Tuesday, March 24, 2015

Kuala Terengganu - Part 4 ( TGG - KUL )

Assalamualaikum.

Hari terakhir di Kuala Terengganu.

Check out dalam pukul 9 ke 10am macam tu. Terus cari sarapan. Pagi tu sarapan dekat cafe Nasi Dagang. Lepas 15tahun, aku makan balik Nasi Dagang ni dekat Terengganu. Hmm aku tak tau nak komen apa pasal nasi ni sebab aku lagi suka Nasi Kerabu. So aku makan je sebab dah rezeki aku pagi tu. Heheh ayat kau pejah ..

Lepas sarapan, sekali lagi, kita ke Pasar Payang untuk beli barang-barang kawan ma yang last minute pesan. Selesai kat Pasar Payang, kite gerak ke Noor Arfa Batik. Barangan dia takdalah murah sangat dan takdalah mahal sangat. affordable lah jugak untuk sesapa yang budget tak berapa nak banyak macam aku. Ada je jual barang dalam lingkungan harga RM2 dan keatas. Ikut pilihan korang. Berbelanja dengan bijak! Haha!!

Selesai membeli dan terus belah dan membatik, inilah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal Terengganu. 

: Terengganu ni pantai-pantai dia cantik sangat. 
: Terengganu ni panas sangat. Heheh.

Tamat.

Monday, March 23, 2015

Kuala Terengganu - Part 3 (Beaches)

Assalamualaikum.

Masih lagi dihari kedua. Hahaha panjang weh cerita hari kedua. 

Lepas membeli dan taknak belah dari Pasar Payang tu, kiteorang balik hotel dan rehat dan setelkan apa-apa yang patut. Ma suruh tidur tapi aku tak boleh tidur pulak. So ajak adik pergi kedai buku dekat bawah. Beli roti dan keychains adik, baliklah hotel. Makan dan sambung baring, kengkonon nak tidur tapi hampeh gagal! Adik pasang cerita kartun, so aku terjebak tengok sekali.

Lepas dah semua bangun, siap-siap pergi cari celup celup pulak. Dengar kata dekat belakang airport tu sedap, moh lerr pergi. Lagi sekali, aku tak amik gambar pun. Ma ada amik gambar tapi bergegar so takpelah. Hahah. Pisang goreng dia sedap. Dan murah sebab 5 pcs baru RM1. Sekarang susah nak dapat harga macam tu.

Memang sedaplah celup-celup ni. Harga pun berbaloi dari celup yang hari pertama tu. Lepas makan, on the way nak ke jalan besar, lalu satu pantai ni. Cantik. Sebab panas, kiteorang lalu je.

Pantai Teluk Ketapang.


Cantikkan? Dan aku baru tau Zera dengan Teyka duduk menyewa area sini. Tapi tapi masa ni, dorang dah dekat Putrajaya. Takda kelas katanyaaaa~

Lepas pergi celup-celup dan 'lalu' dekat Pantai Teluk Ketapang, kiteorang check in lagi satu pantai untuk bawak adik mandi konon-konon tapi tak jadi sebab air pasang kuat sangat. Bahaya!

To the beach we go ~~~

So sekarang ni kita berada di Pantai Kelulut, Kuala Terengganu. Okay, malas tulis banyak, tataplah gambar / selfie weolls ^^,










 

Gambar bawah ni. Hmm adik merenung masa depan ke macamana? Sedih tak dapat mandi laut. Dah semangat dengan swimming suit / pelampung bagai. Takpe dik, balik KL kita mandi Singgah Santai okay? (p/s: adik dah mandi pun dekat SS)

 

Lepas dah bercanda ditepi pantai, kiteorang pergi lagi area Pasar Payang untuk tukar seluar. Dapatlah tukar dengan seluar adik dan aku telah 'merembat' satu lagi shawl walaupun pagi tu aku dah borong 10 helai T_T

Balik dan dinner dekat hotel.


Gambar owner belog seround ^_^

Friday, March 20, 2015

Kuala Terengganu - Part 2 ( Pasar Payang )

Assalamualaikum.

