October 28, 2026

Rezeki Tak Salah Alamat: Singapore Edition

Assalamualaikum.

I finally went on a weekend trip! and this time, kita bukan merentas negeri je tapi NEGARA! hahahahah. Setelah beberapa purnama, akhirnya seorang Faizah menggunakan lagi buku merah. Syukur alhamdulillah. Ni namanya rezeki. Ikutkan asal tak jadi pergi sebab FANS malas tapi tulah, kalau dah rezeki. Alhamdulillah sekali lagi.

So, we went to Singapore for weekend trip untuk our Nay&Ray Special Day. 

Balik kerja terus siap-siap pickup Nuha and Mika dekat Sepang, then balik Kulai. Sampai pun dah midnight. Around 2am, gerak Singapore pulak. Sampai around 3 or 4am macam tu kalau tak silap.

Oh, Singapore trip ni berlaku pada awal October ya. Tapi Faizah masih mengekalkan kemalasannya, dan sebab tu tak update kat sini. Heheheh.

Dah "check in" rumah Erin, kita terus gone. Penat gilsss. Bangun terus tolong apa-apa yang patut and layan the cheekiness Rayyan. eh geram!

Lepas settle semua, kita ada birthday celebration for both, Nay & Ray! This time, the celebration was Spiderman and the family themed. Hahahaha. Meriah juga dengan segala persiapan dan gelagat masing-masing.

  

Then, we just lepak-lepak, borak-borak, makan-makan sambil enjoy our family time. Bila semua dah selesai, kita pun mula kemas apa yang patut and get ready untuk tidooo.

Actually, our original plan was to balik Kulai malam tu juga. BUTTT, entah macam mana, rezeki kita dapat spend another night dekat Singapore! Hehehe.

The next day, Kaklong and Abg Fauzan pun datang dari KL. So, of course, kita takkan lepaskan peluang untuk jalan-jalan lagi dekat Singapore. Weeee~

Antara tempat yang sempat kita singgah mestilah shopping mall. And guess what? We found Wingstop! Hahahaha. Tak sangka pula boleh jumpa Wingstop dekat sana. So, mestilah kita singgah makan dulu.

Lepas tu, kita sambung jalan-jalan tengok Jewel Changi. Cantik sangat tempat ni! Sempatlah juga cuci mata, ambil angin and enjoy the view sebelum pergi dinner.



Once dinner settled, it's time to say goodbye to Singapore. Terus gerak balik Kulai. Sampai Kulai, drop barang-barang dulu, then perjalanan diteruskan semula ke KL.

And that's how our little Singapore weekend getaway went! Penat memang penat, tapi seronok dapat spend time together. Lagi-lagi bila trip yang pada asalnya hampir tak jadi, akhirnya menjadi juga.

Alhamdulillah for the memories, the laughter and the unexpected extra night. ❤️

August 3, 2026

My First Experience at ARCHIDEX 2026

Assalamualaikum.

​Bila satu hari E datang dan beritahu yang aku kena pergi ARCHIDEX, perasaan aku memang bercampur-baur. Excited? Ya. Nervous? Lagi lah. Sebab kali ni aku bukan pergi sebagai visitor, tapi sebagai exhibitor.

Sebelum event bermula, macam-macam benda bermain dalam kepala. Mampu ke aku bercakap dengan pelanggan? Macam mana kalau orang tanya soalan yang aku tak tahu? Macam mana pula kalau aku buat silap bila berurusan dengan pelanggan luar negara?

Hari tu aku keluar rumah sekitar 6.20 pagi dan park dekat MRT. Lebih kurang pukul 7.20 pagi, aku naik MRT dan turun dekat stesen rumah E. Lepas tu, aku dengan E dan R pergi ke KL Sentral sebelum naik shuttle bus ke MITEC. Sampai je dekat KL Sentral, mestilah breakfast dulu. Nak berdiri satu hari, kena isi perut. 😂

​Bila sampai dekat MITEC, semua exhibitor dah sibuk dekat booth masing-masing. Ada yang tengah susun produk, ada yang tengah kemas booth, ada yang tengah buat last minute check sebelum visitor mula masuk. Walaupun dah hari ketiga, suasana tetap meriah macam hari pertama.


Bila exhibition bermula, aku berdiri dekat satu kawasan yang aku panggil showroom. Aku pun tak pasti nama sebenar kawasan tu, tapi dekat situlah semua produk dipamerkan untuk visitor tengok, cuba dan feel sendiri.

Aku ni kalau nervous, aku ada satu habit yang agak pelik. Aku akan bercakap sorang-sorang. 😂 Sementara tunggu visitor datang, aku pusing-pusing kawasan showroom sambil membebel sendiri.

