Monday, November 28, 2016

Gigi rapuh T_T

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tengah fikir nak up entry ni harini ke Isnin ke? Tapi cerita fresh. So how? Takpelah, aku bagi laluan untuk makanan sedap dulu. Cerita diri sendiri, aku letaklah kemudian. sobsob.

Eh dah boleh letak emoticons dekat blog. Tapi kenapa bila aku tekan, gambarnya tak keluar? Pelik bin ajaib ni. Tolonglah sesiapa ajar aku. Aku perlukan keceriaan berganda-ganda dalam blog ni. Barulah aku puas untuk baca dan mengadap doplohpatjam!

Na'ahhh~ Aku bukan nak cerita pasal emoticons ni. 

Pagi tadi weh (Jumaat punya cerita kan), actually aku terbangun awal. Dengar ada semburan nyamuk dekat tempat kejiranan aku. Jadi terjaga lah. Ok dah terjaga satu hal. Nak tidur balik pun satu hal jugak tu. Try jugak tidur. Tapi hampeh tak boleh.

Sebelum aku terjaga dek semburan tu, aku termimpi something yang aku rasa kalau benda ni terjadi aku mungkin duduk kat rumah diam-diam taknak jumpa orang semua. Tau apa? Aku mimpi gigi aku patah weh!! Semua rapuh tau. Bukan sebatang dua. Tapi aku tak tau asal aku boleh relax je. Dan bila patah, haruslah jadi macam atok nenek kita tu kan? Aku tak. Aku punya macam nampak ada gigi walhal gigi habis rapuh patah hilang tak tumbuh-tumbuh dah. Fuhh menangis weh kalau benda tu real. Aku terjaga je, aku terus raba gigi aku. Alhamdulillah masih disitu. Masih utuh jitu dalam mulut *lap peluh*

Aku siap google ok apa maksud mimpi aku tu. Yelah, walaupun benda tahyul je tapi tau tak apa makna sesaja nak google? So kau sesajalah nak tau, kot kot lah benda baik ke benda buruk ke. Aku dah google dan aku harapkan semuanya selamat dan takda benda yang buruk berlaku. Amin.

Friday, November 25, 2016

Komugi Brownie Peanutsu vs Komugi Brownie Chocoretto

Assalamualaikum.

Serious talk, Komugi dah boleh kot start bincang amik aku jadi duta dorang. Blog ni dah penuh dengan makanan dorang. HAHAHAHA. Eh siapa suruh jual benda sedap? Being me, benda sedap kenalah share. Tu pasal badan mengembang dengan begitu jayanya sekali sampai tak terkata lah cerita dia. 

Ok, now let's start.

Kali ni, aku nak uar-uarkan tentang kesedapan Brownie dari Komugi. Semua orang tau bahawasanya Pejah (ye aku letteww) adalah seorang penggemar coklat dan brownies. Jadi tak mungkinlah untuk dia (aku lettew) katakan TIDAK untuk rasa brownie ni.


Dipersilakan masuk mengadap .......





Brownie Peanutsu.

credit pic: Komugi website
Brownie Chocoretto



Wow! Packaging dia kemain sangat. Simple. Aku suka. Kalau jadikan hadiah pun ok ni. Simple je. Hmm aku peratikan packaging Komugi semua lawa pastu simple. Haa bukan ini yang aku mahu cerita kan. Bukan boleh makan pun kalau cerita pasal packaging ni.



Tengok dekat kotak pun dah tertera ada peanut kan? Jadi haruslah ada peanut tu. So bila makan tu, rasa dia mix. Ada rasa coklat, ada rasa peanut. Eh sedaplah weh!! Memandangkan panjang brownie ni adalah 9.5cm (baru check tadi), jadi korang boleh decide untuk potong atau ngap je sekali harung. Sebab pagi tadi makan beramai-ramai (eh padahal makan berdua je dengan adik) haruslah dipotong. 

