Tuesday, September 30, 2014

Stress kuasa dua!

Assalamualaikum.
Hi. Okay ni post kedua aku untuk petang ni. Haaa?! Mana post sebelum ni? Hahha ada je, aku buat draft sebab aku macam malas nak keluarkan. Mood swing kan, so biarlah aku dengan luahan hati aku pasal phone tu aku simpan je. Nak marah pun tak guna, bukan orang phone tu baca pun. Tapi aku tetap tak puas hati dengan dia, sebab hantar phone aku sampai nun kat Balikpapan sana!! 

 
Okay stress balik. 
Hmm aku takda benda pun nak cerita. Eh ada tapi since gambar dalam memory, aku malas nak keluarkan. Ada barang yang kena review ni. Ada dua barang tapi nantilah :) 
Aku nak review satu drama aku baru tengok. Okay drama ni takda Yong pun tapi muka dengan bibir macam Yong tetap ada. Hahhaa! Jangan nak buat-buat muntah. Tapi bila aku tengok muka mamat tu melalui video dia tahun-tahun lepas, serious tak sama. Aku pun macam confius balik. Haha. Bila ntah ep10 nak keluar. Lambat bebenor~
Since phone aku dekat mana-mana entah, rasa macam nak tukar phone baru pulak.

 Ma, kakak nak tukar phone baru boleh? Heheh :D


Aku dah rindu nak tengok video dekat phone. Tengok drama sambil baring, pastu habis cerita, boleh tidur terus. Haa rindu~ 

Monday, September 29, 2014

Sulbing Dessert by Lee Jonghyun (CNBLUE)

Assalamualaikum.

Nampak macam excited tak aku update pagi ni? Hiks. Sebab aku rasa macam aku lost dari dunia luar since phone takda ni. Haha. So rindu blog tu membuak walaupun ... Hahah! Sorrylah aku tak update hari-hari macam dulu. Aku bz sangat sekarang. Sabtu lepas gigih masuk office, sambung buat kerja. Ni pun baru lepas siap satu artwork sebelum sambung dengan dua lagi artwork. Demi Yonggg. Hahha takda kena mengena.

Okay, since aku bebas sosial media setiap hujung minggu, aku macam excited bila dapat tau Jonghyun buka kedai. Rasanya macam semalam atau Sabtu pembukaan kedai dia. Rasanyalah. Tapi Sabtu pagi tu, takda pun aku baca apa-apa pasal ni. Anw I'm really proud of this namja. Yelah, umur 25 (korean age) dia dah ada business sendiri. Baguihh. Since dia bukak Korean Dessert, kita-kita ni bolehlah try and 
Jonghyun aaa, please bukak branch dekat Malaysia !!!

 

 

 

 
credits NOKDUsulbing

Nampak cantikkan? Korang kena try (bagi pihak aku) kalau datang Seoul okay? Nahh aku bagi peta sekali untuk korang.

Embedded image permalink 

So enjoy your sulbing once you there!

Wednesday, September 24, 2014

Asia's Got Talent

Korang ada rasa yang korang ni ada bakat terpendam tak?

Aku dulu sukalah menyanyi. Eh sekarang pun suka jugak. Dulu aku adalah masuk few pertandingan jugak. Adatlah, ada menang, ada kalah. Since aku dah besar, dah 23 katanya, aku hanya mampu nyanyi sorang-sorang dalam bilik je tak pun bagi adik-adik aku dengar. Hahah. Nak nyanyi depan orang, macam segan.

Bila aku dah besar ni, aku suka gila bercakap. Dan aku pernahlah berangan kalau aku jadi pengacara ke, penyampai radio ke? Haha. Dan coursemates aku (Animations) telah merealisasikan salah satu impian aku iaitu pengacara. Mengacara majlis untuk final sem kiteorang. Memang best okay! Skrip semua buat sendiri. Macam rindu nak buat semua tu. Aku suka buat voice over jugak dan aku pernah buat vo masa short film aku sampai Finas suka. Tapi aku gedik sebab tak jumpa dia lepas pertandingan tu. Kalaulah dia baca blog ni. Hiks :D

So kalau korang rasa korang ada bakat, jangan jadi macam aku. Tunjukkan kepada semua, bakat terpendam korang. Tak kisahlah bakat apa pun, janji korang bahagia. Heheh.

