Thursday, July 19, 2018

Happy 18th Birthday, Faizikri !

**Birthday Post**


Hey, birthday post is back again!


Happy 18th Birthday brother!
Aku tau kau kadang-kadang baca blog ni sebab nak tengok aku ada update gambar kau ke tak kan? Naahhhh here you gooo! Kau tataplah muka kau yang ini sampai gambar seterusnya yang tak tau bila lagi aku nak update. Sedangkan gambar raya pun tak update. Jadi bertabahlah wahai adikku.

Dipagi yang mengantuk ini, aku sebagai kakak kau yang paling awesome didunia mahupun dihati kau mendoakan agar perjalanan kau ke menara gading dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik sebab kau sekarang eh kerap pulak nak kejang-kejang bagai; and next time bila orang panggil makan, SILA MAKAN EH! 

Dan janganlah dikau lupa akan perjanjian kita. HAHAHAHAHHA. Rasanya aku dah boleh bagi list kot kan kan kan? Semoga kau tak lupa kakak kau yang super awesome ni!

Later we go makan-makan. Hadiah mintak Mira please. HAHAHA.
Happy Birthday Zikri !

Hujan - Karektor Tentangan

Assalamualaikum.

Sebelum aku mula buat kerja atau update entri kedua (fuhh macam banyak idea sangat), aku just nak share lagu Hujan. Wow dah lama sangat tak share lagu dalam blog. It's been a while kot. Dulu tiap-tiap minggu/bulan ada je update lagu dekat blog. Paling tak pun, siap letak playlist. Asal bukak blog, lagu-lagu berkumandang.

Macam-macam jenis lagu aku pernah letak. Slow, rock, indie, cuma dangdut je belum masuk dalam list untuk aku letak dalam blog ni. Hahaha bukan jiwa beb. Jadi if korang nak dengar lagu bukan jiwa aku, silalah bukak youtube. Nescaya lagu-lagu untuk jiwa korang ada dekat situ. Araso? :)

Hujan - Karektor Tentangan



Haaa my one and only Fans yang bagi ni malam tadi. Jadi haruslah aku letak dekat sini supaya aku tak lupa. Sebab for being me, aku ni pelupa teruk jugak kadang-kadang. Sebab tu kena ada reminder. Letak dekat blog lah benda paling senang nak ingat. Eh tapi kadang-kadang lupaaaaa jugak. Biasalah Pejah kan

Aku rasa part first verse, second paragraph. Memang, itu aku. HAHAHAHAHA.

Tuesday, July 10, 2018

Oh Hi, fans! πŸ™‹

Assalamualaikum.

Hi korang! Amacam hari-hari terakhir raya korang? So far aku punya biasa je dari hari pertama. HAHAHAHAH tapi last week macam terseronok pulak, lain dari dari yang lain. Jadi, aku rasa last week punya raya adalah yang terBEST sekali 😜

And finally met my fans! Oh Hi, fans! πŸ™‹ I will call this person with a name called FANS.

Perkhabaran yang aku dapat tau two weeks before Fans nak fly KL. Masa ni nak percaya ke taknak, dah sebati dalam diri. Excited tapi haaa aku dapat agak Fans memain je ni. Yelah, kita strangers kan. Dan aku bukanlah orang yang suka-suka nak jumpa stranger ni. Aku macam scary sikit. Negative thinking. Hari demi hari, Fans confirmkan diri dengan date dia boarding. Ok, marilah nervous! HAHAHAHAHHA.

Fans nak jumpa Idola dia. Eh aku lah Idola dia tu πŸ’…

July 3rd, dia sampai agak lambat lah jugak sebab dah waktu tidur aku pun tapi disebabkan Busu dan family ada kat rumah beraya, jadi yaaa nggak apa-apa lah. Marilah menahan mata dan tangan dari kelihatan seperti parkison ye. Haaa aku kalau nervous memang menggigil tak boleh blah punya. Menggigil tahap tak boleh nak kawtim dah. Ku redha Jebat!

