Tuesday, October 30, 2018

Tidurlahh wahai Pejahh ...

Assalamualaikum.

Sebelum aku sambung buat artworks, yeahh aku ada target nak siapkan semua artworks yang tertunggak ni sebelum balik Khamis ni. Adalah 4 ke 5 artworks, aku dah ready nak siapkan half of it start dari malam ni. Semoga berjaya!

Dan sesambil aku buat kerja yang banyak tu, aku tengok drama yang tengah on going sekarang, The Beauty Inside. Drama ni best bagi aku tapi Wawa still taknak tengok lagi 😒 takpe, aku akan pastikan dia tengok jugak nanti. Baru boleh fangirling sesama!!

TBH aku mengantuk sebenarnya 😴😴

Jadi apa aku patut buat? 

Yes Pejah, kau patut off sekarang dan buat artwork tu.

Tapi aku taknak lagi. Wahahahahah.

Peningg ahh Pejah ni.

Aku kekenyangn sebenarnya. Sedap betul menu makan malam ni. Padahal lauk re-heated je tapi berselera sungguh. Rasa macam nak tambah tapi nahhh takpelah, aku amik secubit nasi je dari pinggan Zikri. Hahaha gelabah perangai Pejah sekarang.

Aku takda benda nak cerita tapi mengada nak type jugak, maka jadilah entry tak apa-apa.

Monday, October 29, 2018

Thread by Zalora's Photoshoot

Assalamualaikum.

Hari yang penuh sibuk untuk aku. Mana tak nya, pagi aku berlari berkejaran siapkan documents export semua, cukup 12.30pm , aku clock out untuk bergegas ke rumah pulak. Bersiap untuk agenda seterusnya yakni akan menemukan aku dengan bakal kawan-kawan baru. Eh sebenarnya ada terselit kawan lama kat situ.



Dari jam 2 petang hingga 5.15 pm. Aku disini. Menjadi kaku sepanjang petang. HAHAHAHHA well gais, aku memang kayu bab-bab bergambar ni. Sedih aku tengok gambar-gambar aku tadi. Tapi nak buat macamana, aku tak rajin nak retake banyak kali. Sebab hasilnya tetap sama. Kahkahkahh!

But Hello Zalora Studio !


One with our Ms Editor, Aini. 



5 of us today.
Teefa , Sheren , Sophie , ME !! , Iqa Lee



Ok ni our second outfits. Our first outfit memang cantik lah. Tapi kalau baju je cantik, orang yang memperagakan tu kayu, tak jadi apa jugak. Kesimpulannya, banyak-banyaklah bergambar dengan tenang ye pejah. Kau depan cermin elok je pose sana sini. Depan orang kau kayu !! Perangai betul kau ni 😒



Maka berakhirlah sudah sesi menadah muka di studio. Semoga semua tenang bila melihat hasil gambar aku yang kayu tu. HAHAHHA. and thanks to Aini, sebab bagi peluang macam ni yang tak semua orang dapat. And thanks to Zalora Studio crew yang welcoming us walaupun aku tau Yusz je yang welcoming aku. Eh welcoming ke? HAHHAAH tak kisah lah :)

📷 by Iqa Lee 💃

Wednesday, October 24, 2018

To the South ✈

Assalamualaikum.

Gooooooood morninggg!
Nampak macam excited kan? HAHAHAHA taklah. Biasa je. Cuma pagi ni sedikit gloomy, so biasalah mood kemalasan tu dah sampai sikit-sikit 😜 takdalah cakap malas tapi alaaaa ....

So Hi korang! 👋👋

Aku tengah nak amik mood nak mulakan hari aku dengan kerja-kerja yang banyak ni. Adalah nampak meja sikit tempat aku ni. Kalau tak, nampak kertas je. Fuhh tak gemar betul menengoknyaa gais. Sakit mata 👽 

Pagi tadi, FANS bagi view atas awan which is dia tau aku suka tengok views macam ni. 


View senja semalam. Dia ontheway balik South. Lawa kan?

And sekarang dah jadi background desktop iolls. Tapi macam tak cantik pulak. Nampak malap nawww. Nak kena tukar dengan view lagi satu tapi tak tau kat mana aku letak gambar yang lawa sikit tu. Dah satu hal nak kena cari balik.

Ada yang aku menguap non stop je karang tengok gambar ni. HAHAHAHA 😝

Tuesday, October 16, 2018

My 4th Articles !

Assalamualaikum.

I'm back with my 4th articles ! 


Finally selepas setahun 😜 HAHAHAHHA. Biasalah kekangan waktu yang tak dapat dijangka kan. Makanya idea pun takda nak menulis. Ni pun sebab dah diberikan tajuk and aku cuma huraikan menjadi satu article, yang mana isi-isi ini telah di-edit ye oleh Ms Editor. Hahahahhaa.

Sebab aku tau kemampuan aku dalam menulis. Tidak sepower ayat-ayat dalam article ni. Tapi bolehlah. Cause idea semua memang dari aku. Apa yang aku cerita dalam article ni based on true stories. Aku alami benda-benda tu semua. Fuhh kemain.

Sebab aku kan suka je update various of apps kat phone. eh USED TO lah. Sekarang tidak lagi. Sekarang aku takda masa, baiklah aku guna masa tu untuk diri aku sendiri. Untuk aku tidur dengan lena pada malam hari dari aku bebual dengan strangers. Hahahahha

So anyway guys, aku dengan rasa rendah diri, ingin menjemput korang membaca my latest article yang tak seberapa ni. Macam biasa, ayat memang pendek punya sebab hey buat apa type panjang-panjang tapi korang nak cari point yang penting je kan? Itu aku lah. Hahahahaha


Jemputlah --> My 4th Articles !

Monday, October 1, 2018

Dec, can't wait to see you ! 💜

Assalamualaikum.


Eh jangan terkejut. Korang tak salah tengok pun. Memang belum December lagi tapi aku sajalah nak letak gif ni. Nampak menarik bukan? Aku cuma nak bagitau yang aku tak sabar nak tunggu December. 

Why? Sebab dah nak habis 2018 lah. Hahahaha. Lepas tu 2019, umur pun meningkat lagi. 

I is sad terus bila mengenangkan umur yang asyik naik je. Umur ni tak terfikir nak stay atau turun ke eh? 

Sama macam berat. Asyik naik, naik dan naik. Geram 😞