Assalamualaikum.
Selepas dah berpenat lelah dengan segala persiapan dan urusan kenduri, ma pula buat satu lagi majlis makan-makan santai depan rumah. Kecil-kecilan je sebab yang datang pun keluarga terdekat dan saudara-mara sekitar kawasan sini. Tapi walaupun kecil-kecilan, meriah tetap meriah. Hehe.
Macam-macam menu ada tengah hari tu. Antaranya kambing bakar, mashed potato, coleslaw, tembikai, laksam dan banyak lagi. Memang boleh dikatakan penuh meja dengan makanan. Sampai ada lebihan kambing yang boleh ditapau bawa balik. Rezeki jangan ditolak, kan? HAHAHAHA.
![]() |
| Ni je ada dalam gallery. |
Malangnya, ni je gambar yang sempat ada dalam gallery. Bila dah seronok makan dan bersembang, memang terlupa terus nak ambil gambar banyak-banyak.
Sambil menjamu selera, sambil lah bercerita pasal apa yang jadi sepanjang kenduri hari tu. Dari cerita persiapan, kejadian-kejadian yang tak dirancang, sampai lah benda-benda lawak yang jadi sepanjang majlis. Macam biasa, bila keluarga dah berkumpul, memang tak kering gusi dibuatnya.
Sempat juga celebrate birthday untuk yang lahir bulan Mei dan Jun. Sekali harung terus. Hehe.
![]() |
| Sempatlah celebrate birthday May/June |
Tapi cuaca hari tu memang tak boleh dijangka. Mula-mula panas betul sampai rasa nak cari kipas tambahan. Lepas tu tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Terus kena asingkan meja kepada dua bahagian dan cari tempat yang lebih selamat untuk berlindung. Tapi biasalah, hujan-hujan pun majlis tetap diteruskan. Hujan boleh turun, makan tetap kena jalan. HAHAHA.
Yang paling kelakar, tengah-tengah makan dan berborak tu, entah macam mana boleh muncul idea nak main badminton malam tu. Mula-mula macam sembang kosong je. Semua orang bagi reaksi 50-50. Tapi Balqis memang bijak. Dia terus book court tanpa banyak soal. HAAA... bila dah book tu, tak ada siapa boleh tarik diri dah.
Kelam-kabut lah semua orang lepas tu. Yelah, court pukul 8 atau 9 malam, tapi pukul 6 petang masih lagi duduk dekat majlis makan-makan. Lepas kemas meja, packing makanan dan bersihkan apa yang patut, masing-masing terus balik rumah untuk bersiap.
Nasib baik rumah dekat-dekat je.
Bila dah sampai court dan mula main, terus rasa macam...
"Haa... patutnya kita book dua court terus."
![]() |
| Yang datang awal termasuklah sayerrrrr |
Wahhh, siap ada perancangan untuk next time terus tu. ADA NEXT TIME OKAY GAISSSS. 🤣
![]() |
| Tetiba court sebalah ajak lawan |
Dan sehingga entry ni ditulis, masih belum nampak lagi bayang-bayang "next time" yang dijanjikan hari tu. Tapi biasalah, benda macam ni selalunya bermula dengan ayat:
"Nanti kita repeat lagi eh."
![]() |
| Yang hadir! |

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment