Sunday, January 27, 2019

Ahad!

Assalamualaikum.

Empat hari lagi sebelum masuk bulan baru. Bulan yang paling banyak cuti I guess? CNY je, company aku cuti 2-10 Feb. Korang cuba cakap apa aku nak buat cuti lama-lama tu? Oklah, walaupun dah ada plan, but I rather masuk office lagilah. HAHAHHAA. Aku kan acah-acah macam busy gilaaaa 😏

So Ahad aku sangat produktif ye. Pagi dah teman ma dengan baba pergi pasar Pudu. It's been a while. Selalunya ma baba pergi berdua and then lepak ngeteh kat mamak Jalan Tar. Produktif bukan? Hehehe. Pastu ma masak bubur pisang nangka dengan tepung tu, alaaa aku tak tau nama dia. Tapi kalau ma masak bubur ni, selalunya aku amik tepung tu jelah. Dia macam sedap gila. Eh bukan macam but indeed sedap gilaaaa woii 😋

Lepastu .... aku cuba tidur. AKU.CUBA.TAPI.TAK.BOLEH.

Sekarang aku tengah nak siapkan artwork and pricelist #mamatannoying1. Aku dapat bayangkan ada lagi yang akan kuterima lepas selesai ni. #mamatannoying1 memang suka bagi kerja secara berperingkat. Ku redhaaa jebat! Aku plan, by Jumaat sebelum jam 12 tengahari, semua kerja settle. Aku nak cuti secara aman dan damai. Aku nak menikmati coconut shake and waterpark lepas tu. Hhehehe.

Tak sabar nak pergi waterpark !!! 💃




Aku actually suka gambar ni tapi aku tak puas hati kenapa muka aku blur ?!!! Why?!


Dah lah, aku nak sambung buat pricelist. 

eh jap! aku macam dah lama tak post gambar makanan-makanan yang awesome kan? Ada ok. Bukan takda gambar tu. Tapi aku malas nak transfer gambar-gambar tu. 😑

Thursday, January 24, 2019

Setengah Hari ..

Assalamualaikum.

Pada suatu hari yang indah, dimana tiada adik-beradik lain yang ikut ma dan baba pergi pasar. Best jugak perasaan tu. HAHAHAHA. Yelah, selalunya satu team weh ikut. Rasa macam anak tunggal sangat 😎


Sementara tunggu cik Halim dengan cik Ina sampai, kiteorang lepak mamak dulu. Breakfast lagi. Jarang sebenarnya aku order roti bakar tapi entahlah tetiba tekak rasa nak makan roti bakar pastu bila dah habis, rasa tak kenyang tapi takut nak double tripple order lagi. Hahahhaa. Malu lahh. I kan acah-acah jaga badan padahal elok je melantak non stop 😀

Dan aku tak pasti hari apa. Eh ke petangnya tu (hari yang sama)? Ma buat cucur udang. Wow mantap ok. Aku bukan penggemar cucuk udang tapi yang ni aku tak boleh elak! Aku makan non stop. Sedap gilaaaa.



Lapar.

Wednesday, January 23, 2019

Family Day @ Jeram

Assalamualaikum.

Hari Ahad lepas, ma's side ada buat family day dekat Jeram. So kiteorang bertolak dari rumah jam 9 pagi dan sampai around hmm lupa! HAHAHAHHA tapi sampailah of course..

dan biasalah Pejah, makanan dan beliau memang susah nak dipisahkan WALAUPUN sebelum sampai dah makan dulu dekat rumah. HAHAHAHAA.


Dimulakan dengan mee rebus kesukaan si Pejah. Aku bukan penggemar mee rebus tapi mee rebus ni dikecualikan sebab ia sedap sangat! Aku tak sangka dapat makan lagi mee rebus makcik aku ni. Fuhh. Oh ya, abaikan taugeh yang selambak tu. Ehsan dari Busu yang tak gemar taugeh 😑


Brownies kesukaan si Pejah lagi. HAHAHAHAHHAHAA


Iman Najwa ft Pejah si kuat makan dan Kakna


Ok, adalah tidak adil kalau aku membiarkan perutku hanya diisi dengan mee rebus. Tak adil bukan? Ya aku tau. Maka dengan itu, marilah kita bangun dan ambil pinggan dan seterusnya meletakkan nasi serta kuah asam pedas dan tomato dan ayam goreng dan sayur goreng ke atas pinggan. Lepas tu semua macam bukan kau dah makan ke? 😒


KakNa yang susah nak bergambar 💃


Oh yeah, Achik dengan Adik tak follow sebab kerja and ada latihan bola. Oh Hi Iman!


