Thursday, May 30, 2019

Penangan tengok video masak 😅

Assalamualaikum...

Ok, memandangkan raya tahun ni aku cuti gila lama, so aku memang dah plan untuk siapkan kerja awal.  So berhempas pulaslah aku buat semua kerja. Bila aku perasan je yang one of the containers akan sampai lepas naik cuti, aku dah gelabah dah. Yelah, docs penting semua tak ready lagi. Kalau tak hantar kat customer tepat pada masanya, habislah. Macamana customer nak collect container dia, betul tak?

So aku masuk office, aku selesaikan semua. Alhamdulillah tadi abg Fedex dah selamat collect document untuk dihantar ke Oman, kalau tak silap aku lah. Phewwww lega weh. Both containers punya documents, dua-dua dah setel courier. Nanti cuti, tak payah fikir kerja dah. Boleh relax makan nasi impit / ketupat dengan kuah kacang, rendang daging omg aku dah kecur air liurrr! 😋

Berbalik pada cuti. Aku actually jarang cuti lama. Kadang-kadang aku tak apply pun cuti. Sebab kampung aku dekat je, in fact hari-hari aku balik kampung. So takyah lah kannn. Tapi tahun ni sebab keje hari Jumaat je, aku decided untuk sambung je cuti. So aku applied. Pastu harini dapat memo yang company bagi cuti dekat semua staff sempena raya. Jadi apakah function aku apply cuti raya tu, wahai kawan-kawan? Buat rugi form leave je 😌

Perkhabaran kedua untuk harini yang aku ingin sampaikan adalah tentang Aqilah, #GengPondok. Adakah anda masih ingat tentang #GengPondok? Jika anda adalah seorang pembaca blog ini dari seorang pejah berumur 16-17 tahun, makanya anda kenal siapa dan apa itu #GengPondok.

Ok, Qilalalalaaahh dah beranak gaisss. Babyboy. Alhamdulillah BabyY sangat semangat. Qilalalahh kata dia banyak minum susu #tips

Disebabkan masa aku terlebih-lebih dua tiga harini. Mungkin sampai next week, jadinya aku dah terjebak dengan youtube Tok Sidang, Shiela Rusly & Mika. Dorang kongsi pasal life, pasal masakan and review makanan paling penting. Dan sebab itu jugak, aku dah teringin nak pan Tefal tu ! HAHAHAHAH and katanya kalau beli pan Tefal akan dapat buku resepi Sentuhan Rasa Shiela Rusly tu. Ok, aku nak buku tu. Nanti aku nak try cari lah kat bookstore, kot-kot ada jual. Macam senangnya resepi dalam tu.

Masak ke kak oiii?

Hmm tu belakang punya cerita lahh eeeeee...

Tuesday, May 28, 2019

Gembira & Sedih sepanjang minggu 😅

Assalamualaikum!


Kalau takda aral melintang, next week kita rayaaaaa. Aku macam biasa, mood raya tu tak pernah sampai awal. Sipi-sipi selalu lah ada. Haissss.. Baju raya aku 3 pasang ye tahun ni. Tinggal baju untuk 1st raya je masih dalam proses menjahit agaknya. Ke dah siap? Entahlah. Aku tak kisah sangat. Janji aku ada baju. Hehehe. Mudah bukan? 

So last week, lepas ma baba membeli belah di pasar dengan pelbagai jenis haiwan untuk bekalan rumah sempena bulan puasa, raya dan juga selepas raya, kiteorang telah join ma baba untuk buka Aeon pulak. Serious weh, gate belum bukak tapi kiteorang dah terpacak kat luar tu. Demi keriangan berganda-gandaaaa.. Shopping baju raya untuk adik and the cousins. Aku nak beli jugak tapi macam biasa, dengan kaki yang serupa gajah ni, yaa macamana mau dapat design yang berkenan dihati.. Nasib baik aku dengan FANS sama size. Phewwww ~




Ni actually kasut lelaki weh, kat Bata. Hahahah saja try. Longgar lah pun sebab bukan size tapi selesa tapi nipissss. Eh aku tak beli pun. Kan dah bagitau saja nak try. Ishhh.

Ok, malam tu pulak, aku finally selepas 10 tahun, aku berbuka dengan bestfriends. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk jumpa dorang yang mana last aku jumpa Dec tahun lepas masa aku tunang. Pastu "jumpa" dekat instagram, twitter je. Heh betul. Padahal rumah dekat je pun. Kekangan masa pastu semua ada life sendiri sekarang. 


Hmm sebab ni last minute makanya Zera tak dapat join. Dia buat facial dengan adik dia. Muka dia semakin lawa. And kiteorang akan jadi aunty soonnnnnnn. Teyka bakal bertukar pangkat menjadi mommy to be tahun ni. Alhamdulillah. Tak sabarrrrr..

pic credit : Erin

And I met my future sisters tooooo, Erin & Syaz. Sepanjang ramadhan, Syaz ada show dekat Philea. So yeahh. And macam biasa, tanpa bantuan Betty, aku memang takkan amik gambar sendiri ye. Aku boleh bayangkan if Bet ada, dia mesti "weh cepatlah amik gambar!" "kau jangan mengada boleh tak?" dan pelbagai lagi. Yaa aku dah faham dah dia tu. HAHAHAHA

Dan semalam, aku memang kepenatan tahap terpancar dimukaku .. Few orang tegur tapi aku rasa muka aku ok je. Kat rumah, Zikri tegur jugak siap suruh aku pergi tidur. Tapi aku sebagai kakak yang rajin SANGAT, aku tolong dia kopek kerang -.-

Oh sebelum tu, sebuah (?) pinggan telah terjatuh atas jari kaki aku lalu membengkak dan berdenyut tanpa berhenti ya. Memang jalan terhencot-hencotlah aku harini sampai dia ok. Haisss nak raya ni weh. Teringat dua tahun lepas, aku accident seminggu lagi nak raya. Sedih.