Masa aku tunggu Fans keluar dari kereta, which is aku tak nampak pun sebab aku is tak nampak waktu gelap ye. Aku toleh belah kanan dan ternampak satu bayang-bayang seorang manusia yang tinggi gilaa! Aku syak dia lah. Siapa je yang tinggi area rumah aku tu? TAKDA! hahahahahahhahaha nasib baik jiran aku tak baca blog ni.

Hi FANS!

Ayat pertama yang aku ucapkan untuk pertama kali bersua muka. Eh sebenarnya selalu je bersua muka antara Idola (aku letteww) dengan Fans tapi through video call lah pun. Tapi jumpa macam ni, malam tu adalah pertama kali. Nervous aku, korang jangan fikir. Aku sendiri tak tau nak describe macamana tahap level nervous tu. Fans tinggi gilaaa kot! Aku rasa dia tinggi Aiman Hakim Ridza atau pun Aliff Aziz. 

Jap, why dua orang ni? Sebab dua orang manusia ni je aku pernah jumpa in real life, yang bergambar bersama dan of course yang aku kenal. HAHAHAHAHA

Fans beraya till almost 11pm rasanya. Then sambung borak dekat bawah sebab Fans parked dekat jiran aku punya parking. So lepak dan lepak tiba-tiba ..

Kak, naik atas...

Zikri berkata. Marilah nyanyi lagu Ezlynn, Hi Hi Bye Bye. Hahhaha takdalah. Aku cakap bye, dan aku naik atas, and Fans pecut balik rumah kakak dia. And malam tu, sambung borak lagi -.- Not bad Fans 😽

Anyway, Thank you Fans sebab sudi datang beraya rumah Idola. Thank you jugak sebab makan bertambah mee sup yang ma masak tu. Thank you jugak sebab puji kek ma buat malam tu sedap sebab memang sedap pun! Non stop puji kek ma tu 😏 Suruh tapau taknak!

Ok guys, aku takda gambar dia pun. Kalau ada pun, eh tak payahlah share sini. λΉ„밀이야! πŸ˜ΉπŸ˜€ Nanti kalau ada pertemuan antara Fans & Idola lagi pada masa akan datang, akan ku cuba berselfie dengan Fans. Mesti susah kan? 

Sekian. Aku nak sambung buat kerja.

Monday, July 2, 2018

18 Syawal

Assalamualaikum.

18 Syawal dan aku belum update apa-apa pasal raya. Kekangan masa yang membantutkan perjalanan blog aku nowadays. Fuhh kau salahkan masa eh pejah? HAHAHAHHA padahal acik malas dek non. Takda masa. Nak makan pun takda masa atau bahasa paling mudah adalah MALAS. Biasalah pejah kan 😝

Nanti-nantilah, tunggu aku ada masa yang banyak, aku cuba update seround dua. Masa tu jangan korang dare skip setiap gambar yang aku tunjuk! Kalau korang berani, cubalah! Wahahahhahaha.

But yeah, banyak jugaklah gambar diri sendiri yang perasan awesome dalam phone. Ada yang muka aku jadi tirus lah apa lah. Ok yang itu, aku nak salahkan tudung. Aku beli salah material tapi raya kan, aku belasah jelah. Asalkan colour dia masuk. Kalau tak masuk, kita simpan je untuk raya tahun-tahun akan datang. Apa susah.

As for now, aku tengah siapkan kerja Annoying. YES I'M BACK WITH ANNOYING'S ARTWORK GUYS! hahahaha aku redha. Aku dah lama tak stay up kat rumah sampai lewat pagi untuk siapkan artwork. Lah ni, kena buat balik and rasa awkward gila lah sebab aku cepat mengantuk. OTP pun mengantuk jugak. HAHAHAHHAHAH

Apa lagi aku nak update kat sini sebelum aku sambung buat kerja?

Oh yeah, selamat berpuasa kepada yang puasa 6. Baru pukul 10, perut aku dah berkeroncong buat ana dah. Nasib IT tak dengar lah kat sebelah πŸ˜“ Aku, Faizah, memang suka memalukan diri sendiri dekat orang. Jangan jadi habit sudah. 


Terimalah gambar awesome dari seorang kakak yang awesome bersama adik yang kuat drama. Sepanjang raya, asyik berdrama je budak ni. Duit raya hilanglah, duit raya bagi kawan lah. HAHAHAHAHAH