Monday, August 27, 2018

The End.

Assalamualaikum.

NP: Langit by Daiyan Trisha


27/8 - Happy Belated Birthday my only Achik 
27/8 - One of my cousin's passed away. Al Fatihah 😢



Apparently, my weekend went so well and a bit exhausted

Kerja pada Sabtu, "meluangkan masa" bersama keluarga pada Ahad.
Kerja dan keluarga seiring sejalan.

Sigh 😩

Terlalu banyak yang berlegar dalam kepala. Migraine non stop dari Jumaat. Carta non stop dari Khamis. Bought Americano on Friday and stay up sepanjang malam dan tidur pada pukul 9 malam keesokkan harinya.

Ya, tak salah baca tu. KEESOKKAN MALAM NYA

. . . . .. . . .  

No word can describe how tired am I now 😔





Faizah kuat kan? :)

Saturday, August 11, 2018

Aneh betul 😩

Assalamualaikum.

n/p: Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan

Hampir ke jam 12 tengahari dan seorang Pejah masih di office, membuat kerja sikit sebelum sambung Isnin depan. Sedang berfikir nak bawak balik kerja during weekend ni ke tak? Kalau tak bawak balik, kerja akan menggunung secara tiba-tiba. 

Terasa aneh jugaklah.

Bukankah aku dah siapkan semua artworks? Kenapa masih ada lagi? - bisik hati kecilku.

Entri aku kembali dengan cerita-cerita pasal artworks. Korang yang baca boring tak? Aku? DAH BORING! HAHAHAHAHAHHAHAHA. Nak buat pun boring. Wakakakakak. Tapi sebab korang dah masuk blog ni, eh haruslah korang kena baca jugak luahan aku ni 👉👈

Betul. Ni adalah fakta. Aku dah buat artworks kat rumah. Esoknya aku terima selambak lagi. Hahahaha. Aku tak tau nak gelak ke apa. Semoga seorang Pejah bertahan dan mata tu tak ada eyebag teruk sangat sebab aku rasa garisan tu macam dah ada je tadi aku tengok? Hehehe.

Takpe, malam karang aku pakai eye mask. Dah beli selambak kan? Haruslah digunakan.

Itu pun kalau teringat lah. Sebab selalunya benda-benda macam ni aku selalu lupa! HAHAHA

Habis kerja ni, aku terus pergi rumah Opah. Malam ni ada kenduri tahlil kat rumah maklong untuk arwah paklong and harini birthday abg Ayoi. 

Kbai.

💜 forever rindu

Monday, August 6, 2018

Lapar!

Assalamualaikum.

n/p: Angels Brought Me Here - Guy Sebastian 

Aku cuba login Blogger ni banyak kali tapi hampeh, asyik error je. Eh iolls perlukan hiburan untuk mata yang dah mengantuk ni. Tapi line sangatlah biadap ye malam ni. Eh tapi kan tiap-tiap malam pun macam tu sebenarnya.

10:40 pm, aku masih didepan laptop menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai yang dah berzaman dekat atas meja tu. HAHAHAHA. Berzaman tu takdalah sampai berbulan, berminggu baru 😝 Itu pun lepas aku dah berjanji nak submit esok pagi. Jadi, aku kenalah stay up sampai pukul berapa pun tak tau lah ni. 

Kepala aku dah swing habis ni, dari pagi aku teguk Nescafe. Tapi mata aku keep on kebawah. Itu bermaksud caffein tidak sebati dengan badan pejah ye atau bahasa mudahnya pejah dah mengantuk 😵 

Eh baru perasan, line terus hilang dari pandangan ni. KAU MEMANG BIADAP LINE. KAU MEMANG BIADAP! 

Aku tabah je tengok line ni, kejap full, kejap takda terus 😡

Haaaa aku lapar dah ni. Tapi tadi aku dah dinner sup ayam. Adakah aku perlu dinner lagi sekali demi keriangan perut seorang pejah?

YA! - suara-suara dari dalam kepala pejah 😆


11:20 pm, updated.
Aku baru lepas makan nasi dengan sup ayam kasih sayang masakan ma, bertemankan baba tadi. Wiwiwiwiwi ~~ 🙆 Alhamdulillah.