And gais, aku dapat hadiah birthday awal sangat dari ma and baba lah opkosssss. 


cuci yang lama, terus dapat baru. Heheheh thank you ma, baba 💕


 And masuk office, dapat kuih raya. With my favourite cashew nuts on top, Thank you, HR !

Tuesday, May 7, 2019

Puasa Day 2

Assalamualaikum.

Selamat Pagi koranggg.
Dah hari kedua, amacam puasa korang? Ok tak? Alhamdulillah aku semalam ok je. Cuma lesu kemain. Hahhaha first day kan. Drama haruslah lebih sikit.

Semalam had my first meeting ever with customer. Quite nervous tapi semua went well. Alhamdulillah. Hmm macam tu rupanya feel bila jumpa customer luar ni. Anyway, aku happy gila sebab dapat rasa situasi tu.

5:50 am, aku sedang menyiapkan folio Sejarah Adik yang tak tau lah bila nak siap. Sebab malas aku kemain teruk sangat. Padahal isi semua dah ada cuma tu lah, malas tu mengusai diri.

Sesambil buat folio, aku tengok telemovie kat RTM ni. Best jugak. Biasalah lepas sahur, normally aku cuba tak tidur sebab kalau tidur, aku memang akan mengantuk atau penat sepanjang hari. Macam semalam, sampai je rumah aku terus tertidur lalu tersedar around 2 am. . Tidur balik jam 3:30am, tersedar balik 4:50 am. Lambat dah bangun sahur. Haishhh perangai betul.

Adik main tukar-tukar channel. Now dia tengok hoki pulak dekat 801. Dia dah tukar minat ke? Tak nampak macam nak bertukar tapi hmm mungkin takda game bola sekarang.

Dah, aku nak sambung google gambar-gambar menteri ni. Ramai gak menteri kat Malaysia ni. Hahahah

Friday, May 3, 2019

Selamat Berpuasa !

Assalamualaikum.


Puasa insyaallah akan bermula minggu depan and yes, I'm freaking excited and nervous sebab aku tak pergi ukur baju raya lagi. Kekangan masa yang dibuat-buat tu lah menjadi sebab kenapa aku tak pergi tempah awal. Marilah berdoa agar baju raya aku tahun ni siap dengan cemerlang. Amin.

2nd, sebelum aku mula buat apa-apa kerja harini, aku decided untuk login kat sini dulu. Type lah sepatah dua kata tapi nampaknya dah berpatah-patah kata dah ni aku merepek. Aku rindu nak nak login blogspot mahupun Thread tapi disebabkan kekangan idea dan hmm senang cerita aku malas ya rabbi, so memang takda lah aku nak login. Malam tadi pun, aku login, aku dah type panjang-panjang, upload gambar lepas tu aku delete 😫

Ya ya, mengada. Aku tau 😎

Aku ada banyak benda nak cerita dengan korang. Dari aku jadi AJK Kelab Bola adik sampailah ke majlis kat rumah nenek Sabtu lepas. Tapi tu lah, sebab aku pura-pura busy, jadi aku malas. 

Fokus aku sekarang adalah baju raya and siapkan folio Sejarah adik yang kena hantar sebelum 25hb. Dah lah baru 20% je siapnya pun. Semua isi aku cedok kat internet, yelah nak biodata kan. Biodata diri aku, aku tau lah. Biodata orang, Wikipedia lah jawabnyeeeeee.

Ok now apa lagi aku nak share sementara aku tengah into blogspot ni.
Hmm aku dah ada dua artworks atas meja ni, baru dapat pagi ni. So aku rasa aku dah boleh mengundurkan diri sebelum aku semakin galak disini 😅

Anw, Selamat Berpuasa gais 😊

Thursday, May 2, 2019

After a month 👾

Assalamualaikum.

I'm back people after a month away. 

Aku tak pernah sangka yang aku akan skip satu bulan tanpa update apa-apa dekat blog. Paling malas pun, akan ada jugaklah satu entri. Malas kali ni lain macam betullah. 

Oh Thread? Haa jangan tanya. Dah hampir lima bulan tak terupdate. Apasal tah aku ni. Mood nak menaip tu tak sampai-sampai, sampailah ke malam ni. 

Niat asal nak sambung folio adik tapi 

hmm nak transfer gambar kejaplah ...

dah transfered, hmm nak update blog lah. HAHAHAHAHAH  =_________=

Weh gambar makanan banyak gila dalam phone aku. Gambar paling latest, laksa semalam kat rumah nenek. Terpaling craving sepanjang minggu. 

Kenapa gambar kau pejah? Kenapa bukan gambar laksa?

Eh sukati aku lerrrrrrrr 😜

Aku dah ada draft untuk second entry tapi aku asyik typing - delete. Type banyak-banyak, upload gambar pastu aku delete. Mood tu tah kemana-mana ya ampun.

Dimanakah mood pejah yang suka merepek bagai nak gila tu? Mana-mana?!!

Entri yang ni pun, aku dah post. Pastu aku edit lagi tambah lagi ayat-ayat yang alahaiii sendu rasanya. Macam bukan aku yang type. Tak pernah-pernah aku type style buku, harini konon nak kelainan tapi hahahha macam pelik. Serious pelik.

Just not my kind of style.


mungkin aku perlu berehat seperti Belang? 
hmm mungkin? 
hmm mungkin tidak?
hahahaha aku dah lost ni. Apa aku nak type ni?

Serabutnya entri ni aku rasa ...
Hahahahahaha.