Hari kedua yakni hari Ahad, hari orang bekerja di Terengganu. So basically, hari kedua ni memang dah plan nak membeli belah (atau bahasa kasarnya perabihkan duit) dekat Pasar Payang dan sewaktu denganya. Hahah! Dan tidak ketinggalan, pergi pantai yang ada kat Kuala Terengganu ni. 

Tak dinafikan pantai-pantai dekat Terengganu ni masyaallah cantik sangat. Dari jauh aku tengok pantai ni rasa tenang tapi ada perasaan takut. Takut kenapa? Hmm biar aku jelah simpan sendiri. 

Pagi, keluar cari sarapan. Stress dengan kedai makan yang kiteorang pergi ni. Macam biasa, aku tak ingat nama kedai tapi konsepnya macam cafe tapi servis, mak aiii lembab gila. Ingat meja aku je kena, rupanya meja depan pun kena. 

Lepas sarapan, pergi untuk kali kedua ke Pasar Payang. Macam aku bagitau awal-awal tadi, hari kedua adalah hari mengeluarkan duit dengan penuh senyuman walaupun dihati pahit. Hahaha!

Aku first time datang Terengganu, so bila aku belanja kemain sakan, aku cakap dengan baba ...
Kakak pergi Melaka, Kedah, Perak pun tak belanja banyak macam ni ...
Baba senyum je. Aku siap pesan dekat Achik dengan Qie supaya halang aku kalau nampak aku nak membeli lagi. Hahhaa. Padahal aku takdalah beli apa sangat pun. Aku banyak beli barang makan dengan souvenir untuk family dan officemates aku je.

Walaupun pagi tu dah sarapan dekat cafe yang lembab tu, tapi disebabkan ma singgah makan tengahari dekat pasar tu, aku pun terjebak sekali lagi untuk makan. Walaupun pada dasarnya aku takdalah lapar sangat. Lepas tu tak habis. Lepas tu komplen mahal. Hahha pejah saiko, pejah saiko =.=
 
Sambung ..

Thursday, March 19, 2015

Kuala Terengganu - Part 1 ( KUL - TGG )

Assalamualaikum.

Pada 14, 15 dan 16 Mac yang lepas, aku telah berada di bahagian timur Malaysia iaitu negeri Terengganu. Saja jalan-jalan perabih duit kat sana. Hahaha! Takdalah, saja nak menggemukkan diri dengan makan keropok lekor dan menghitamkan diri yang sememangnya dah hitam ni.

Lepas Subuh, aku bergerak dari Kajang ke Terengganu. Hmm takdalah Subuh sangat kot, sebab sampai Taman Midah, patah balik rumah. Hahah! So around 7.30am macam tu jugaklah baru betul-betul gerak.

Sepanjang perjalanan aku takda buat apa pun. Tidur jelah, sebab tak sihatkan. Lepas tu, singgah dekat RNR untuk makan bekalan yang ma masak pagi tu. Sodap! Kenyangg weh. Ada bihun, ayam goreng, nugget. Kenyang. Masuk kereta, tidur balik. Hahaha! Gemuk gemuk -.-'

Destinasi pertama ialah kedai makan sata. Aku takda kuasa nak amik gambar sebab aku penat duduk dalam kereta lama sangat. Heheh. Aku bukanlah penggemar sata fyi tapi sata kedai ni memang buat aku makan sampai habis semua sata yang ma order aku bedal. Sata tu takda bau hanyir, so sedaplah. Masa balik pun, aku request nak beli. Baba singgah tapi beli untuk busu je. Itu pun dah sata yang terakhir. 

Around 4pm kot? baru sampai hotel. Hotel? Hmm just nice. Toilet mesra OKU. Besar pulak. Kalau setakat nak tidur je, hotel ni okay. Oh lupa, aku stay 3h2m dekat KT Mutiara Kuala Terengganu. Betul-betul depan Maybank, sebelah Ambank :)

Lepas check in dah selesaikan apa yang patut, terus gerak pergi cari celup celup. Makan dekat pantai apa entah. Lupa nama sebab ramai gila orang. Dan situ celup dia bit pricey dan tak berapa nak umps sangat. Dia dah masak lama, bila ada cust. baru dia panaskan balik. Lepas makan, pergi area Pasar Payang pulak. Jalan-jalan beli seluar batik.

