Day 3.
Hari terakhir Family Day FANS.
Pagi-pagi lagi kami bergotong-royong menyediakan sarapan. Syaz memasak sambal tumis bersama Erin dan helper, manakala aku ditugaskan membuat lempeng.
Nervous mak nyah. 😂
Nasib baik habis dimakan. Alhamdulillah.
Lepas sarapan, ada yang sambung mandi kolam dan ada yang mula bersiap untuk check out.
![]() |
| Family Day 2026 ✅ |
Disebabkan sesi bergambar, tukar baju dan macam-macam urusan terakhir, kami terlewat sekitar 30 minit daripada waktu check out.
Chaos? Memang chaos. 🤣
Selepas check out, rancangan asalnya nak makan asam pedas di kedai viral.
Tapi bila tengok barisan dia...
Perghhhhh. Panjang sampai ke blok belakang.
Akhirnya kami tukar plan dan makan di Mohd Chan by the Garden.
Lepas makan, masing-masing pun bergerak pulang ke negeri dan rumah masing-masing.
Aku pula sebenarnya ada niat nak singgah cari Coconut Shake Klebang sebelum balik.
Malangnya...
Melaka memang sesak teruk hujung minggu tu.
Nak masuk bandar pun dah rasa macam satu cabaran.
Jadi terpaksalah aku mengucapkan selamat tinggal kepada Coconut Shake Klebang.
Sayonara, Coconut Shake Klebang. You will be missed. ðŸ˜
-----------
Ok, seperti yang aku janjikan, aku nak cerita apa yang berlaku selepas kami check out.
Sebenarnya isu ni bermula apabila deposit homestay dipulangkan.
Sebelum ni, aku pernah juga menginap di beberapa homestay yang memerlukan deposit. Biasanya kalau aku bayar RM1000, aku akan dapat semula RM1000 selepas check out.
Jadi bila aku terima refund RM500 sahaja daripada RM1000 yang dibayar, mestilah aku terkejut.
Aku pun WhatsApp owner dan bertanya dengan baik:
"Kenapa RM500 eh? Bukan deposit RM1000 untuk 2 malam?"
Dan inilah balasan yang aku terima.
"AWAK PANDAI MEMBACA KE X??"
Ya. Dengan huruf besar semua.
Terus terang, masa tu aku memang terdiam sekejap.
Sebab aku bukan tengah bergaduh. Aku cuma bertanya. Kalau ada salah faham sekalipun, sebagai pengusaha penginapan, patut ke pelanggan ditanya macam tu?
Aku angin. FANS lagi angin. 🤣
Jadi kami pun berhenti di R&R dan check balik maklumat yang owner suruh baca tu.
Mana tahu kami yang terlepas pandang.
Biasalah. Rakyat Malaysia ni kadang-kadang memang malas membaca. HAHAHAHA.
Selepas recheck, rupanya memang ada sedikit salah faham dari pihak kami.
Jadi kami terus call owner untuk menjelaskan keadaan dan bagitau yang kami dah faham.
Pada ketika itu, kami ingat isu dah selesai.
Rupa-rupanya belum.
Owner terus bercakap dengan nada tinggi dan mula mengatakan kami memutarbelitkan cerita serta beberapa perkara lain yang aku sendiri dah malas nak ingat.
Apa yang lebih memenatkan, dia hanya mahu kami mendengar.
Bila kami cuba menjelaskan dari pihak kami pula, dia tak mahu mendengar.
Sampai satu tahap, aku cakap:
"Ok, sekarang dengar pula apa yang saya nak cakap."
Belum sempat habiskan ayat... Telefon terus diletakkan.
Ya. Dia terus tamatkan panggilan.
Aku pun terdiam lagi sekali.
Lah. Biadap juga ya manusia macam ni. 😂
Nasib baik deposit dah dipulangkan.
Kalau belum?
Mungkin sampai sekarang masih bersidang di Melaka. HAHAHAHA.
Jadi itulah sebab utama aku memilih untuk tidak berkongsi nama penginapan kali ini.
Rumah memang cantik. Tempat memang selesa.
Tetapi pengalaman berurusan dengan owner selepas check out meninggalkan rasa yang kurang enak.
Apa pun, Alhamdulillah Family Day FANS tetap berjalan dengan lancar dan menjadi antara memori yang paling menyeronokkan untuk kami sekeluarga.

No comments:
Post a Comment