab pakteh takda T_T Raya yang gembira sebab berjumpa sanak saudara. Alhamdulillah had a great time last night. Terima kasih. Semoga apa yang dirancang, dapat dilaksanakan. Amin.

Dah, nak sambung buat peti ais. 

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!


Yey! Kak Sally buat giveaway!! I is sukaaaa~~ Hahah. Mau kena lempang ni kalau Kak Sally baca -.-

So, since umur dah menganjak (menginjak? which one better?) 25, mestilah naluri gadis-gadis itu semakin terselah. Kalau dulu asyik borong eyeliner (zaman sekolah), tapi semenjak mata ni macam allergic, kering sangat mata, asal letak eyeliner confirm mengalir air mata sebab gatal. Hahaa. Jadi sekarang kita beralih ke bahagian muka lain yang boleh menampakkan seri dimuka yang comel ini. Hehehe.

My current obsessed lipstick and liptint. HAHAHA! Serious. Dulu nak pakai benda-benda ni setakat dalam bilik je. Sekarang, nak pergi kedai makan pun calit. Apa ada hal? Malu buang jauh-jauh. Hehehe. Dan sekarang my current Etude Liptint semakin kosong isinya. Dan wishlist aku ialah aku mencari mana-mana liptint atau apa sahaja (untuk bibir aku opkos!) yang warna nya tak terlalu merah (pinkish sikit) dan tahan lama. Barulah nampak muka iolls menyerlah dari semua orang. MUAHAHAHA! over -.-''

Eh jom lah join!

Sunday, September 11, 2016

Aidiladha 16

Assalamualaikum.

Hi.

Mood: Sedang menunggu waktu untuk bersahur bersama keluarga tercintooo sesambil mendownload drama kesukaan yang baru suku siap. Hahaha

Nothing much happen through this weekend. Getting ready for raya and yeah, ready for raya. HAHAHA.

Nampak sangat aku ketandusan idea nak menulis tapi tangan sibuk nak menaip sebab dah berapa hari tak menaip akibat kerja terlalu banyak sampaikan semalam, Sabtu, pun masuk office siapkan peti ais yang kononnya nak hari Sabtu jugak tapi si Anoyying yang blah awal. Takpe, nasib aku dah biasa dengan style dia. Kemungkinan pagi Selasa, sesudah aku melangkah masuk ke office itu, dia akan terjah aku ..

Nor, itu peti ais dah siap ke? dengan muka penuh harapan. Hahaha. Yes, his style -.-'

Mungkin aku cuba untuk siapkan pada hari Ahad yang hening ini sekiranya tidak kemana-mana kerana normally aku memang akan siapkan kat rumah jika artwork itu penting atau kata lainnya, supaya aku tidak diterjah dengan muka penuh harapan takkala melangkah masuk ke dalam office.

Duhh! Ayat aku begitu serius bunyinya. Ke aku sorang yang rasa macam tu? Hmm.. Takpe abaikan benda yang tak perlu difikirkan.

Aku teringin spaghetti. Seriously teringin. Oh dengan brownies ala E's mom buat. Sedap sangat. Tapi terpaling teringin spaghetti lah. Haaa macam bebudak teringin bagai. Lama tak makan kot? 

Selamat berpuasa for those yang berpuasa harini and Selamat Hari Raya Aidiladha peeps!

p/s: semua tanya aku ok ke tak Aliff Aziz kawin? Haha relex weh. ok je, dia fav waktu sekolah je pun -.-'

Wednesday, September 7, 2016

Sebak sangat T_T HAHAHA

Tadi lunch hour, aku tak balik. Stayed office sebab nak siapkan artwork sikit. Heh sampai sekarang artwork tak siap lagi. By petang siap kot insyaallah. Itupun kalau mood aku tak swing sana swing sini lah. Biasalah mood pejah ni normally swing bila petang-petang. Kadang-kadang awal pagi dah swing tapi nasib baik harini mood banyak baik. Terlebih makan cheese barangkali. Kah!

Melalut adalah perkara wajib dekat sini. Jadi jangan pelik ...

Aku makan roti je tadi masa lunch sambil buat artwork, sambil tengok Infinity Challenge. Paling kelakar (for me at least) aku boleh sebak lepas tu menangis. Terjurai air mata aku. HAHAHAHA ni memang sumpah lawak. Aku tak tipu. Tak sempat nak record ke apa. Macam sedih gila. Padahal IC tu kelakar kot. Aku tak faham diri aku atau diri aku tak faham aku atau dua-dua tengah pening kenapa tiba-tiba nak menangis? 

HAHAHAHHA! Aku masih ragu-ragu ni dengan diri sendiri. SERIOUS.
Takpelah, aku redha aku menangis waktu tengok benda kelakar -______-"

Biarlah ia berlalu ...

Assalamualaikum.

Hi!

