Tuesday, September 25, 2012

Chillex with Mama


I will return when it's time. now time for me to think of a perfect day for rilex with mama

Do not worry, I will tell you when it's time.

Insyaallah.

Will switch from Maxis to U Mobile in a few days. 
Do not worry, there are still the same number.

Until here. See you later. Bye!

Thursday, September 20, 2012

Officially

Short update.
 
Tahap kesihatan : Kurang memberangsangkan (Demam)
Mood : Sedang elok

Setelah 3 bulan ,
Im officially Gadis Bekerjaya.
Dah dapat baju office lagi :) Alhamdulillah

Im happy for both of you. 
Maaf eh kalau dulu ada buat seribu satu masalah.

Friday, September 7, 2012

Nak belanja Snogurt lah.

Sama macam Tutti Frutti lah

itu yang aku cakap dengan adik aku. Aku dah semangat nak belanja, dia boleh malu-malu pulak gara-gara dekat kaunter tu ada dua orang gadis. Hello! Ingat gf kau kat PJ tu -.-'

Main tarik tali je lebih kurang lima minit. Akhirnya aku jugak yang mulakan langkah, ,masuk kedalam kedai yang bertemakan putih pink tu. Ayat pertama yang aku cakap dekat dua orang gadis kaunter tu adalah

amik sendiri en?

Hahaha! Mula-mula aku yang cakap dekat adik aku yang kedai ni sama je macam Tutti Frutti, last-last aku tanya balik dekat gadis kaunter tu. Apa ke bengong aku O.o'' ahh tak kisahlah.

Mesti korang macam hairan, apa yang aku makan ni sampai aku boleh cakap ia sama dengan Tutti Frutti? Korang pernah dengar Snogurt tak? Tak silap ini business pelakon Raja Farah tu.



Antara perasa yang ada :) yummeeh!



see! betapa khasiatnya benda ni :) Tengok dah terliur -.-' Korang cubalah try. Murah dan sedap! dah banyak kali mention sedap, sila bagi saya makan free ye, Snogurt. hehehe 




Sampai bergegar adik nak makan -.-'


betul-betul menikmati. sempat fikir apa rasa tu :D


tengok la tu, adik betul-betul menikmati Snogurt hasil campuran Chic Chocolate + Just Snogurt + Wild Berries + Mashmellow + Sweets. Sedap!

Cawangan Snogurt ni ada banyak. Ada dekat Shah Alam, Kajang, Bangi, Putrajaya, JB dan akan dibuka di Kelantan, insyaallah. 

Nanti nak ajak MaBaba pergi Snogurt lagi 

Klik : Snogurt

Selamat mencuba !

Wednesday, September 5, 2012

Tuesday, September 4, 2012

Jom menikmati Pulau Mabul

Rata-rata yang mengenali Faizahazmi tahu bahawasanya Faizahazmi bukanlah seorang pencinta alam tapi tak tau kenapa, lately suka tengok laut/ pantai.

Dua bulan lepas, Busu dengan family dia pergi KK. Dia ceritakan dia buat snorkeling dekat pantai situ. Lupa nak tanya apa nama tempat tu tapi Busu kata masyaallah cantiknya. Ha masa tu jugaklah, dah niat dekat hati ni yang satu hari nanti akan ku jejak negeri Sabah tu.

Semalam, baru berkesempatan tengok MV Stacy – Pelangi Senja dan video tu shoot dekat Semporna kalau tak silap. Masyaallah cantiknya visual dia. Sumpah cantik. Dan rasa nak pergi Sabah tu lagi membuak-buak lah bila tengok video ni.


Insyaallah akan ke Pulau Mabul, Semporna, Sabah satu hari nanti.

Bagi yang tidak punya kesempatan untuk tengok MV Pelangi Senja, jangan risau. Anda boleh tengok terus dari blog ni :) Bawah ni Faizah dah attach-kan untuk korang tengok terus. Nikmatilah keindahan alam teman-teman.


Indahnya ciptaan Tuhan


p/s : Skin blog dah tukar! hehe