Lepas tu, balik hotel sebab dah malam. Dinner, masak nasi (weolls bawak rice cooker/beras) dengan daging masak merah ma masak pagi tu. Plus ayam goreng pun ada. Kenyang. Lepak dalam bilik dan boom! Tidur. Selamat malam.

Tamat Hari Pertama ^_^

Wednesday, March 18, 2015

Thursday, March 12, 2015

Batuk oh Batuk.

Assalamualaikum.

Aku tengah amik mood untuk start keje pagi ni. Batuk aku pun, hmm tak tau bila nak baik. Aku harap dia baiklah sebelum hujung minggu ni. Ubat dah tiga kali tukar tapi sama je. So dah penat. Dah dua hari pergi office pakai mask sebab tak tahan. 


E siap bagi Strepsils, suruh legakan tekak katanya. Dan Strepsils tu bau ubat dengan bau hospital okay. Mula-mula tak boleh masuk jugak, tapi aku belasah jelah. At least tekak lega.
 

Hari mask jugak. Dan aku dah rasa lemas pakai mask ni. Kesian officemates / kaum keluarga sebab kena dengar batuk aku. Sorry ye semua. Bukan ini ku pintaaa T_T

Dah, aku nak buat artworks. Nak siap sebelum 6.30pm esok. Alamatnya tengahari ni aku tak lunch lah. Nasib baik aku dah beli sesiap roti tadi. Bye.

Monday, March 9, 2015

Dah last minutes, terus lapar!

Assalamualaikum.

Seminggu tak terupdate blog ni. Bukan apa, naik je cuti, aku memang sibuk menggila. Dengan container nya, dengan dokumen / artworks nye. Memang menangis kejaplah. Tapi alhamdulillah, by end of week, semua kerja siap dengan jayanya. 

So far, aku dah boleh handle dokumen untuk container tanpa kacau E dah. Eh kacau tu adalah kadang-kadang tapi tak sekerap dulu. Hahaha! Nama pun newbie kan dalam arena container semua ni. Sekarang nak kata newbie pun tak sangatlah. Dah senior sikitlah kan. Hahhaa! So proud dengan diri sendiri sekarang.

Dan bila dah 'senior' tu, makin bertambahlah kerja. Aku tak mengeluh pun banyak kerja, tapi aku mengeluh bila datang kerja last minutes. Bukan buat aku gelabah je, tapi buat aku lapar secara tiba-tiba. Benda ni serious weh. Aku tak tipu. Aku kalau buat kerja last minute, memang mulut aku non stop cakap lapar, lapar dan lapar. Sebab tu aku tak suka. 

Si #MamatAnnoying1 sukalah bagi aku last minute kerja macam Jumaat lepas. Walaupun lapar, aku hadapi dengan tenang sampai pagi tadi sebab kakak yang handle container tu call tanya kenapa dokumen tak cukup. See! Aku dah bagitau si #MamatAnnoying1 ni tapi dia kata takpe. Kann dah kena kerah dengan aku buat dokumen pagi-pagi. Heheheh.

Dah nak tiga tahun aku dengan WB. Macam-macam jugak aku belajar walaupun ada yang tersasar dari apa yang aku belajar dulu tapi aku tak kisah (mula-mula kisahlah jugak), at least kalau aku kena buat dokumen, aku dah tau kan. Mr Y (our MD) memang suka staff dia tau buat semua benda. Haaa tak sia-sia kena marah masa awal-awal kerja dulu (sekarang pun kena jugak kadang-kadang dengan #MamatAnnoying1 tu)

Jadi, aku sekarang tengah free (sekejap je ni). Nak naik gym kejap lagi dan siapkan apa-apa yang patut sebelum aku sibuk balik.


 Haaa tahun ni tahun sibuk !