Tet! Sedap weh. Cuma satu je. Ia sangat rapuh. Which is nak makan memang kena extra hati-hati. Kalau tak, haaa bertaburanlahh di atas lantai, baju, meja dan eh dimana-mana lah. Karang dah satu hal lagi nak kena sapu / lap. So make sure makan senonoh sikit ok? Tapi mungkin sebab aku potong nipis-nipis kot. Kalau potong dua, mungkin ok. Jadi makanlah sorang! Hehehhee

Benda sedap, kenalah up gambar banyak-banyak supaya korang TAK LUPA untuk beli.



Apa? Harga? Pegi check kat Komugi sana. Aku dapat free dari Achik. So dia bayar, jadi tak perlu kot aku tanya harga. Karang dia suruh bayar, habis aku. HAHHAHHA ya, aku seorang kakak yang cheapskate. Ampunkan patik ..

Dah baca, dah terliur kan?
Dah pergi beli sana !!


p/s: aku tak dibayar untuk promote ye. sebab aku suka makan, jadi aku share. harap maklum.

Thursday, November 24, 2016

Cerita Pendek.

Assalamualaikum.

Macam-macam hal bila aku nak update cerita yang dah dua minggu berlaku ni. Dah siap taip panjang-panjang, eh tak save pulak. Ciskek betul. Nasib aku rajin sikit harini.

Oh yes, cerita dua minggu lepas yakni pada 13 Nov. Still valid kan? Tak valid pun aku cerita jugak kalau aku rajin. Sebenarnya takda rasa nak update pun sebab gambar alaa dua tiga keping je pun. Cerita macam ada seguni gambar weh. Hahaha

Hari sukan sekolah ma. Yey makanan lagi!

Tapi sayang .... satu gambar makanan pun takda sebab aku tak sempat langsung beli pape. Serious. Macam tak percaya en? Hakikat weh. HAHAHA. 

Aku sampai padang Impian Ehsan ni dah lambat. Dah sampai game untuk bapak-bapak budak and staff pun. Around 10am macam tu lah kot. Sebab game untuk bapak-bapak and staff, maka aku kena menyibukkan diri sendiri lagi ke tengah padang untuk support baba. Baba bukan saja urusetia tapi peserta untuk game tu. 


Memberi sedikit taklimat kepada para peserta yakni bapak-bapak pelajar. 


Beri laluan.. Guru Besar nak buat pantauan ni. Hi ma!

  
Baba's group.


Ready !


Okay Guru Besar mengambil gambar bersama suami tercinta dan errr nampaknya budak gedik tu lagi penyibuk dari kakak dia -________________________-"


Dan tahniah!! Kumpulan baba menang ok. Aku tak tau dapat hadiah apa sebab lepas beberapa minit game ni tamat, aku balik dengan adik.

Jadi kesimpulannya, sampai disini sahaja buletin hari sukan untuk 2016. Saya Pejah ingin mengundurkan diri yang menyibuk ni. 

Bye!

Tuesday, November 22, 2016

Sabtu yang sibuk.

Assalamualaikum.

Since aku free pagi ni, marilah aku update sikit cerita yang berlaku last weekend. Kalau nak diikutkan, dari pagi lah aku dah busy. Sepatutnya aku masuk office tapi decided untuk tak masuk sebab nak bawak budak gedik pergi sekolah. Aku ingat ada karnival ke apa tapi dia tak macam karnival. Macam event kawad kaki macam tu lah tapi adik had fun so okaylah.

On the way nak pergi sekolah, adik dah cakap dia lapar. Aku sampai agak awal jugaklah, around 9am. Tercari-cari kat manalah gerai jual makanan sebab bukan adik je lapar, aku pun lapar gila. 


Lepas tu aku nampak mushroom soup ni dekat tepi bangunan, aku tanya dia mana jual makanan eh? dia kata kat padang kot. Okaylah gigihlah aku pergi walaupun berlecak.


Beli keropok lekor, fishball, bihun goreng, air semua, habis dalam RM8 jugaklah. Fuh. Mihun kosong je weh. Cili je semata ㅠ_ㅠ Tapi aku redha sebab aku lapar...


First game adik main was archery. Aku masa sekolah join kelab memanah jugak. Tapi dapat main sekali je. Ciskek betul! Oh adik main ni, hmmm budak-budak. Biasalah kalau takda kena langsung. HAHAHAHAH eh kenapa gelak? sebab dia belum shoot, benda tu dah jatuh -.- Kelakar apa dek oii -.-



Dan sampai kesudah tak kena target ...


Ok kupon yang terakhir. Aku dah cakap sila jangan main benda merepek. Dia nak beli buku lah apa lah, tapi sayang, buku-buku tu tak boleh guna kupon. So memang taklah aku nak taja. HAHAHA. Taja makanan ok, aku boleh join sekali.


Dalam RM20 kupon tu, dia beli lego ni. Dua kotak untuk RM5. Bolehlah, dari dia nak yang besar gedabak kat situ. As long tak guna duit aku, aku takda hal. HAHAHAHHA sorry ah dek oii dapat kakak cheapskate sangat ni ha. Heheh

Balik dari sekolah pukul 10.30am. Okay memang dah target pun balik around macam tu. Penat weh, padahal aku duduk makan je. Lepak kat rumah, tengok tv, kemas semua. Pastu tidur. Pastu petang jalan-jalan dengan ma dan adik. Cari barang ma, tukar barang ma. 

Malam nya ada makan-makan dengan cikgu-cikgu ma dan HARUSLAH tiada gambar mereka dalam phone. Wakakakkaa! Aku tak rajin. Gambar makanan adalah tapi takda masa aku nak letak sini. Cukuplah ada orang cakap aku happy bila aku bagi gambar daging tengah grill. HAHAHHA



Ya, aku happy sangat. Thank you.

Thursday, November 17, 2016

Laksa pujaan hatiku ...

Assalamualaikum.

Okay, dah petang baru sibuk nak log in blogspot lah apa kan. Sebab apa? Weh busy weh! Artwork non stop dari pagi. Tadi 4:55 pm baru selesai semua artworks. Sekarang tinggal barcodes jelah kot. Fuhh bilalah nak habis buat barcodes ni. Tak sanggup nak tengok dah ㅠ_ㅠ

Bila eh? Isnin kot. Ma buat laksa. Ya Allah, sanggup ok lepas makan nasi, aku rehat kejap, regangkan perut, lepastu sambung makan laksa. Ahh nikmatnya~




Close up khas untuk korang! Wakakkakakaa. Yang ni kalau sedap pun, tak dapat kat mana-mana weh selain rumah aku. HAHAHA. Jadi nya, kalau teringin, korang hello-hello lah mak aku. Kekekke.

Ma kalau buat kuah laksa, fuhh terasa weh isi ikan tu. Nyaman weh. Sedap ni weh. Lepas tu makan dengan telur kuning. Wow! Berbau satu rumah kalau meletus tu. Tapi aku tak *mata keatas* HAHAHAHHAHA

Tuesday, November 15, 2016

Spaghetti Bolognese, Ramal Junction

Assalamualaikum.

Selalu aku uar-uar kan .. Makanan yang sedap seharusnya diberitahu agar sama-sama kita dapat merasa kenikmatan sesuatu makanan itu. Barulah boleh share pendapat lepas tu.


Woii sedap tak roti tu?

Hmm sedap weh! Tapi macam mahal tapi berbaloi lah dengan harga!


Lebih kurang macam tu lah dialognya bila korang dah rasa nanti. 

Pahal tak mukadimah kemain menggelabah sekarang. Gelabah sangat ni -.-'

Anw lets, aku bagitahu korang another dish yang korang boleh try kalau pergi Ramal Junction dekat Sg Ramal. Aku first time makan kat kedai ni, sedap. 


Spaghetti Bolognese (RM10). Ya ampun dah berabad aku teringin. Tapi ada je makan sebelum ni. Sedap jugak. Tapi ni pun sedap so kenalah bagitahu orang kampung akan kesedapannya. Hahaha. Bagi aku sedap (dah banyak kali taip sedap ni) sebab tak terlalu masam. Aku tak suka masam, sebab hmm tak suka lah, Hehehe. Portion pun besar. Plate pun besar, berat pulak, kaca pulak. Hehee. So puas hati, Presentation macam makan kedai hipster. Sedap!

Location? Ramal Junction. Aku tak perasan nama kedai dia tapi dia sebelah dengan kedai air paling hujung. Dari gerbang pintu masuk tu. Dia depan korang je. Anak-anak muda yang meniaga. Pergi rasa sana! Mostly western lah menu dia. Sebab tu sedap. HAHAHA.


Roti john pilihan Zikri. Sedap tapi sejuk -.-

Selain ni, ada lagi Sate Willi, ayam goreng semua tapi malaslah, Aku nak update pasal spaghetti bolognese aku je. Benda sedap en. Tapi itu bukan bermakna lain tak sedap. Sedap tapi alaaaa gelaplah. 

Monday, November 14, 2016

Nak lawan Hongki !

Assalamualaikum.

Last aku jejak bowling tahun 2014 kalau tak silap. Perghh lama sangat tu. Ni dah penghujung 2016 pun. Hahaha. Okaylah dari takda memori bowling langsung tahun ni.

Niat dihati nak score banyak-banyak lepas tu nak ajak Hongki lawan. Tapi nampaknya impian terus menjadi impian apabila aku tak berapa nak score disebabkan kepenatan, mengantuk dan sebagainya. AHAHAHHAHAAHHAAHHA ayat habis sedap padahal tak reti main. Eh biarlah! *asap keluar kat hidung*



Nasib baik lawan sesama sendiri. Sesama cousins. Sesama ahli keluarga. Malu pun malu dengan kaum keluarga jelah. Takyah nak malu sangat dengan jiran tetangga lane sebelah. Dorang pun sama je sebelum dorang jadi pro. HA! AYAT SEDAP LAGI -.-



Tengok nama pun dah tau yang mana satu aku en? At least aku bukan yang terakhir. Jadi nya tak perlu malu *tiup kuku*

Walaupun tak berapa nak score tapi gaya tu penting. Biar masuk longkang beribu kali pun tapi confident, YA CONFIDENT tu penting. SANGAT SANGAT PENTING. Hahahahhaha! Haa nak tips cover malu? Sila gelak lepas dah baling bola. HAHAHA.

Tips pebenda lah macam tu -.-


Dah keputusannya .... Aku tetap disitu. No 3 tidak berganjak T_T


Selingan..



Adik main benda ni. Macam virtual roller coaster tu lah. Betul-betul depan bowling. RM25 untuk 4min. For me, tak berbaloi lah sebab satu mahal dan satu lagi awat kejap nauu? Kesian pengeluar duit. Tapi yelah, budak-budak happy lah. Tu je. Macam budak gedik ni, dia happy lah. Sebab dia suka lah benda-benda macam ni.



The supper annoying gedik kid, Poih Ajih. HAAHA

Saturday, November 12, 2016

Black pepper Beef with Rice ♥

Assalamualaikum.

Mood: Hey You (CNBLUE) vs Cheer Up (Twice)
Time: 10.10 am
Vanue: Office tercinta T_T


HAHAHHAHA tercinta sangat ni. Okay, aku dekat office macam biasa. Last week je tak masuk Sabtu sebab I is tak sihat kan. Jangan derhaka dengan diri sendiri please eh. So harini masuk dimulakan dengan hantar pergi bank, hantar kain dekat busu, beli nasi lemak yang maha pedas gilaaa tu dan sekarang di office bersama kerja-kerja kesayangan T_T

eh pahal poyo nauu ni? -........-

Oh setelah sekian lama aku teringan nak makan daging black pepper dan akhirnya semalam Ya Allah sedapnyaaaaaa.. Walaupun foreigner yang masakkan, tapi sedaplah. Mungkin sebab aku lapar sangat kot. HAHAHA. Mungkinlah. Oh kan aku selalu bagitau, benda sedap aku mesti share sini kan? Jadi ... dipersilakan masuk mengadap wahai makanan sedap ...


Dengan kuah yang melimpah ruah tu, Ya Ampun sedap weh. Daging dia banyak. Achik je bising sebab dia order nasi goreng udang (kot?) tapi udang ada dua ekor je. HAHAHA gilaaa kesian. Next time, sila order macam aku chik. Berbaloii. Eh ma punya chicken chop pun, besar gila ayam dia. Takdalah gila. Tapi besarlah. Puas hati. Zikri nasi goreng cili api. Adik sama dengan Achik. Chicken chop tak tertangkap. HHAHAA.

