Wednesday, May 23, 2018

Mother's Day - Jom Bali

Assalamualaikum.

Hampir ke jam 1:20 PM dan aku bosan. HAHAHAHAH jarang sangat hal ini berlaku. Aku nak update juadah berbuka puasa last weekend sebenarnya tapi bila transfer, tak boleh detect. So untuk aku transfer lagi sekali adalah malas ya kawan-kawan. Walaupun transfer tu mudah seperti membaca ABC.

Jadi, dalam banyak-banyak gambar yang aku transfer, ada satu je yang terselamat. Phewww jadilah dari takda kan. HAHAHA. Dapatlah aku membuang masa kejap dari aku termenung je pc ni, dengan kesejukkan terlampau ni.. hmmm lama tak update pasal makanan kan..

 

Korang maafkan lah aku kalau gambar diatas ini buat puasa korang tergugat sebab aku rasa aku macam tergugat sikit. HAHAHAHAHAHAHAAH bodohlah pejah.

Celebrated Mother's Day dekat Jom Bali , 13hb haritu 💓

Cerita dia, asal pergi Tesco Kajang tu, mesti kiteorang akan cakap pasal Jom Bali ni tapi tak pernahnya singgah. Hahahah. Nak cepat / lain kali - antara sebab yang selalu kiteorang dengar. Hahahaha. Jadi on Mother's Day tu, aku ajaklah seisi keluarga pergi Jom Bali ni. Yeahh we went there FINALLY!

Kalau korang mengharapkan gambar yang banyak, maaf, aku dah menghampakan harapan korang sebab ni je satu-satunya gambar yang ada. HEHEHEH. Aku tak rajin seperti dahulu kala lagi ye. Dah tua barangkali -_-"

Verdict - Portion dia banyak weh! Oh dah sedap bagi tekak dan perut akulah kan. Aku penat jugak nak habiskan tapi licin jugaklah sebab lapar kan. Hehehe. Plus, pernah ke aku membazir pada makanan? hmm.. Aku lupa apa nama menu ni tapi Jom Bali memang ada banyak jenis Nasi Goreng. Korang just pilih je lepas tu tunggu dengan penuh kesabaran didada :) Walaupun kedai tak ramai, tapi agak lama jugaklah. Tapi takdalah sampai sejam. Tapi puas hatilah. Air je, manis sikit.

Tuesday, May 22, 2018

Fans.

Assalamualaikum.

Haaa masih sibuk dengan kerja. Dah takda waktu-waktu senggang macam dulu ye wahai peminat ku. Haaa you lah tu. Peminat I kan? HAHHAHAHAHA

You know who you are.

Aku ada gambar berbuka masa weekend tapi belum ada kesempatan lagi nak update. Tengoklah, aku rajin, aku update later. Banyak weh makanan. Banyak GILA.

Monday, May 21, 2018

1st puasa punya cerita.

Assalamualaikum.

Bulan ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah dapat lagi rasa suasana kemeriahan ramadhan tahun ni. Bulan ramadhan tahun ni jugak jatuh pada bulan kelahiran. Haaa tapi tahun ni tarikh lahir tu dah hampir-hampir nak raya. Fuhh. Kemeriahan bakal berlaku ..... dalam perut aku. Mana lagi -.-

First day puasa, aku kerja macam biasa lah. Balik pun lambat sebab kerja macam banyak gila last week. Tapi takpa, aku chill. Sebab aku ingat berbuka dekat rumah atau rumah Opah. Haaa sekali masuk je rumah nampak tupperware bertingkat-tingkat dalam plastik, terus cuak. 

Dik, nak berbuka kat mana? - Tanya aku dekat Adik yang tengah tengok siaran kegemaran yakni bola yang entah berapa kali nak ulangan pun aku tak tau.

Rumah Nenek - Jawab Adik dengan endah tak endah. Fuhh sampai hati jawab tak pandang muka kakakmu yang gojes ini. Takpe takpe. No google! HAHAHHAA

Jadi berdesup mandi, siap-siap semua terus masuk kereta. Part paling best sekarang bila balik Sepang adalah lalu jalan belakang KLIA2. Seronok tengok kapal terbang turun naik semua tu. Biasalah pejah, dia punya excitedness pasal trip lepas tak habis-habis lagi. Pendek cerita, jakun tu masih ada. Hahahaha

Ok, jadi nya sampai rumah nenek lebih kurang 7.40pm macam tu. Masuk, salam and terus makan. Wahahahha lapar! Aku tak tau kenapa, aku makan bihun non stop. Aku punya putaran makanan masa 1st day berbuka ..

Bihun → Bihun → Nasi dan lauk pauk → Bihun → Kuih 

HAHAHAHAHAHHA lepas tu, setelkan apa-apa yang patut. Then tiba masa balik. Hahaha ni lagi kelakar. Entah macamana aku boleh tertido on the way balik tu. Aku rasa sebab aku penat kot (READ: KEKENYANGAN) jadi aku tido lah kan. Sampai rumah, mata aku tak boleh bukak langsung weh. Serious! Aku dah tertido kat bilik. Then terjaga, keluar bilik, tanya Achik apa tah, then sambung tidur balik. HAHAHAHA.

Penat ke apa tu?

Thursday, May 10, 2018

Panaih

Assalamualaikum.

Aku rasa aku bakal demam. Hidung dah bersin non stop dari celiknya mata aku pagi tadi which is tak bagus. Sebab aku tau ia akan diselit dengan selsema dan batuk untuk tahap seterusnya. Biasa, jiran setiap bulan ni. Asal bulan baru, dia naik bertandang kejap sampai aku bosan dah. Hmm..

**update: jiranku bernama batuk sudah menyinggah 

Mungkin sebab semalam panas sangat. Dengan susahnya nak dapat mineral semalam. Macam satu kenikmatan bila dapat air kosong tu walaupun tak sejuk. Dah malam, baru tau ada water dispenser dekat dengan saluran 2. Manalah nak tau kan :(

Balik dari Bangi malam tadi, terus mandi lama-lama dalam toilet. Alangkah bahagiannya kalau air dalam toilet tu sejuk beku tapi hahahaha jangan nak berangan lah kan. Lepas tu baring apa semua dan akhirnya terjaga pada jam 6.05am, dan aku baru perasan aku tak logoff IG. Haaa tahniah lah pejah. Dah mengantuk, nak check social medias jugak. Eeee mengadakan kau.

Dan harini yakni 10hb aku kerja. WAHAHAHAHAH. Tapi rasa macam hari Sabtu sebab yang masuk hanyalah 4 orang termasuk aku. Tapi aku halfday lah, since bukan ada kerja pun. Ada tu ada, tapi baru je siap tadi sebelum aku login sini. Oh esok confirm cuti. Nak buat apa lah eh? Hmm.. since panas ni, kalau pergi tempat sejuk best jugak.

Rasa nak cari something yang sejuk seperti slurpee. Dari last week ke last two weeks eh aku janji dengan adik? Marilah mencari slurpee untuk budak gedik tu.

Dah lah, aku nak sign off. 

Jumpa Isnin depan guys!

Oh btw, for those semalam yang mengundi dekat saluran aku, and aku salah sebut nama ke apa, SORRY sangat-sangat tau geng!