Sesi ujibakat pada 28 September 2014 (amagad Ahad ni!!! :O), dari 9am sampai 7pm di Taylor's University Lakeside Campus dekat Subang Jaya tu. 

Apa-apa, korang boleh ushar website dia ( Asia Got Talent's Website ) Aku support korang dari jauh je, okay? Good Luck! Hwaitinggg~~




Tuesday, September 23, 2014

Versatile Blogger Award | Faizahazmi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak curi masa nak update blog ni. Since kerja dah siap buat masa ni, so nak setelkan satu tagged dari Kak Sally. Dah semingu dia tagged.

Rasanya dah bertahun tak kena tagged tru blog ni. Rasanya zaman tu dah berakhir lepas dah meningkat dewasa atau kata indah nya lepas berzaman minat Aliff Aziz. Hehhe. Masa tu tiap-tiap hari kena tagged dengan Angels. Sekarang memasing tak main blog dah. Kalau ada pun, tak ramai macam dulu. Okay tu cerita enam tahun lepas. Sekarang tahun 2014, tagged yang pertama aku dapat lepas enam tahun adalah dari Kak Sally :)

 

Kepada Kak Sally, thanks for the award. Ehcehh, dah macam terima award APM dah. Wakakakaa! Biasalah, teruja tu mesti walaupun ...

So dah kena tagged ni, kenalah list out 7 perkara tentang Faizahazmi yang aku rasa korang taknak tau pun. Tapi takpelah, aku listkan jugak eh? Kalau korang taknak baca, tekan je warna merah atas tu. Aku tak kecik hati pun :( (masih tengah fikir apa 7 perkara aku nak buat ni)


♥ Kaki Makan ♥

 

Dilahirkan dikalangan keluarga yang memang cintakan makanan. Dalam blog ni, kadang-kadang aku ada letak gambar-gambar makanan yang boleh buat aku lapar balik. Haha (gatal pi tengok, pasai pa?) Family aku suka buat makan-makan, haaa lagilah nafsu kan. Haishh lama tak makan kambing golek Y__Y Oh tapi ada jugak benda yang aku tak makan macam sushi. Kenapa? Entah. Tekak tak boleh terima. Tapi masakan kampung, aku suka gilaaa ! Walaupun aku suka makan pedas, tapi perut aku ni spesis yang gedik sikit. Kalau makanan tu pedas, haaa mulalah dia buat hal lepas tu. Dan aku tidaklah kisah makan burger ditengah malam. Kesukaan kan? ^^

♥ 24jam potpetpotpet ♥


Hahaha! Betul, kalau korang kena aku in person, aku adalah seorang yang suka bercakap. Tapi selalunya aku akan non stop cakap dekat orang yang aku kenal. Dan pada orang yang tak kenal, aku akan diam seribu bahasa. Aku still akan bercakap tapi lepas aku rasa dia boleh ngam dengan aku. Heheh.


♥ Jung Yong Hwa ♥

 
pic: nicolegu

Madness!!!! Sejak tahun lepas aku tergilakan mamat ni. Hahah! Oh sebelum tu, aku bukan peminat kpop tegar okay. Aku cuma minat Jung Yong Hwa and CNBlue je. Titik. Aku tak tau macamana aku boleh menggila dengan dia. Aku start minat dia lepas Heartstrings. Cara dia main gitar tu !!! Walaweii menusuk kalbu weh. Hahah ♥♥

♥ Akademi Fantasia vs Akim Ahmad ♥


Well said, aku selalu update pasal ni. Tiap-tiap tahun aku akan aim seseorang dan aku akan buat review pasal dia. TAPI , dalam banyak-banyak AF, hanya AF7 je aku tengok final LIVE. Kenapa? Sebab Afiq Hakim Ahmad !! Yes, aku minat gila dekat dia. Sebab aku pernah tulis dekat blog kalau dia masuk final, aku nak pergi tengok live. Alhamdulillah, family aku bagi green light, so aku pergilah dengan bestfriend. Masa tu bestlah. Dan itu adalah event aku yang terakhir. (eh ke Juara Lagu yang akhir?)