Dah share, kalau teringin pergi kat foodcourt Tesco Kajang. Nama kedai lupa. Tapi ada wok wok something rasanya. Harga mampu milik. Foreigner masak. 

Dah dah. Nak buat barcode. Bye.

Thursday, November 10, 2016

Terlampau banyak waktu terluang ..

Assalamualaikum.

Aku lapar ni. Kejap lagi lah makan. Belum time untuk aku makan lagi.

Sebenarnya aku tak faham dengan diri aku sendiri. Diri orang lain aku tak kisah pun. Hahah. Eh kenapa pulak tak faham dengan diri sendiri kau ni pejah? Yelah, kalau orang lain, dia tau apa dia nak. Aku? Semua benda yang aku plan, semua tak jadi. Konon pagi tadi nak singgah beli asam kegemaran, eh tak jadi. Nak singgah 7eleven beli soya pun tak jadi. Aleh-aleh beli nasi kerabu je sebab Dayah minta tolong belikan, tu beli sekali untuk diri sendiri. Itu je. Amenda tah -.-'

Aku mengantuk ni. Kononlah nak tidur kejap, end up aku keluar awal sebab teringat Dayah minta belikan nasi kerabu. Nasib baik ingat. Kalau tak? HAHA kesian budak tu, takda benda nak lunch. 

Oh lama tak cerita pasal barcode. Heh barcodes tak siap lagi pun. HAHAHA. Semalam manager aku dah tanya, dah siap ke? Nanti print bagi saya .. macam-macamlah. Gigihlah aku convert to PDF semalam dekat rumah. Senang convert dekat rumah sebab boleh compile semua dalam satu file. Kalau kat office, kena asing. Bayangkan kalau ada 50 A5? Tak ke jadi 50 files nanti? Eh semaklah kan. So compile je jadi satu file, senang keje aku, senang mata aku nak tengok. Ha!

Dah lah, aku nak print barcodes yang aku dah convert malam tadi. Pastu nak potong stickers yang superbanyak atas meja ni. Malas weh! Last time aku saja je tak potong kecik-kecik sebab banyak en, kali ni manager aku suruh potong. HAHAHA. Memang niat aku kali ni nak potong pun. Sebab 'banyak' sangat waktu terluang aku lately. Kekekekke :)

Wednesday, November 9, 2016

Baba's school reunion

Assalamualaikum.

Cerita Sabtu lepas. Biasalah kalau tak lambat, bukan Pejah lah kan? Pejah dengan lambat kan berpisah tiada. Semua benda nak lambat-lambat. Yang cepat apa? MAKANAN je. Tu memang pantas dan tangkas. HAHAHAHA.

Jadi berbalik kepada tujuan asal. Ya, cerita Sabtu lepas. Baba's school reunion dekat Banghuris, Sepang. Sampai pun dah lewat, siap singgah pasar malam dengan rumah nenek sebelum pergi Banghuris.

Majlis ni without Zikri and yes, Achik was here! Nak ajak dia ni, aku dah booking sebulan awal. HAHAHA. Gila perangai macam menteri sangat. Nak kena booking bagai. Sebab dia ni kaki kerja. Demam pun kerja. Mengantuk pun kerja. Accident pun nak kerja. Kau ada rasa nak lempang dia tak? Aku ada!!!

Dimulakan dengan family photo tanpa Adik. Dia dah melakukan sesi ukhwah, jalan-jalan berkenalan dan buat hal dia dekat situ. HAHAHA. Oh dah adik join games jugak. Kakak abang dia? Duduk je menternak lemak. Hehehe.


Tahniah budak gedik sebab menang dua games dari dua games yang dia sempat join. Yang kecik tu no 3, yang besar eh haruslah Juara. Gigih tau makan oreo laju-laju. HAHAH. Lepas tu dia bagitau aku malam tadi yang ada satu kotak biskut dalam tu, kotak je besar, isi ada dua je. AHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAA! Takpelah dek, nasib awak dengan kakak awak sama. Tu okay lagi ada isi, kakak punya bayang isi pun takda T_T


 Tahniah!