Friday, August 3, 2018

15min sebelum pulangggg ...

Assalamualaikum.

Lima belas minit lagi dan masa untuk pulang ke rumah, jumpa katil, jumpa laptop, jumpa drama lalu tertido dengan begitu lena sekali.

HAHAHA me, semalam 😑

Excited tengok drama, end up drama tengok aku. Fuhh perkara macam ni, jarang sekali berlaku pada seorang Pejah sebenarnya. Unless betul-betul penat. Tapi aku takdalah penat mana pun semalam 😫 Cuma memang mengantuk lah tapi steady je. Pelik, terjaga segar bugar pada jam 5.30am. Dah lamaaaaaa tak bangun waktu-waktu macam tu. Dah lama sangat!

Rindu? HAHAHA taklah. Cuma dah lama tak tersedar awal macam pagi tadi. 

Tapi tulah, rasanya masuk office lambat dah jadi habit -.- Asyik clock in lambat je. Menyirap, jangan cakap. Rasa nak hempuk diri sendiri tapi sayang pulak dekat diri sendiri. Mengada lah kau pejah! 

Harini aku memang plan nak siapkan semua artworks. Well, takdalah siap semua pun by time aku update blog ni. Tapi dapatlah few July punya. Ada baki satu je lagi (July). Tu aku akan cuba siapkan malam nanti (READ: RAJIN) kalau tak, kita masih ada esok dan hari-hari mendatang untuk siapkan dia. HAHAHAHA

So esok adalah hari bekerja untuk seorang Pejah. Eh hari-hari pun lah kalau boleh bekerja, Pejah akan bekerja 😉 Cepat sikit habis kerja walaupun tahu, kerja tu tak pernah habis. Buatlah cepat macamana pun, kerja tetap ada. 

Kadang-kadang rindulah jugak waktu senggang macam dulu kala. Tapi mengenangkan waktu senggang tu lah punca aku kena complaint, hmm terus padam niat tu. Tapi tu lah, tetaplah berharap akan ada waktu senggang macam dulu lagi. 

Biasalah manusia. Pernah puas ke dengan apa yang dia ada? TAK 😩

💜 Rindu.

Thursday, August 2, 2018

Disana sini ada Snapchat

Assalamualaikum.

Hari yang sejuk dimulakan dengan gambar snapchat dari kami berempat yakni aku, Pina, Zera dan Bet. Mana Teyka? Nahhhh tu kan dekat majlis dia, haruslah dia sedang berkepit dengan suami dia diatas pelamin yang indah ittewww


Inilah gambar snapchat itu. Yaaa aku tau aku comel. HAHAHAHAHAHA. Zera lagilah, seri pengantin bersinar-sinar masa ni.

FYI, aku ada banyak gambar nak share dekat sini. Gambar raya, gambar majlis Teyka & Zera tapi kekangan waktu yang tidak mengizinkan. Tapi kadang-kadang aku yang tak izinkan diri aku login sini sebab aku busy, kadang-kadang buat-buat busy jugak 😝 tapi sebenarnyaaaa aku malas. Tu je.

Macam harini, aku tengah takda mood. Well dari malam tadi sebenarnya masa aku siapkan few artworks. Tetiba mood swings. Entah kenapa pun aku tak tau. Berborak pun tak gelak, tak senyum tapi cuba lah tapi eh mengada sangat pejah sekarang. Asyik moody doplohpatjam 😩 SANGAT MENGADA.

Sebab aku awesome walaupun moody, aku tetap relax pergi office lambat. Haishhh lagi satu perangai aku sekarang. Asyik masuk lambat je. Nama dah Top 2 late comers pun TETAPLAH LAMBAT, apa nak jadi entah seorang Pejah. Semalam berjanji Ogos taknak masuk lambat, eh tau-tau dah memang lambat! HAHAHAHHAHAHAHAH lempang diri sendiri lah pejah oii.


And thank you so much Bet for everything!
You're the best!