Pagi ni aku rasa bersemangat betul. HAHAHA. Eh belum pape dah gelak melampau? *usap dagu* Well bangun je pagi, sejuk je rasa. Haaa hujan rupanya. Tapi sikit pun aku tak dengar guruh ke apa ke, which is aku memang tidur lena lah malam tadi. Tapi (lagi sekali) aku tak rasa pun aku tidur lena lately sebab entah, ada je tak kena. Position aku tidur 360° ! Hebat sungguh hebat. Jika ada sukan tidur, mungkin aku akan turut serta. Kah! Merepek apa pagi-pagi -.-'

Breakfast dengan adik-adik, Zikri je takda sebab dia dekat asrama. Goreng cekodok and makan roti sambil minum susu dengan air sejuk. Fuhh perut kembung weh. Kenyang gilaaaaaaaaaa! Semoga Achik dengan Adik dekat rumah bergembiralah. Adik mungkin bergembira. Hahaha.

On the way pergi office singgah 7eleven, biasalah dah cukup bulan untuk topup apa-apa makanan dalam laci dekat meja office ni. So dalam kepala dah decided nak beli asam dengan air je. Sebab rasa dahaga sangat. Mungkin tadi lepas minum susu aku tak minum air sejuk, so rasa dahaga lah kan ..

Tadi fikir dua barang je kan? 2 BARANG. 2 BARANG. 2 BARANG .. !!



5 BARANG yang aku borong!!! Kau tengok kau tengok!! Memang aku tak bolehlah. Selalu macam ni, fikir lain, tapi beli lain. Semua nak dibelinya. Inilah salah satu penyebab kenapa duit aku berlalu pergi tanpa meninggalkan jejak. HAHAHAHA! 



my style of drink. Suka 

Tuesday, September 6, 2016

Pulangkan angin (mood) ku ~~

Assalamualaikum.

Hi korang!
 


Basically aku tengah takda mood nak buat kerja selepas berhempas pulas buat artwork dan tracing pagi tadi. Penat tak terkata. Kah! Poyo sangat pabila pejah berbicara. Kata-kata yang kononnya nak bunyi macam best tapi takdalah best mana pun. Biasalah pejah kan .. pejah weh pejah. luls!
 
Nak taip apa pun aku takda idea. Padahal selalunya kalau aku ketandusan idea atau mood, aku akan sign in sini dan wahh macam berebut-rebut perkataan nak keluar dari otak aku. Kalau tak, semua diam membisu je sambil main guli. Haaa patutlah kepala aku pusing je. Hahah aku cuba melawak tapi nampaknya tak menjadi. NEXT!
 
Tengah main-main kat google ni. Amik mood lagi.
 
Awal betul mood aku hilang. Baru pukul 3pm kot. Kalau pukul 4 ke 5pm, aku faham lah dah lemau. Apa masalahlahh~~

Thursday, September 1, 2016

Perihal dua hari.

Finally sticker siap, barcodes separuh siap, artwork pun separuh siap. Dah kenapa semua separuh? Eh sticker fully siap ok. Ishh tak baca betul-betul letteeww :p  Disebabkan kerja hampir semua separuh siap tapi belum fully siap, aku nak regangkan urat mata, urat kepala tapi bukan urat tangan sebab aku nak menaip kan, bagi selesa jap. Kang kalau aku rehatkan tangan, tak update lah blog ni.

Nampaknya impian aku untuk 3x post setiap hari telah berlalu begitu sahaja. Mengapa? Haaa aku terlampau sibuk dengan barcodes. Aku lunch time pun kadang-kadang tak balik. Lunch pun setengah jam je instead of sejam. Bukan malas, tapi nak cepat siap semua benda. Semua orang kejar-kejar aku. Tapi aku mana ada lari, aku elok je duduk depan pc sambil mengemas meja beribu kali setiap hari agar meja nampak kemas dan tak sakit mata -.-'

*Sandar badan dikurusi sambil reply ym Wawa & Hangout The Pondoks

Jadi apa aku nak buat kejap lagi?

Barcode? Na'ah tidak ya. Aku akan cuba sambung esok sesudah siap segala kerja sistem. 

Artwork? Hmm mungkin ya, dan mungkin tidak juga. Eh mengada ada tidak? Sebab hmm.. aku sendiri tak pasti kenapa ada tidak dekat baris pertama. HAHAH! Sajalah nak penuhkan baris yang pertama tu bagi cantik, panjang. Nanti nampaklah macam Ya Allah banyak nyaaaaaa pejah ni menaip walhal ....

Haa semalam siapa turun Dataran Merdeka tengok perbarisan? *angkat tangan* *akuakuaku* haa aku letteww ^^ 

Semangat waja ke tak uolls?? 

yaaaaaaaaa - kata para hadirin yang dihormati sekalian. 

Muahaha. Serious ah ramai gilaaaaaa manusia pagi tu. Even 6:45am pun dah berasak kat sana, apatah lagi waktu perbarisan dah bermula! Fuhh dasyat sangat. Kalau ikutkan, tempat yang aku duduk adalah sangat luas dan agak strategik pada mulanya, tapi berubah menjadi pasar bila perbarisan hampir mula. Tempat tu aku rasa sejuk sangat sebab pagi tu kan hujan renyai-renyai air tak berapa nak gelora sangat. Tapi bila semua orang bersesak-sesak, terus jadi padat, terus jadi panas. Nasib aku mampu bertahan.

Cayalah pejah.. !