♥ Berangan

Haaaa ini paling suka, BERANGAN !! Dekat mana-mana pun aku boleh berangan. Berangan pasal apa? EVERYTHING ! Aku suka berada didunia berangan ni. Kadang-kadang aku rasa bila kita berangan ni, dia ibarat doa atau tujuan lah. Macam kau berangan nak makan burger yang sedap-sedap ada sos black pepper mencurah-curah, end up kau mesti cari jugakkan? Jangan risau, aku tak berangan benda pelik-pelik :)

Sabar / Pemarah? ♥

Okay yang ni, aku sendiri tak berapa sure dan aku tak rasa ni antara fakta diri aku. Haha! Aku kalau dengan adik-beradik atau dengan orang yang aku rapat, aku akan sabar selagi aku mampu. Tapi kalau dengan orang luar, haa kau lambat sikit kau tunggulah aku punya jeritan! Hahaha. Sebab aku tak suka orang buat bodoh bila aku tanya tentang sesuatu. Kau bagi jawapan bodoh pun takpe, at least kau jawab.


Suka Travel ♥

Kebiasaannya, aku akan pergi bercuti dengan family aku. Dan negeri yang selalu aku pergi adalah Melaka (sampai sekarang aku tak sure kenapa baba suka pergi sini), Cameron Highland (biasalah beli sayur semata kadang-kadang), Kedah, Penang, Perak. Ni kira tempat-tempat yang aku selalu jejak walaupun sekejap. Dan negara yang aku teringin nak pergi adalah Switzerland. Tempat yang aku aim dari aku kecik. Kenapa Switzerland? Aku tak tau. Bila aku tengok rumah-rumah dia dilitupi dengan salji, aku rasa macam cantiknya tempat tu. Dan aku teringin nak ke Korea jugak (since Yonghwa dari sana kan?) hahaa! Oh Singapore jugak. Haha. Haa semua negara lah nak pergi macam ni. Tapi duit belum mengizinkan. Insyaallah suatu hari nanti.

Alhamdulillah, tamat sudah 7 fakta Faizahazmi. Actually aku pun tak sure adakah ini fakta diri aku. Point 1 sampai 3, mungkinlah fakta. Tapi takpelah, at least benda ni dah setel. Hahah!
 
Aku nak tag siapa eh? Okay since aku tak pasti sape baca blog aku (takkan nak tag Kak Sally balik kot? haha) Kalau korang rasa nak buat 7 fakta diri korang, silakan. Jangan malu-malu okay.
 
Adios~

Sunday, September 21, 2014

Mersing.

Assalamualaikum.

Hahaha terkejut tak nampak post awal pagi? Okay actually aku belum tidur since 5.30am (hari Sabtu), sekarang dah Ahad kan. So almost 24 jam aku berjaga *tepuk bahu*. Hmm aku baru sampai dari Mersing. Serious talk, perjalanan jauh buat aku jadi penat gilaaaaa~ Bukan penat apa tapi penat duduk. Sakit pinggang iolls -.-' 

So tadi lebih kurang 2am, baru sampai rumah CikYah. Sekarang ni saja lah nak update sebab KakNana tak boleh tidur. Temanlah konon-kononnya, tu update apa-apa yang patut. Hehehe~ Since kat office tak sempat kan. Ni ada lagi post yang tergendala. Well Kak Sally, Fe buat next week ok? Insyaallah kalau tak busy :D

Anw Selamat Bertunang maksu Nor dengan Afiq. Maafkan anak buah mu ini kerana tak dapat datang. Busy kerjaaaaa~ Nasib baik Jumaat malam singgah kejap tengok maksu. Hehe so tak rasa bersalah sangat. :)

2.06am, aku mintak diri lah eh? Penat gilaa badan. Selamat Malam Yonggg~ eh? Haahhaha! Selamat malam semuaaanyaaa ^^