TAPI AKU TAK GILA GAIS. AKU NERVOUS. 🤣

Makanya terjadi lah gambar-gambar kat bawah ni. Memang random! HAHAHA

  
  

Ha... dekat situlah jantung aku mula berdegup macam nak keluar. HAHAHA.

Makin lama, makin ramai visitor datang. Ada yang aku berani attend sendiri. Ada juga yang aku pass dekat orang lain.

Kenapa pass?

Sebab aku takut. HAHAHAHAHA.

Sambil-sambil tu aku sempat tengok semua produk yang dipamerkan dekat showroom. Honestly, aku impressed. Selama ni aku lebih banyak uruskan shipping, eksport dan dokumentasi. Bila dapat tengok sendiri macam mana produk dipersembahkan kepada pelanggan, rasa lain macam.

Aku juga sempat bersembang dengan orang yang sama-sama jaga showroom. Tak adalah sembang beria sangat, tapi cukup untuk kenal-kenal dan buat suasana jadi lebih santai.

Sepanjang beberap​a jam dekat sana, aku jumpa macam-macam jenis orang. Ada yang penuh protokol, ada yang santai je, ada yang jenis suka tanya sampai ke detail paling kecil. Memang banyak variasi. Dari situ aku belajar yang setiap orang ada cara komunikasi yang berbeza, jadi kita pun kena pandai sesuaikan diri.

ARCHIDEX bagi aku bukan sekadar exhibition. Ia menjadi tempat aku keluar daripada zon selesa, belajar berkomunikasi dengan lebih yakin, dan melihat sendiri bagaimana hubungan dengan pelanggan dibina. Walaupun penat berdiri hampir seharian, pengalaman yang aku dapat memang sangat berbaloi.

Kalau tanya aku, experience ni memang antara pengalaman kerja yang paling aku hargai setakat ni. Tapi dalam masa yang sama, aku sedar masih banyak benda yang aku perlu belajar. Rasanya aku memang kena masuk kelas untuk tingkatkan keyakinan diri, cara bercakap, product knowledge dan komunikasi. Banyak lagi yang aku rasa masih kurang.

  

Tapi satu benda yang pasti...​

I am enjoying myself 💃🏻

Terima kasih E, D dan bos sebab bagi peluang untuk saya jadi sebahagian daripada experience ni. Semoga ini bukan experience pertama dan juga bukan yang terakhir.

July 8, 2026

A Conversation I Never Had.

I miss you.

It's funny how someone can become part of your daily life without you realizing it.

Whenever something happened, you're the person I wanted to tell. When I was happy, sad, confused, or just wanted to share something random, I knew I could always find you.

Until suddenly, I couldn't.

I still don't know what happened. If I did something wrong, I wish you had told me. I wish you gave me a chance to understand, because silence leaves so many questions.

I'm not angry. I'm just sad that someone I valued could disappear without a word.

I hope you're doing well. I hope you're happy.

And if you ever wonder, yes... I still miss our conversations 😔

June 16, 2026

Rumah Cantik, Tapi...

Assalamualaikum.

Day 3.

Hari terakhir Family Day FANS.

Pagi-pagi lagi kami bergotong-royong menyediakan sarapan. Syaz memasak sambal tumis bersama Erin dan helper, manakala aku ditugaskan membuat lempeng.

Nervous mak nyah. 😂

Nasib baik habis dimakan. Alhamdulillah.

Lepas sarapan, ada yang sambung mandi kolam dan ada yang mula bersiap untuk check out.

Family Day 2026 ✅

Disebabkan sesi bergambar, tukar baju dan macam-macam urusan terakhir, kami terlewat sekitar 30 minit daripada waktu check out.

Chaos? Memang chaos. 🤣

Selepas check out, rancangan asalnya nak makan asam pedas di kedai viral.

Tapi bila tengok barisan dia...

Perghhhhh. Panjang sampai ke blok belakang.

Akhirnya kami tukar plan dan makan di Mohd Chan by the Garden.

Lepas makan, masing-masing pun bergerak pulang ke negeri dan rumah masing-masing.

Aku pula sebenarnya ada niat nak singgah cari Coconut Shake Klebang sebelum balik.

Malangnya...

Melaka memang sesak teruk hujung minggu tu.

Nak masuk bandar pun dah rasa macam satu cabaran.

Jadi terpaksalah aku mengucapkan selamat tinggal kepada Coconut Shake Klebang.

Sayonara, Coconut Shake Klebang. You will be missed. 😭

-----------

Ok, seperti yang aku janjikan, aku nak cerita apa yang berlaku selepas kami check out.

Sebenarnya isu ni bermula apabila deposit homestay dipulangkan.

Sebelum ni, aku pernah juga menginap di beberapa homestay yang memerlukan deposit. Biasanya kalau aku bayar RM1000, aku akan dapat semula RM1000 selepas check out.

Jadi bila aku terima refund RM500 sahaja daripada RM1000 yang dibayar, mestilah aku terkejut.

Aku pun WhatsApp owner dan bertanya dengan baik:

"Kenapa RM500 eh? Bukan deposit RM1000 untuk 2 malam?"

Dan inilah balasan yang aku terima.

"AWAK PANDAI MEMBACA KE X??"

Ya. Dengan huruf besar semua.

Terus terang, masa tu aku memang terdiam sekejap.

Sebab aku bukan tengah bergaduh. Aku cuma bertanya. Kalau ada salah faham sekalipun, sebagai pengusaha penginapan, patut ke pelanggan ditanya macam tu?

Aku angin. FANS lagi angin. 🤣

Jadi kami pun berhenti di R&R dan check balik maklumat yang owner suruh baca tu.

Mana tahu kami yang terlepas pandang.

Biasalah. Rakyat Malaysia ni kadang-kadang memang malas membaca. HAHAHAHA.

Selepas recheck, rupanya memang ada sedikit salah faham dari pihak kami.

Jadi kami terus call owner untuk menjelaskan keadaan dan bagitau yang kami dah faham.

Pada ketika itu, kami ingat isu dah selesai.

Rupa-rupanya belum.

Owner terus bercakap dengan nada tinggi dan mula mengatakan kami memutarbelitkan cerita serta beberapa perkara lain yang aku sendiri dah malas nak ingat.

Apa yang lebih memenatkan, dia hanya mahu kami mendengar.

Bila kami cuba menjelaskan dari pihak kami pula, dia tak mahu mendengar.

Sampai satu tahap, aku cakap:

"Ok, sekarang dengar pula apa yang saya nak cakap."

Belum sempat habiskan ayat... Telefon terus diletakkan.

Ya. Dia terus tamatkan panggilan.

Aku pun terdiam lagi sekali.

Lah. Biadap juga ya manusia macam ni. 😂

Nasib baik deposit dah dipulangkan.

Kalau belum?

Mungkin sampai sekarang masih bersidang di Melaka. HAHAHAHA.


Jadi itulah sebab utama aku memilih untuk tidak berkongsi nama penginapan kali ini.

Rumah memang cantik. Tempat memang selesa.

Tetapi pengalaman berurusan dengan owner selepas check out meninggalkan rasa yang kurang enak.

Apa pun, Alhamdulillah Family Day FANS tetap berjalan dengan lancar dan menjadi antara memori yang paling menyeronokkan untuk kami sekeluarga.

June 11, 2026

Ayah Request Game Ni... Lepas Tu Ayah Menang 😎

Assalamulaikum.

Day 2 bermula agak lewat sebab kami menunggu sarapan yang tak kunjung tiba. Request pukul 7 pagi, tapi sampai selepas pukul 9 pagi. Dari budak belum bangun sampai budak dah sempat terjun kolam. Saboooo jelah. 🤣

Lepas sarapan, mandi dan siap berbaju Family Day, kami mulakan aktiviti pertama hari itu iaitu game lagenda yang sentiasa menjadi pilihan ramai — Musical Chair!

Dan yang paling kelakar, game ni memang direquest sendiri oleh Ayah.

Lebih kelakar lagi?

Ayah yang menang. 😂

Persoalannya sekarang, adakah Ayah request game ni sebab Ayah dah tahu Ayah akan menang?

HAHHAHAHAHAHA.

Game kedua pula ialah Teka Siapa Saya. Semua orang diberi peluang untuk meneka identiti masing-masing. Paling power mestilah Zahirah yang berjaya meneka dengan tepat walaupun mewakili kategori umur budak-budak.

Hebat betul. 😆

Sebelum berhenti untuk makan tengah hari, kami sempat bermain Radio Rosak.

Dan ini antara game paling havoc sepanjang Family Day kali ni.

Kalau diberi peluang untuk buat rematch satu game sahaja, aku pilih Radio Rosak tanpa ragu-ragu. 😂

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, A dan B.

Dan of cos kumpulan B yang juara! 

Sebab ada aku.

HAHAHAHAHAHA.

Tapi serius, kumpulan kami berjaya menyampaikan ayat terakhir dengan tepat. Tak sia-sia aku ambil masa untuk menghafal. Kitonyoooo mudah lupa kannn. Mengalahkan orang dah bersalin 10 kali. 🤣

Lepas makan tengah hari, kami buat sesi free and easy. Ada yang nak menidurkan anak, ada yang main snooker, karaoke dan ada juga yang sekadar melepak sambil berborak.

Petang tu pulak, Syaz buat roti sosej.

