Wednesday, April 29, 2015

Tempat baru, sejuk!

Assalamualaikum.

Good morning gaiss! Weh awal kot aku datang office harini. Okay, hari-hari aku datang awal sebenarnya unless kalau aku singgah rumah opah sebelum pergi kerja, mesti sampai office pun dah hujung-hujung tanduk gitu. Harini aku datang awal sebab aku nak siapkan GRN. Sebab harini aku isytiharkan sebagai hari KeyIn/Out Day. So benda lain tak boleh kacau. Jadi GRN ni akan kusiapkan sebelum 10am. Lepas 10am, fokus yang In/Out jelah. Sebab nak cuti kan, so aku nak siaplah sebelum start cuti Jumaat ni.

Hari kedua aku dekat tempat baru. I mean meja baru. Okay, aku lebih fokuslah buat kerja. Hahhaha nampak sangat sebelum ni tak fokus mana buat kerja. Buat tu buat tapi macam banyak tangguhlah sebab taknak nampak macam takda kerja kan. Hhaha alasan ni pejah. Alasan sangat!

Aku ingat tempat lama aku dah habis sejuk dah, rupanya tempat sekarang ni double triple sejuk dia! Aku dah pakai socks pun still rasa sejuk. Nak kena bawak toto pulak ke? Oh mylamborghini ! Takkan lah?! 

Okay, Bigbang dah sampai. Maka aku kena fokus buat kerja. Bye!

p/s: Bigbang adalah seorang peminat Bigbang dan T-Ara ye :)

Saturday, April 25, 2015

Berhijrah

Assalamualaikum.


Korang, aku memang sibuk sejak kebelakangan ni. Tengok, blog pun tak sempat update apa-apa unless aku free sesangat. Ni pun, aku curi masa sikit sebelum aku start buat kerja yang super banyak ni. Nak buat macamana, kerja tetap kerja kan. Aku rasa aku dah jadi permenent staf yang kena datang office tiap Sabtu sejak tukar sistem ni. Sebab hari lain, memang tak sempat nak buat semua. Bertabahlah pejah...

Isnin ni, aku dah kena tukar tempat. So harini kira last day lah aku duduk tempat sekarang sebelum beralih 'selera' kononnya. Hehhe. Secara jujurnya, aku tak sanggup nak tukar tempat. Gila almost tiga tahun aku bertapa kat meja ni. Kalau nak makan, boleh makan sorok-sorok sebab 'dilindungi'. Meja baru takda wall. So kena more behave lah lepas ni. 

Kalau sebelum ni, aku breakfast pukul 8.45am sebab masa tu takda orang dekat pantry. Sekarang? No more breakfast during that time. Sebab? Malulah, nak bawak nasi lemak, merentasi jiran tetangga. Hhahaa! Tempat sekarang berdepan pintu pantry, so takdalah segan .. Agak-agak aku boleh kurus tak lepas ni, since dah jauh dari pantry? Will seeeeee ~~

Okay, aku dah nak start buat kerja ni. Aku nak balik sharp 1pm harini. Laci pun dah kemas. Dah macam nak pindah rumah! Hahahhaa.

Bye ^^

Wednesday, April 22, 2015

Java, help me!

Anyone yang tau macamana nak update Java? Since dari semalam punya semalam punya semalam aku update, asyiklah error!

Serious aku tengah stress pasal Java ni !


TOLONG PLEASE!

Saturday, April 11, 2015

Sabtu yang sejuk!

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, selalu jugaklah aku update hari Sabtu. Kan? Sebab apa? Sebab aku ada dekat office lah. Ni dekat office sambil siapkan kerja. Sejak guna sisem baru, pening kepala aku nak buat kerja. Dulu punya sistem senang nak ingat. Sistem baru, dah nak masuk minggu ke3, baru aku boleh adapt .. SIKIT ! Jadilah dari tak tau langsung.

So, aku macam malas nak update apa-apa sebelum aku pro sistem baru ni. Ni pun sebab aku dah boleh buat sikit, tu update nak bagitau korang yang aku dah berjaya dengan sistem baru ni. Hahah!

Dah pukul 10:42 am, baru aku perasan most of the guys kat office harini pakai pink. Hahah acah cute lettewww :p 

Okay, out of topic. Hahha

Dah, aku nak sambung buat kerja lagi. Nak letak code baru lagi, since semua barang dah tukar code dan SEMAKIN SUSAH NAK INGAT ! 

Bye!

Thursday, April 9, 2015

Keropok Ikan

Assalamualaikum.

Kejadian berlaku pagi tadi, masa baru sampai office dan tengah naik tangga ...

Faizah orang Kelantan?
*Sambil geleng kepala sebab tengah makan karipap* takla. Orang sini.
Oh ingat orang Kelantan.
Taklah. Kenapa?
Sebab haritu kan bagi keropok ikan tu.
Oh. Taktak. Orang sini. Kampung pun takda kat sana *senyum*
Ohhh... 
 
Sebab aku bagi keropok ikan, terus kena chop asal sana ke? 

So kalau bagi kimchi, kena chop orang Korea jugak ke?

Hahaha! Entah apa-apa lah orang ni =.='