Sunday, April 26, 2020

Selamat Berpuasa! 🌹

Assalamualaikum.


Tak terlalu lambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang baca blog ni. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berpuasa bersama keluarga. Kelainan tahun ni, semua orang boleh fokus beribadah dirumah. Yelah, nak keluar tak boleh kan? Bolehlah kita buat dan penuhkan apa-apa yang kita tak sempat during last ramadhan. Insyaallah. Antara harapan aku jugak tu.

Aktiviti aku setiap kali bulan ramadhan dalam blog ni adalah update menu juadah berbuka kan? tetapi tahun ni takda over sangat macam tahun-tahun lepas sebab aku takda rasa nak ambil gambar pun. hahaha. so aku update mana yang ada je.



Tepung Pelita. First attempt dari ma untuk ramadhan kali ni. Tak sabar nak rasa 😋 
Oh btw, ni juadah untuk harini yakni puasa ke3.


Ayam Bakar Noxxa. Second attempt dan ia sangat sedap!
Juadah berbuka semalam (day 2) dan sahur ke3. Yums! 😋 

Dan aktiviti sepanjang Covid-19 dan puasa ni selain dari masak-memasak, segala jenis permainan semua kita try. Hari kemas mini library Adik, lepas tu terjumpa Carrom board. Disebabkan dah bosan main UNO, marilah main. Ok, dah addicted. HAHAHAHA 


dan harini kiteorang nak cari Saidina atau Jutaria pulak. Nak main online macam semua orang tak dapat main. So tak sabar nak jumpa Saidina/Jutaria untuk bermain bersama-sama. 

Tapi kan, Jutaria ni macam pin tudung tau. Bila dah beli, tau-tau hilang entah kemana. Nasib Jutaria ni murah among other board games. Takpelah, tak ralat sangat kalau hilang tapi stress lah jugak. 😑

p/s: rasa nak letak semua fav board games dalam dulang hantaran je 😜

Sunday, April 5, 2020

Coronavirus vs Food

Assalamualaikum.

Korang baca tajuk pun mesti korang pun setuju dengan aku kan? Musim COVID-19 ni adalag sangat dasyat untuk semua yang duduk rumah. Hari tanpa virus pun tak sedasyat ni. Betulkannn?

Dari start quarantine sampailah sekarang, asyik makan je. Pantang free sikit, masuk dapur. HAHAHA. Kalau kat rumah aku, of cos lah our mommy! Macam-macam dah ma masak. Memang power and dasyat.


dan, membuat putu mayam adalah yang terpaling easy peasy bagi aku. Sebab? haaa aku rasa korang pun tau trick ni. Weh guna bihun je weh! Korang just kukus bihun tu sampai lembut, then sediakan kelapa and gula merah. Done! Mudah kan? 

Even masa bulan puasa/Ramadhan pun tak sedasyat macam ni lah orang main masak-masak. Hehehee. Aku rasa sebab bosan sangat ni, tu yang semua try resepi baru.

Semalam menu minum petang adalah kuih lapis hijau pink. Yumss! 
Esok, menu apa eh? 

Saturday, April 4, 2020

Happy Quarantine 💤

Assalamualaikum.

Finally aku bersiaran ketika musim COVID-19 ni. 

Gov dah perintahkan kena duduk rumah sampai 14/4. Nak menunggu 14/4 tu, fuhh bercinta ya amat. Adalah dua minggu lepas aku masuk office kejap untuk buat dokumen, seronoknyaaaa lalu highway! heee~

Perasaan gembira dia melebihi perasaan aku dapat makanan. hahahha. Tapi bila kena lalu roadblock, haaa kaki aku menggeletar jangan cakaplah. Padahal polis tak tahan pun. Tu lah, sejenis cuak nampak polis. Padahal polis ada je dalam rumah 😐

Ok apa lagi nak aku type kat sini. Aku takda idea nak type pun actually. Macam blur. Walaupun update blog ni pernah menjadi kegilaan aku suatu ketika dahulu tetapi sekarang macam nak sign in pun malas. Hahahaha. 

Nak update gambar, lagilah malas semalasnya.

Aktiviti harian aku kat rumah, basically sama je hari-hari. Takda yang luar biasa lagi buat masa ni. 

Aku tengah menunggu movie habis download ni. Semoga dia pantas dan tak makan banyak data aku. Aku nak movie date ni. Heheh and aku cheapskate lately 😎

Happy Quarantine, guys!