Tuesday, November 8, 2016

Susu Pisang

Assalamualaikum..


Gambar sebesar-besar alam nak tepek dalam ni. Eh biarlah, bagi jelas dan terang. HAHHAA. 

And finally dapat rasa susu pisang kegemaran semua pencinta Korea. HAHA. Thanks Kak Sally. Dah nak seminggu susu ni dalam paperbag, baru pagi tadi teringat nak sejukkan sebelum minum. So had these for breakfast. Sedap. Rasa dia macam Strawberry Dutch Lady  cuma yang ni rasa pisang lah kan. Mungkin yang strawberry, rasa dia sebijik! 

Anw, thanks once again Kak Sally. Next time bolehlah beli lagi. HAHAHA :p

Kisah Jualan Gudang ...

Assalamualaikum.

Fuh lama ni aku pendam cerita ni. Satu sebab malas nak cerita mula-mula. Dua, aku tengah bengang lagi. HAHAHA. Eh pahal gelak? Cerita ni tak serious tapi sakit hati. Dan hmm mungkin ada nampak sedikit kebodohan disitu. Muahahha.

Kalau korang yang mungkin tau lah ada jualan penghabisan stock depan Mydin Usj tu, mesti korang tau perasaan aku. 

Pergi Mydin Usj adalah sesuatu yang dirancang. Tapi pergi jualan gudang itu adalah TIDAK DIRANCANG SAMA SEKALI. Macam curious anak beranak tengok ramai orang diseberang jalan sana. So nak tengok jugaklah. Belum melintas, hampir tak jadi pergi sebab fikir takda benda nak beli. Eh end up dua plastik besar bawak balik. HAHAHHA.

Haa yang membuatkan aku sakit hati bukan sebab kena berebut. Itu standard lah beli barang murah. Semua nak berebut. Semua nak cepat. Semua nak beli. Tapi aku sakit hati bila aku TERBELI kotak kosong!! Okaylah bukanlah kosong sebab dalam kotak still ada bekas perfume tu. Tapi yang kosong isi perfume tu. HAHAHA aku tak pasti aku nak menangis ke, nak sakit hati dengan diri sendiri disebabkan kecuaian diri sendiri. Nasib baik aku beli perfume tu dua kotak. Dan nasib baik jugaklah satu kotak ada isi. Kalau tak RM16 aku melayang macam tu je. Punyalah sedih. Yelah, penat tau aku rempuh kakak-kakak, makcik-makcik tu sebab nak amik perfumes. Aleh-aleh takda isi. Sentap mak T_T

Dua. Disebabkan aku sudah mula memakai lipstick, lip tint, dan segala yang berkaitan bibir, jadi dekat jualan gudang tu, jeng jeng jengggg ... harga lipstick menjadi RM1 untuk satu batang ye. RM1 oii!! Siapa nak bagi. Dan kerana kepandaian aku, aku telah membeli satu batang sahaja! HAHAHAHAHAHAHHAAAHHA. Sebab apa? Sebab aku fikir, aku baru je mintak Kak Sally belikan tiga batang lipstick untuk aku masa dia pergi Korea. Bijakkan?

Hahahah. Apalah nasib. Benda mahal beli banyak. Benda murah? Apa pun tak boleh Pejah ni tau. Sengal sangat -.-

Monday, November 7, 2016

Dusta Belaka!

Assalamualaikum.
Selamat Pagi. Good Morning.

Pagi ni masuk office dengan kepanasan sebab aircond tak bukak. Bukan salah aku tapi entahlah. Kadang-kadang dia nak on, kadang-kadang dia taknak on. Menyampah tau, pagi-pagi dah berpeluh. Hmm.. pagi ni mood menaip macam ada sebab takda kerja. Wakakka. Kalau ada pun belum masa nya lagi. Yang pasti, aku mesti sibuk kejap lagi. Eh macam pantun dua kerat pulak. Heheh.

Next time, while watching tv, janganlah kau mengada nak updated blog Pejah oii. Isi kandungan carca marba betul. Eh padahal semua post macam tu. Heheh. Tapi selalunya lebih teratur gitu. Ni semalam dengan Gegar Vaganza nya, dengan nak download drama / variety yang akhirnya tak sampai separuh download terus tutup laptop, semua dah kelaut. Kelaut weh kelaut. Hmm..

