March 29, 2017

24 non stop, HUNGREYYYYYYYYYY!

Assalamualaikum.

Ok, kita perlu cepat menaip sebab ada banyak kerja yang tengah tunggu turn. Eh kejap! Kita? No. Aku sorang je sebenarnya. Sebab aku yang taip en. Korang yang baca boleh take a deep breath sambil makan chipsmore, baca entry dalam blog ni dengan tenang. Takyah nak tergopoh gapah. Ok?

Aku tak faham dengan diri aku ni. Well pernah ke aku memahami diri aku sendiri? *angkat bahu angkat tangan* 

Waktu busy, lapar. 
Waktu tak busy, lapar.
Waktu senggang, lapar.
Waktu tengok tv, lapar.
Waktu bercakap, lapar.
Waktu berjalan, lapar.


Eh bila masa aku tak lapar?  


Jadi, bila aku nak kurus? Orang dah start cakap aku gemuk T_T 

I is stress right now. Masalahnya aku tak panggil pun lelemak tu datang, menetap dekat badan aku. So aku salah ke dalam hal ni? Memang bukan aku lah salah. Obviously lelemak tu yang salah. Datang memanglah dijemput, tapi menginap? Hell no baby! 

Aku serious ni.


Hmm, shall we?

March 22, 2017

Busy x Lazada

Assalamualaikum..

Minggu sibuk kini kembali dan mungkin akan berakhir pada awal atau pertengah April nanti. Jadi blog pun akan sunyi sepi tanpa khabar berita si tuan belog. 

Tapi tapi jangan takut, jangan hampa. Mungkin ada ketikanya tuan belog yakni aku lettew; akan free, akan ku update apa-apa yang perlu.

Wahhh, bajet retis sangat kau ni Pejah. HAHAHAHHAA!

Ok sajalah nak uar-uarkan kepada korang, rakyat jelata. Lazada tengah sale sekarang. Apa lagi yang nak ditunggu, TERJAH lah!

March 15, 2017

Happy Birthday, Ibu !

Assalamualaikum.

Setiap tanggal 15 Mac, pasti aku akan mengingati seseorang yang begitu bermakna dalam hidupku. Orang yang melahirkanku kedunia, yang menjagaku hingga aku berumur 14 tahun dan akhirnya pergi mengadap Ilahi. 

Ibu ...

Dia lah orangnya

Harini genap Ibu 48 tahun jika dia masih hidup..

Rindu? Tersangat rindu

Memori? Terlampau banyak memori. Pelbagai rasa

Pelukan? Merindui

Semoga Arwah Ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

March 10, 2017

Kali Terakhir.

Assalamualaikum.

Baca blog Yin (cousin) tadi, tajuk Perpisahan. Thought dia cerita pasal sekolah ke apa, rupanya pasal abang dia. No, arwah abang sulung dia. Terkenang masa lalu..

Tiba-tiba rindu arwah cousin aku yang terpaling aku rapat, Iwan. Yes, dia lelaki dan paling tua dan paling pandai masak spaghetti. And yes, terpaling rindu nak borak dengan dia and makan spaghetti dia. Serious. Sigh. Tapi sayang dia dah pergi meninggalkan semua orang. Pergi mengadap Illahi. 

Aku pernah cerita pasal dia beberapa tahun lepas. Korang boleh check sini ..

Hampir 9 tahun arwah pergi tapi setiap kenangan dia, aku, dan kami semua tetap terpahat dalam ingatan. 

Aku ingat lagi kali terakhir aku jumpa dia was a day before his birthday (kot?). Kiteorang pergi Cheras dengan pakcik makcik kiteorang lah and we ended up lepak mamat Batu 9. Sebab kena bayar sendiri, hahaha. So aku decided untuk belanja dia sebab aku tau birthday dia esoknya atau 2 hari lagi macam tu lah. Itu kali terakhir aku jumpa dia.

Oh no. Bukan kali terakhir.

Kali terakhir adalah di bilik kecemasan, Hospital Ampang.

Ya, Hospital dan bilik kecemasan menjadi saksi aku menangis teruk sebab nampak darah banyak gila dekat lantai and pakngah suruh keluar sebab tak elok menangis dekat situ. I was like 'kenapa banyak darah?' and menangis non stop. And ...

Dia pergi untuk selama-lamanya and I lost my big brother cousin forever. It's hurt me. Really. Dan tiba-tiba aku teringat masa arwah Ibu pergi meninggalkan aku juga. Perasaan yang sama. Berlainan punca dan tempat. Omg rindu.

Yang pergi tetap pergi. Kita yang ada perlu teruskan kehidupan. 

Semoga arwah Ibu, Iwan, Atok, Pakteh, Makcik, Paklang, ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan Faizah / Kakak sayang semua.

March 7, 2017

MummyAyu's Giveaway

Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak join mana-mana giveaway sebab iolls kadang-kadang kekwat sikit. HAHAHA. Takdalah, busy lah. Lagi pulak dulu buat barcode. Memang tak sempat. Kalau sempat tu, kita update benda yang penting dulu. Jadi disebabkan sekarang dah free menggila, marilah kita join giveaway. Untung-untung terpilih, alhamdulillah (walaupun tau diri ini tak pernah bernasib baik dalam bab-bab ni)

So giveaway kali ni dari Mummy Ayu.




Lawa kan? 

Manalah tau kalau dapat ni, aku akan terbang pulak? Haa siapalah tau kan? Rezeki tu weh. 

Kalau dapat warna maroon atau warna buah Raspberry ke wow cantik sangat tu. Dahlah warna kegemaran. Tapi kalau warna lain pun, okay saja. Hehehe.

Eh korang, jomlah join! Untung-untung boleh terbang sekali? EH!

p/s: esok last weh!

Next Project ..... ?

Assalamualaikum.

Hi korang. Di hari yang hening yang hampir ke waktu lunch ni, aku ambil masa sikit untuk update blog yang dah beberapa hari tak update diatas kekangan waktu. Cehh kekangan konon padahal takda benda nak share. MUAHAHAA!

So far aku tengah busy sikit untuk next personal project aku. Aku akan up entri tu once dah setel okay? Tak sabar. Semoga project tu berjaya macam projek aku tiga tahun lepas. Fuhh nervous pun ada.

Nantikan kemunculannya okay? 

p/s: nervous lain macam