Monday, November 6, 2023

Berdamailah disana, wahai Kakna sayang ๐Ÿ˜”

Assalamualaikum.

Kakna memang lately macam susah nak bergambar. Rasanya raya tahun ni pun, dia takda dalam gambar family. Tau-tau dia lepak dapur dah, prepare untuk semua orang nak makan. Kakna, rindu ...

Perginya seorang Kakna yang aku dan semua orang sayangi. 

Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk berjumpa dan berborak buat terakhir kali dengan Kakna Sabtu, 28/10 tu. Walaupun jumpa kejap je tapi hmm aku berharap aku dapat berbual lama lagi dengan kakna. 

Siapa sangka seawal ini Kakna pergi tinggalkan kiteorang semua? 

Aku siap pesan dengan Kakna, "nanti balik rumah, pakai lotion banyak-banyak tau. kering sangat kaki kakna ni.." rupanya, dia balik tapi tak sempat pun pakai lotion tu.

Dear Kakna, terima kasih untuk semuanya sepanjang perkenalan kita. Terima kasih menjadi seorang kakak yang terbaik untuk kiteorang semua. Terima kasih Kakna jaga dan teman Opah. 

Terima kasih jugak selalu teman Faizah makan lah, pergi bengkel lah, beli itu ini lah and belanja makan walaupun Faizah selalu cakap Faizah ada je duit nak bayar. Ngade tau.

Lepas ni, dah takda orang nak teman Faizah makan kat Nanding ke, JJCM dalam Langat ke ... Gang Nasi Lemak pun dah hilang sorang :(

Faizah akan sentiasa ingat moment malam sebelum nikah Faizah. Kakna masak nasi goreng untuk kiteorang semua at 1am sambil gossip kat bawah khemah. Thank you, Kakna.

Berdamailah disana, Kakna. Kakna dah tak payah fikir pasal batuk, pasal oxygen dah. You will be missed, Siti Nordina Binti Zulkeflee๐Ÿ’›