Tuesday, March 27, 2018

Hari-Hari Ada Waktu Senggang. Anda Cemburu? HAHAHAHAHAHHAHA

Tunggu, bagi aku betulkan kerja-kerja aku ni sebelum aku taip panjang berjela dekat sini.

Aku taip ayat ni semalam dalam keadaan tergopoh-gapah sebab nak logged out tapi nak taip jugak dan berjanji nak sambung selepas itu dan akhirnya membawa ke SHUT DOWN terus ya! HAHAHHAA oh dan kerja aku selesai tepat jam 5:30pm. Pheww, terasa penat lain macam.

Oh sebelum tu, Assalamualaikum.

Tak sempat nak bagi salam, terus ambush macam tak menyempat je. Kau pahal kan pejah?!

Hmm baiklah. Baru dapat rehat lepas siapkan semua kerja. So far aku suka dua hari ni. Yaaa dari semalam lah maksudnya. Kenapa? Aku rasa macam busy gila. Hari aku penuh dengan kerja walaupun kadang-kadang ada jugak waktu terluang yang sangat dasyat sampai ada orang jealous. HAHAHAHA pebenda tah, jealous dengan waktu senggang orang lain -.-

Lepas tu, aku rasa aku macam lebih confident untuk menjawab emails. HAHAHAH dah enam tahun kau kerja pejah oii!

But still, aku rasa kekok lagi nak reply emails semua. Tak tau kenapa. Nasib baik E ada. Dia lah penyelamat aku dari dulu, kini dan selamanya.. Kalau E outstation pun, aku kacau dia, tanya patut tak aku buat ni, buat itu. Mengada bukan perangai aku? Ya aku tau. HAHAHAHA sorry E!

Dan yeah, Jumaat ni aku kerja luar. Yahoooooo! Seronok bukan kepalang lah cerita dia :) Dekat kawasan permainan aku masa sekolah dulu pulak tu. Hahaha gila gelabah kau ni jah.

Ok, disebabkan cuaca harini sejuk lain macam dari pagi, aku telah diserang selsema dan batuk non stop. Maka, haruslah aku beringat untuk makan ubat malam karang kalau taknak jejak klinik. Haishh awal bulan je tak sihat, muka aku dah muka regular dekat panel tu. Segan oii. Hmm aku hampir tak faham dengan keadaan badan aku sekarang. Pelik sungguh -__________-

Oh ya, aku sebenarnya ada dua cerita nak update. Yes dua. Tapi aku rasa bukan masa terdekat ni sebab aku malas. Hahahaha. Dan mungkin tak update langsung. MUNGKIN. MUNGKIN YA dan MUNGKIN TIDAK. Mana satu pilihan netizen-netizen semua? HAHAHHA.
Dah, aku nak sambung Pinterest gambar hairstyle. Aku perlukan perubahan sempena tahun 2018 ni. Hahaha padahal ma dah suruh potong rambut.

Ok bye.

2 comments:

  1. Tak payah la pejah...xyah update...akak pun xde update..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Alaaaaaaaa takyah ke? takyah ke? takyah ke? takyah ke? takyah ke? takyah ke?
    HAHAHAHHAHHAHAHHAHAHA nama pun kalau rajin kak. Sekarang malas je hari-hari. WAHAHAAHAA

    ReplyDelete