Sedapnyaaaaaaaa. Terima kasih Syaz! ❤️

Bila budak-budak dah bangun dan nampak kolam, memang kolam lah destinasi utama mereka. Jadi aktiviti petang yang telah dirancang dibatalkan.

Lagipun aktiviti asal memang nak dibuat di kawasan kolam, tetapi ruangnya agak kecil dan licin.

Jadi kami sepakat... Mandi kolam je lah. Setel. 🤣

Selepas Maghrib, kami sambung pula dengan sesi BBQ.

Terima kasih Abu dan team yang bertungkus-lumus menjaga bahagian pembakaran.

Memang kenyang habis malam tu.

Sebelum bersurai, kami agihkan hamper kepada setiap keluarga sebagai tanda kenang-kenangan. Isinya simple je. Barang rumah dan sedikit snacks untuk budak-budak.

Saja suka-suka.

Sebab game-game tadi tak ada hadiah pun. 😆

Lepas tu, masing-masing mula mengemas dan masuk tidur untuk hari terakhir esok.

June 9, 2026

Tukar Hadiah Dulu, Menangis Kemudian 😂

Assalamualaikum.

I am back with another family story! Kali ni kita ke Melaka untuk Family Day keluarga FANS pula. Setelah berbulan-bulan planning dibuat, hiccup di saat akhir tu tetap ada. Biasalah, kalau bukan kita yang buat silap, orang lain yang buat. Benda pun tak dirancang, tapi Alhamdulillah semuanya dapat dikawal dengan baik oleh semua orang.

Tapi ada satu hal yang berlaku selepas dapat refund tu yang sampai sekarang masih buat aku geram. Aku geram, ahli keluarga lain pun sama. Nanti dekat hujung cerita aku share apa yang jadi.

To be honest, aku TAK AKAN share dekat mana kami menginap disebabkan satu isu ni. Walaubagaimanapun, tempatnya memang best. Rumahnya cosy, cantik dan selesa. Somewhere in Melaka lah I would say. 😆

Jadi, Family Day kali ni berlangsung pada 30/05 hingga 01/06 di Melaka. Alhamdulillah semua selamat sampai sebelum petang. Walaupun dengarnya jalan menuju ke Melaka agak sesak hujung minggu tu, kami tak masuk kawasan bandar pun. Sikit-sikit je terkena jem.

Macam aku sendiri, perjalanan dari Jasin (aku pergi kenduri cousin) ke homestay mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit. Disebabkan itu, kami berdua menjadi orang pertama yang sampai. Lepas tu barulah diikuti oleh Kaklong sekeluarga, Mama Ayah dan juga keluarga Syaz serta Erin.

Sampai je dekat homestay, aku melepak-lepak kejap sementara tunggu Kaklong sampai. Then kami keluar pula ke Mydin MITC untuk beli barang dapur yang masih tak cukup. Biasalah, walaupun dah buat list awal-awal, mesti ada juga benda yang tertinggal. 😂

Lepas selesai membeli-belah, kami terus balik ke homestay dan sambung melepak. Selepas Maghrib, kami solat berjemaah sebelum memulakan aktiviti pertama malam tu iaitu sesi tukar-tukar hadiah.

HAAAAAA... yang ni memang semua excited!

Eh kejap, dinner dulu sebelum buat apa-apa. 🤣

Menu malam tu agak simple tetapi mengenyangkan. Ada nasi putih, ayam kicap, kangkung dan ulam-ulaman. Tapi ulam dia tak macam ulam sangat. Entah macam mana nak explain. Hehe. Yang penting, Alhamdulillah kenyang.

Selesai sesi tukar hadiah, kami teruskan pula dengan aktiviti kedua iaitu Parents Challenge.

Untuk game ni, kami sediakan pelbagai soalan berkaitan Mama dan Ayah. Ada soalan tentang mereka berdua, anak-anak dan juga perjalanan kehidupan sepanjang mereka membesarkan FANS adik beradik.

Serius, game ni antara yang paling best.

Ada masa kami ketawa sampai terbahak-bahak bila dengar jawapan yang tak disangka-sangka. Ada masa pula suasana jadi sebak dan emosional bila bercakap tentang masa depan anak-anak serta harapan Mama dan Ayah untuk keluarga.

Memang banyak momen yang buat kami sedar betapa cepatnya masa berlalu.

Lepas habis Parents Challenge tu, semua orang dah tak berapa nak challenge dah. Masing-masing penat dan mengantuk. Oh, yang lelaki mostly nak ready tengok bola lah apa lagi kann.

Sebelum masuk tidur, kami sempatlah briefing sikit pasal aktiviti esok. Nak bagi semua orang bersedialah kononnya🤣 

Dan begitulah berakhirnya Day 1.

p/s: no gambar sebab phone semua simpan. fokus! hahaha