Pagi ni singgah kedai nak beli Oreo. Ya, dari rumah dah planned nak beli Oreo SAHAJA. Ha! Being me plan yang awal-awal tu adalah dusta belaka. HAHAHAHA. Buktinya? Memanglah aku beli Oreo tu dua pack tapi disusuli dengan Chipsmore, Cloud 9, Twix dua pack. Kau rasa macam nak lempang aku tak? Hahhaa. Benda-benda makanan ni selalu aku tumpas. Tak boleh plan. Selalu sangat tak menjadi. Tapi still tak cecah RM20.

Syukur. 

Sunday, November 6, 2016

Malam Gegar Vaganza

Assalamualaikum.

10:50pm, sedang menonton Gegar Vaganza live dekat rumah, HAHAHA, Acah-acah dekat MBSA -.-' okaylah tak kelakar kan. Heh!

Eh terasa lama tak update. Alhamdulillah keadaan kesihatan semakin baik. Setelah sekian lama, akhirnya tumpas jugak. Menggigil teruk betul Jumaat lepas. Paling kelakar, bila satu dept aku cuti hari yang sama, Hahaha, Dayah siap whatsapp berjanji ke kak cuti sama-sama? Eh jeles ke? HAHAHA. Nama pun berjiran, haruslah cuti pun sama-sama. HAHAHA dan dan sangat.

Eh macam tak sampai point yang aku nak cerita malam ni. Mata pandang laptop sambil key in markah exam, telinga dekat Gegar Vaganza. Kepala dah tingtong sebab dari semalam tidur tak puas. Kalau makan ubat, lena kemain. Semalam tak makan sebab memang rasa badan letih, eh aleh-aleh 3:30am baru boleh tidur. Itu pun paksa diri. Kalau tak, sampai pagi lah aku berjaga.

Dah lah. Nanti esok-esok aku cerita lagi. Semoga videos dapat download dengan cepat. Aku nak tidur ~~

Tuesday, November 1, 2016

Puffy-O Komugi

Assalamualaikum.

Ini bukan review tapi ini kegemaran.

Eh kalau dah nama makanan, mestilah wajibul share dengan semua orang. HAHAH. Tu yang Pina AC semua terpengaruh dengan Pudding Komugi tu. Padahal Komugi takda bayar aku pun, cuma benda sedap kan. Tak salah nak bagitau orang lain. HAHA ayat pehhh kemain ^^

So kali ni, aku nak share dengan korang pasal ... hey of course lah makanan lagi ! Tak pernah aku share dengan korang benda selain makanan. Makanan dengan Pejah tu dah macam irama dan lagu. WAKAKAKKA ayat kau pahal?!

-.-'

Dah dah. Melalut je dari tadi .. So sila masuk wahai makanan kegemarah pejah.


Umum mengetahui bahawasanya seorang yang bernama Faizah Azmi sangat sangat suka dengan donut. Eh siapa je tak suka makan donut kan? Lagi banyak gula, lagi marvelosss tiptop weh. Lagi lembut donut tu, lagi banyaklah 'check in' dalam perut, ye dak? Hahah. So suatu hari, Achik bawak balik Puffy-O. Aku assume benda tu tak sedaplah (biasalah benda belum cuba) berdasarkan pada rupa tapi adik suka gilaaa makan yang coklat flavor. Jadi suatu hari (lagi?) aku try makan yang original punya. Fuhh sedap dia, tak terkata. Dia macam addicted. 

Oh lupa nak bagitau, Puffy-O adalah sejenis donut dari Komugi. 

Dan dalam gambar adalah flavor chocochip. Belum unseal lagi. Mungkin akan ngap kejap-kejap lagi? Hahaha biasalah pejah ni pantang ada makanan atas meja, dalam laci. Asyik nak mengunyah je. Pastu bising badan mengembang T_T


Benda sedap kenalah up gambar beribu kali. Baru puas hati. 

** Takyah scroll banyak kali, gambar memang dua keping je. Beribu tu .. trick je. hahha **