Friday, December 20, 2019

Emosinya 😫

Assalamualaikum.

2019 adalah tahun dimana banyaknya berlaku pembaziran air mata. 

Salah cakap, menangis. 
Stress, menangis.
Kurang perhatian, menangis.

Penuh dengan drama air mata.

Even sampai sekarang aku rasa emosi aku terganggu. 
Haa orang mungkin cakap aku drama (sikitlah pun), cengeng tapi entahlah ..

Type ni pun aku rasa sebak. See! Emosinya aku tahun ni :(

Pagi tadi aku ada whatsapp few orang untuk bagitau betapa emosinya aku pagi ni. 
But ended up with deleted the messages. Aku takut. 

typing ...
you deleted this message ...

ulang sampai lebam 😞



2019 bakal melabuhkan tirainya. 2020 bakal menjengah dan aku doakan semoga akan terjadi the best year for me 爛 Insyaallah mudah-mudahan.

Wednesday, December 18, 2019

December

Assalamulaikum.

Bulan terakhir setiap tahun. Alhamdulillah, bulan ni banyak berita yang best. So far belum ada cerita sedih lagi; well at least untuk aku. Untuk orang lain, aku tak tau. Tapi takpelah, kenalah redha. Ye dak?

Ok, mari kita mulakan dengan perkara yang aku excited. Alhamdulillah, tarikh kahwin aku insyaallah dah ditetapkan dan kalau orang lain takda celebrate 1st year engagement, aku ada ok. 15/12, setahun sudah. So nak menunggu another year untuk tukar tittle baru. Semoga dipermudahkan.

Next, finally kiteorang (we, family) had our family road trip to Terengganu! Yahooooo. Tapi sepanjang 3 hari 2 malam dekat sana, aku makan satar 2x je, yakni waktu sampai dan waktu balik. Padahal tujuan utama kesana adalah mencari satar 😓 Tapi takpelah, adalah merasa seketul dua dah cukup dah.

Oh, aku ada ambil few gambar tapi aku nak transfer kesini rasa macam ya ampun malasnyaaaa! Even kat IG pun aku tak update tau. Sebab malas. Rasa seronok bercuti satu keluarga 💗

Then.. aku lupa dah! HAHAHAH aku ingat dua ni je.


But I received a good news semalam. My future SIL is getting married next year! Alhamdulillah.

Ok tu je. Aku nak sambung buat kerja.