Monday, January 22, 2024

Hub's 33 Birthday!

 Birthday Shoutout!


Dasyat dia ni. MIL buat suprise celebration dekat kenduri kawin 😅


p/s: dua-dua gambar baju sama tapi hari, tarikh dan waktu berlainan 😎

Thursday, January 18, 2024

CNBLUE balik raya?! 😀

Assalamualaikum.

Baru semalam update pasal CNBLUE, tetiba malam semalam Kak Sally update dengan satu news yang tidak dijangka. 


CNBLUE in Malaysia!
Wehooooo ~~

Wednesday, January 17, 2024

Down to Memory Lane 🌏

Assalamualaikum.

Lately kan sampai office kemain awal. Jaranglah sekarang sampai after 8am. Kalau sampai waktu macam tu, mesti keluar rumah lambat. Semoga 2024, Faizah awal lah. Tapi tulah, Isnin dah lambat setengah jam sebab terbawak semua kunci rumah. HAHAHAHAH. haihh

Anyway, disebabkan harini awal (lagi), terasa macam nak kemas laci besar dekat meja office ni. Jadi dalam salah satu files tu, banyak gila envelope tau. Ada dari Ampang, ada dari Japan, ada dari Singapore. Ni bukan customer sebab semuanya pos biasa, bukan Fedex. 

Sekali bukak, semuanya CNBLUE. Hahahahah. Ni masa CNBLUE menjadi kegilaan seorang Faizah lah ni. Sekarang masih menggila tapi biashe-biashe jeee. Mungkin faktor umur? Hmm kalau nak kata sebab kahwin, still menggila jugak kalau nampak Yonghwa. HAHAHHAHA


Kak Sally bagi poskad Taiwan. Harus ek terselit CNBLUE 😃


Bagi kad and duit raya pun, TETAP terselit CNBLUE Kak Sally ni tau 😆


From my Japanese Boice, Thank you Tomomi Saito3 😊


Thank you CNBLUEMY 😊


Yang ini special sebab calender. Sebab sayang, tak pakai beb calender ni. hahaha.
tau-tau dah 2024. Thank you Kak Norlee and SgBoicelah 😊


Ok, ini lagi special sebab dari my colleagues. Actually, ada banyak lagi keychains, bags, lip balms, minyak angin etc. Tapi ada yang dah guna, dah rosak, dah expired. Ada yang masih pakai jugak seperti huruf F yang E bagi dari New York. Thank you each of you 😘

Selain dari ini, aku jugak simpan reben and christmas tag dari E. Tak sure semua ke tak tapi memang ada. Ada yang dekat office, ada dekat rumah parents, ada dekat rumah aku sekarang. Bersepah-sepah nampaknya keberadaan dia. HAHAHAH. Kenapa aku simpan? sebab cantik and creative gilaa. I like it!


Ini christmas gift dari E untuk tahun 2022. Cantik kan? Tapi rasanya ni tak simpan sebab macamana nak simpan? hmm


The latest one, 2023! Phewww lawa gila!

Thank you every each one of you for the gifts. Appreciate sangat-sangat 💚

Cumanya lepas PKP, kiteorang dekat office dah takda Secret Santa. Rindunyaaaa nak pick nama/number, rindu nak menggelabah cari hadiah. Haa rindulah nak Secret Santa. Tu je. heheh

Tiberrr sangat dari postcard ke Secret Santa. Hahaha. Oklah, bye!

Wednesday, January 10, 2024

Happy 3rd Anniversary 🌸

Assalamualaikum.

Baru berkesempatan nak update sebab dapat medical leaves 2 hari sebab sakit perut and sakit belakang yang amat sangat. Jalan pun bongkok tapi depan orang tak tunjuk lah. Macam nenek kebayan pulak rasa. HAHAHHA. scary eh.

Lepas pergi klinik, terus cari lunch sebab lapar gila. Semua dah keluar dari perut kan. Tetiba jumpa kedai berlauk. Fuhh sedap betul air asam tu. Sayangnya nasi dah habis, baru aku nampak ada ikan bakar. HAHAHA. 


Our Lunch @ 3rd Anniversary 💖

Malam tu ma baba ajak makan luar sebab nak celebrated birthday Adik yang ke 15 tahun. Meriah! Lama tak makan ramai-ramai, last masa kat Temerloh. Memang kenyang gila walaupun fuhh tak sihat semuanya HAHAHHA.


Hari kedua MC. Memang duduk je rumah sampai petang sambil check emails, and buat kerja sikit supaya bila masuk office tak terkejut tengok emails meriah. Boleh stress seharian tu. Tetiba petang tu FANS ajak keluar untuk cari makan petang. Dalam kepala ni ingat goreng pisang. Sekali goreng pisang takda, roti bakar pun boleh lah ek. hehe fav!


Saja nak rasa sebab nampak kat gambar sedap. Memang sedap. 


Alhamdulillah kenyang sangat walaupun cuma makan 2 set roti. Kononlah diet. KONON tau. Konon sampai pagi boleh kenyang. Tapi memang tak makan pape dah malam tu. Masak kari daging pun pukul 10:45pm. tu pun sebab teringat nak kerja, nak bawak bekal. Kalau tak tu, memang pagi lah makan. 



FANS belikan ni that day. Thank youuu. I is terharu. Lately memang suka betul makan ice cream potong ni. Dari beli sebatang ke dua batang ke 3 batang. FANS stress kot? terus beli sekotak! Hamekk makan kau sana! hewhewheww 😂

---
Dear LOVE,

Wishing us a blissful lifetime together 💓
Happy 3rd Anniversary 🌸
Semoga ada yearly trip berdua tahun ni seperti dua tahun lepas 😉

Wednesday, January 3, 2024

Temerloh with Family 🐟

Assalamualaikum. 

Ending my 2023 with a 2D1N Family Trip to Temerloh, Pahang dengan satu tujuan iaitu ke Pekan Sehari Temerloh.

Ini tips kepada anyone yang ada plan nak pergi sana. Get ready with cash and datang awalSEAWAL 6.30-6.45 AM! QR Code tak semua gerai ada. Parking memang random. Tepi-tepi jalan je gaiss. Lagi lambat, lagi jauh nak menapak ke pasar tu. 


Kalau datang awal, silalah sarapan dekat (B1) Kedai Yasir Arafat. Roti canai dia sedap yeeee korang. Kena try ok. Aku rasa menyesal makan sekeping je sebab konon diet. KONON lah.

Address: Gerai Yasir Arafat, B1 Gerai MPT, Jalan Istana, 2800 Temerloh

Pastu if korang pencinta patin, nahh ini syurga! HAHAHA. Banyak gilaaaa ikan bergelimpangan atas jalan, atas meja. Fresh, frozen, bernyawa semua ada. Aku tak beli sebab aku tak reti lah ek nak masak patin tu. Makan kedai jelah hahah.

Setel pasar, lepak kat parking hotel sambil makan pastu ready untuk check out. 

On the way balik KL, kita singgahlah Lemang To'ki, Bentong. Ma baba suka makan sini kalau ada area sekitar atau kadang-kadang tu memang pergi Bentong untuk makan lemang je. Tapi memang ramai lah sini. Tak pernahnya tak ramai.


Maka berakhir sudah percutian keluarga untuk 2023. Kita berjumpa kembali untuk percutian keluarga 2024. Dah plan. Semoga apa yang dirancang, terlaksana. Semoga semuanya sihat hendaknya.

Bye!