Tuesday, May 5, 2020

Posto Posto !

Assalamualaikum.

Bertemu kita kembali dalam rancangan gambar-gambar makanan sempena bulan puasa ini. Muehehehhee. Seperti yang anda lihat, ada dua gambar dan satu je gambar makanan. Kenapa? Sebab hmm aku pun tak tau lah. Ni je yang ada dalam phone aku sekarang. Memory dah penuh. 

Mari kita mulakan dengan kiriman dari sang peminat nun jauh di Selatan tanah air. 



Baulu Rangup. Sedapnya tak terperi. Sambil bermovie date, mengunyah non stop walaupun ada ulcer. Tabahnya seorang Pejah 😝 But anyway, terima kasih daun keladi, sudi-sudilah hantar lagi 😜 eh berpantun pulekkk. Thank you FANS, Mama FANS, adik-adik FANS!

Next, barangan yang dicari-cari dimusim PKP ini. 




Jutaria!! Korang tahu tak yang aku dah purchased Saidina dekat Shopee tapi sampai sekarang tak ship lagi weh dan kebetulan aku pergi MR DIY pagi tadi dan alangkah gembiranya aku bertemu dengan seSET dua Jutaria ni wehh. Harga paling tak munasabah ye. Terkejut aku! Dengan gembiranya aku membeli dan yeah, esok lepas sahur aku nak open game bersama geng-geng game kat rumah ni 😈

No comments:

Post a Comment