Friday, September 12, 2014

Short Trip.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kerja semua dah siap dengan begitu jayanya. Gigih nak kejar dateline sendiri sebab taknak fikir kerja cuti ni. Gigih lagi tiap-tiap malam bawak artworks balik rumah. Kesian dekat mata sebab satu hari tengok pc. Nak buat macamana, demi sesuap nasi kan. Cuma ada satu je artwork tak siap sebab takda font yang client nak plus tengah tunggu dia email. Dah jumpa kat internet tapi entah, tak boleh nak install. So nak tak nak kenalah tunggu. Tinggal artwork tu je.

Apa lagi nak cerita eh sementara tunggu 6.30ptg ni. Hmm.. Oh ya, phone kat kedai lagi. Katanya dah boleh amik harini tapi tak tau lah, haritu suruh datang Rabu, eh boleh pulak kata phone tengah repair lagi. Ni tengahari tadi pergi, kedai tutup. So nak tengok kejap lagi. Kalau tak siap jugak, memang banned kedai tu terus. Rupa nak hensem tapi servis? Hmm .. bertabahlah pejah -.-'

Since cuti sekolah dah bermula, kemanakah destinasi percutian korang? Aku? Hmm secreto di amor~  ㅋㅋㅋㅋ Kalau phone aku okay, aku update laterlah okay? Jangan risau. Tapi kalau takda update, haaaa faham-faham jelah ye. 


So happy holidays korang ^^

p/s: kesian bebudak UPSR.

Wednesday, September 10, 2014

FatinFaiz

Assalamualaikum.

Cerita berlaku pada hari kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 2014. Dah 10 hari berlalu, majlis resepsi bahagian perempuan pun dah setel, tunggu belah lelaki je Sabtu ni, dan aku baru nak up cerita? Apa kes? 
 AMPUN !!  Y__Y
Aku terlampau sibuk sebab hujung minggu ni banyak hal nak buat. So kenalah selesaikan apa yang patut supaya takda kes orang office call ke apa walaupun tak pernah terjadi. Heheh. In case kan..

Anyway, a BIG congratulations to my pretty cousin yang selamat diijabkabulkan pada hari 31 Ogos tempoh hari. Pengantin Merdeka uollss. Kelassss~ Disebabkan aku tak terlibat disebalik tabir majlis ni, maka dengan itu, takdalah gambar yang banyak macam kahwin abg gg dulu. Ni pun amik kat ig kakfain je. Plus phone aku .. hmm entah, ada je problem walhal belum setahun pakai lagi. Takpe sabar!


Saat-saat mendebarkan untuk Kak Atin. Masa ni aku kat luar, sebab kat dalam rumah terlampau penuh dengan manusia. Hee~ So tau-tau dah selamat nikah dengan sekali lafaz oleh abg Faiz (suami kak Atin). Cayalahh! 
 

Kalau sesiapa yang ikut blog aku dari zaman aku kipas mati dengan Aliff Aziz, sampai ke Yonghwa ni, mesti korang dah familiar dengan muka-muka atas ni. KakFain and Upy is back uolls~~ Since Kak Atin cousin depa jugak, so haruslah kita akan jumpa selalu. Dulu jiran depan rumah, sekarang masing-masing dah pindah tempat lain. Rasanya ni gambar pertama lepas aku pindah dari Putrajaya. Dah besar masing-masing. Macam rindu zaman dulu-dulu. Hiks.

Disebabkan masa majlis nikah mahupun resepsi aku tak berkesempatan nak ucapkan tahniah (actually segan ㅋㅋ) jadi akan ku coretkan disini buat sang mempelai ...

Kepada Abg Faiz dan Kak Atin,
Selamat Pengantin Baru to both of you Tahniah diatas perkahwinan kalian berdua. Faizah mendoakan semoga kalian berdua kekal hingga akhir hayat (amin), dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehan, cantik dan handsome, tinggi dan comel (hihihi) dan yang boleh berbakti kepada their parents, Insyaallah

Your cousin,
Faizahazmi