Semakin galak pejah wefie sekarang 😊


📸 si Pejah


Sekian dari kasut baru. HAHAHAHAH 💋

Tuesday, January 8, 2019

Gedik's 10th Birthday !

**Birthday Shoutout**



Happy 10th Birthday to Faiz Aziz !

Hadiah tak sampai lagi eh tak beli lagi tapi dah selamat belanja makan kan kan kann.. Alaaaa wish pun tak payah panjang berjela lah kot sebab rasanya Adik tak tau pun kewujudan blog awesome kakak dia ni. Yang dia tau sekarang adalah INSTAGRAM.



nah, korang boleh click je gambar atas ni untuk follow beliau 😊

Dia bagitau semua orang yang dia ada account Instagram tu. Hahahahah. Followers bertambah, kecoh dia macam dapat duit dari langit. Excited dia lain macam.

Ingatkan excited main bola, barang-barang bola je. Kini tidak lagi !



Breakfast sebelum hantar dia latihan bola masa cuti sekolah haritu. Kemain selera budak gedik ni sekarang. Tapi takpe, makan takda hal. Jangan dia mintak mainan dekat aku, haaaaa flying kick aku bagi bukan sekick, haa berkick-kick aku bagi nanti. Hahahha

Semalam dia dah call FANS untuk request hadiah. HAHAHAH sesukahati dia je. Memang tak segan betullah budak ni 😏 yang FANS suruh request dekat aku. Haaa memang taklah awak nak dapat apa-apa wahai adikku. HAAHAHAHHAHAH. Kalau dapat tu, andalah insan bertuah. HAHAHAHAHAHHAHAHAHA lagi.

Dah lah, banyak sangat ni merepek. Kata tadi nak buat entry pendek je. heh betullah kau ni jah. But anyways, kakak harap awak semakin power main bola supaya awak boleh wakil team fav awak tu. Entahlah hang ni dek, bola fav kalah pun boleh menangis. So drama!

Happy Birthday My Gedik Brother 💖

updated.


Birthday adik, ada bakar-bakar dekat rumah Opah!

Monday, January 7, 2019

Launch of THREAD Malaysia Magazine 2019 Contributors

Assalamualaikum.

Happy 2019 guyss! Sementara masih dibulan baru, nafas pun kena baru, udara pun baru, baju je tak berapa nak baru sangat. Hahahah. Eh kasut baru ada tapi segan pulak nak pakai. Muncung dia tu, kalau kenalah kat sesape, boleh meninggalkan kesan yang mendalam weh. Tajam gila! pelik, kenapa masa beli, aku tak perasan ketajaman muncung tu? hmm..

So, as far yang korang tau, Thread Malaysia baru je officially announced the contributors. Jadi, ini adalah tahun kedua aku collabrate dengan Thread Malaysia yakni dulu nama dia adalah Zcoop by Zalora. 


Nah, korang boleh baca in details. Just click sini --> Launch of THREAD Malaysia


And hey, it's me! Ya ampun, remember aku ada bagitau yang aku tak sempat nak selfie dengan 1st outfit masa photoshoot haritu? Yes, inilah outfit tu! Lawa and semuanya size S uollsss 😎 Aku pun ada sedikit hairan macamana aku boleh fit in dengan size tu. Tapi baju lain semua tak muat. HAHAHAHAHAHHAHAHA so sad lah you pejah -.-

and korang boleh baca macamana aku boleh terjebak dalam dunia penulisan
dekat sini (wow dunia penulisan okehhh!!) --> Faizah Azmi

Untuk Januari, aku takda any article lagi untuk publish sebab aku kekangan masa yang sangat dasyat. Terlampau sibuk dengan diri sendiri. Tajuk tu dah ada, point pun dah ada. Cuma belum submit, belum finalised dan belum semuanya. So aku taknak hantar lagi. Hmmm..

Tapi aku akan cuba, cuba dan terus mencuba untuk mengupdatekan diri dengan article baru. Hehehe. Biasalah, kadang-kadang aku memang sibuk. Kadang-kadang tu sajaaaaaaaaaaa buat-buat sibuk 😏



Love.