August 2, 2018

Disana sini ada Snapchat

Assalamualaikum.

Hari yang sejuk dimulakan dengan gambar snapchat dari kami berempat yakni aku, Pina, Zera dan Bet. Mana Teyka? Nahhhh tu kan dekat majlis dia, haruslah dia sedang berkepit dengan suami dia diatas pelamin yang indah ittewww


Inilah gambar snapchat itu. Yaaa aku tau aku comel. HAHAHAHAHAHA. Zera lagilah, seri pengantin bersinar-sinar masa ni.

FYI, aku ada banyak gambar nak share dekat sini. Gambar raya, gambar majlis Teyka & Zera tapi kekangan waktu yang tidak mengizinkan. Tapi kadang-kadang aku yang tak izinkan diri aku login sini sebab aku busy, kadang-kadang buat-buat busy jugak 😝 tapi sebenarnyaaaa aku malas. Tu je.

Macam harini, aku tengah takda mood. Well dari malam tadi sebenarnya masa aku siapkan few artworks. Tetiba mood swings. Entah kenapa pun aku tak tau. Berborak pun tak gelak, tak senyum tapi cuba lah tapi eh mengada sangat pejah sekarang. Asyik moody doplohpatjam 😩 SANGAT MENGADA.

Sebab aku awesome walaupun moody, aku tetap relax pergi office lambat. Haishhh lagi satu perangai aku sekarang. Asyik masuk lambat je. Nama dah Top 2 late comers pun TETAPLAH LAMBAT, apa nak jadi entah seorang Pejah. Semalam berjanji Ogos taknak masuk lambat, eh tau-tau dah memang lambat! HAHAHAHHAHAHAHAH lempang diri sendiri lah pejah oii.


And thank you so much Bet for everything!
You're the best!

2 comments: